INI RUPANYA TRANSFORMASI

July 20, 2011

Dewasa  ini  Parti   (BN)  yang  memerintah  bersungguh-sungguh  benar  mahu  melakukan  Transformasi  didalam  pentadbirannya.   Orang  biasa  macam  saya   merasa  kecut  perut  setiap  kali   perkataan   itu  disebut  pimpinan  negara.

Saya  percaya  ini  merupakan  satu  perkara  besar  jika  tidak  masakan  ianya  disebut  oleh   orang-orang  besar.  Tanpa  berlengah  saya  mencapai  Kamus Dwibahasa  lalu  terjumpalah  perkataan  keramat    ” Transformation ”  sebelum  ia  dialih  bahasa   sebagai  transformasi.    Maklumat  mengenainya  didalam  Internet  adalah  seperti  berikut:

“Defination  of  transformation:   a.  The  act  or  instance  of  transforming

    b.  The  state  of  being  transformed

Agak  lama  juga  saya  berfikir  apakah  dia   sebenarnya  transformasi  ini.    Didalam   Rancangan-rancangan  bualbicara  diAstro  AWANI  seperti   Sudut   Pandang,    Agenda     Awani,   Meja  Bulat   dan  sebagainya  kerap  juga  perkataan  Transformasi  terpacul  daripada   mulut   ahli-ahli  panel  yang  menjadi  tetamu  rancangan  tersebut.    Ahli-ahli  panel   terdiri  daripada  orang-orang  hebat   dan  termasuk   para  cendekiawan  yang  terkenal.    Malang  sekali  makin   banyak   saya  menonton   rancangan-rancangan  tersebut   makin  susah  saya  hendak  faham  apakah  bendanya  transformasi  itu.

Semalam  (19.07.2011)  saya  berubah  angin  lalu  meninjau   ke   TV1   dan   tv 2.    Kedua-dua  channel  tersebut  menyiarkan  rancangan  secara  “live” .   TV1  disiar  secara  langsung  musabakah  (penghayatan  surah-surah  al-Qur`an)  peringkat  Antarabangsa  iaitu  acara  tahunan  yang  telah  ujud  sejak  zaman  Tunku  Abdul  Rahman  Perdana  Menteri  Pertama  lagi  manakala  di  TV2  disiar  secara  langsung  juga  satu  Rancangan   Hiburan  Bakat  TV  berkonsep  transformasi.

Saya  tidak  mempertikai  hak  pihak  berkuasa  diRTM  dalam  menerbitkan  rancangan  hiburan  seperti  itu.  Yang  saya  kesalkan  mengapa  ianya  dibuat  serentak  dengan  masa  para  qari  dan  qariah  mengalunkan  ayat-ayat  suci  dari  al-Quran.  Apakah  yang  membuatkan  mereka  begitu  terdesak  sehingga  rancangan  hiburan  sebegini  tidak  boleh  ditangguhkan.  Apa  salahnya  Malam  Kemuncak  Bakat  TV  itu  diadakan  setelah  kita  selesai  mengerjakan  Ibadat  Puasa  dibulan  Ramadan?

Kita  semua  maklum  orang-orang  kita  terlalu  dahagakan  hiburan,  maka  berduyun-duyunlah  mereka  berubah  keTV2.  DiTV1  jika  ianya  disiarkan  juga  “live”  kenegara-negara  peserta  antarabangsa  saya  pasti  ramai  jugalah  orang-orang  Islam  menontonnya.    Para  peminat  hiburan  juga  teruja  untuk  menonton  Bakat  TV  itu  kerana  Pak  Menteri  ada  hadir  sebagai  tetamu  kehurmat.

Pak  Menteri  ataupun  pegawai-pegawainya  diRTM  tidak  perlu  menjawab  teguran  ini.  Saya  percaya  rakyat  gelata  yang   sudah  semakin  cerdik   akan lebih  berminat  untuk  menukar   pemerintah  (Reformasi)   daripada  dikecewakan  oleh  usaha-usaha  seperti  yang  disebut  diatas.


GENDANG DIPALU KUAT BERGEMA TETAPI PENGANTIN BELUM TENTU TIBA

July 3, 2011

Persoalan  yang  timbul  ialah  sebilangan  besar  rakyat  tidak  berpuashati  dengan  perjalanan  Pilihanraya  Umum yang  dikendali  SPR.    Sejak  sekian  lama  perkara-perkara  seperti  orang-orang  yang  tidak  ujud  muncul   membuang  Undi,   beratus-ratus  nama  pengundi  didaftar  pada  satu   alamat  yang  sama   dan    Pengundi-pengundi  Pos  pada  satu-satu  kawasan  berjumlah  hampir  sama  banyak  dengan  pengundi  biasa.

Satu  pengalaman  pahit  bilamana  SPR  membatalkan  penggunaan Dakwat  Kekal  bertujuan  menyekat  seseorang    mengundi  lebih  dari  sekali  pada  saat-saat  akhir  pengundian  sebenar (PRU ke 12)    sangat-sangatlah   mencurigakan.   Rakyat  seumpama  dipaksa    menonton  rancangan  Raja  Lawak.   Ia  menjadi  lebih  lucu  apabila   pihak  SPR  mengatakan  jika  mereka  tidak  telus  sudah  tentu  Pakatan  Rakyat  tidak  dapat  menawan lima  buah  Negeri.     Yang  sebenarnya  kerana  pembatalan  penggunaan  Dakwat  Hitam  itulah   telah  dapat   menyekat  Pakatan  Rakyat daripada   memenangi  lebih  banyak  kerusi  dan  mungkin  kesemua  Negeri  diSemenanjung.

Ramai  melihat  SPR  tidak  bersedia  memperbetulkan  segala  kepincangan  yang  berlaku  didaerahnya  sebaliknya  hanya  menentang  mana-mana  pihak  yang  menuntut  supaya  mereka   bersikap  profesional.      Dalam  reaksi  ringkas  baru-baru  ini  pihak  SPR  bercadang  mengurus  Undi  Pos  lebih  awal.  Dan  reaksi  sebegini   sama  sekali  tidak  menjawab  kepada  persoalan  yang  dibangkitkan.

Mengenai  Hak  Rakyat  berhimpun  bukankah  ianya  dijamin  dalam  Perlembagaan  Malaysia?   Semasa  5000  pelajar UiTM  berlarak  dan  berkumpul  dihadapan  Pejabat  Menteri  Besar,  Selangor  membantah  cadangan  memberi  ruang  10%  bukan bumi  belajar  diUiTM, mengapa  mereka  tidak  didakwa  dan  tidakpun  diberi  amaran  yang  mereka  melanggar  Akta  Universiti?.  Malah  ada  suara-suara  yang  menyokong   dengan  menyatakan  pelajar-pelajar  tersebut    melakukan  perkara  yang  betul  iaitu  mempertahankan  hak  mereka.

Kini  loceng  count-down   July  9  telahpun    diaktifkan.    Pihak  Penganjur  dilihat  hanya  menyeru  agar  kita  concern  kepada  hak-hak  yang  diperuntukkan  didalam  Perlembagaan  Negara.   Menyatakan  pendirian  bersabit  dengan  kepentingan  umum  adalah  hak  mutlak   rakyat  yang  merdeka.    Dipihak  media  arus  perdana  sudah   lama  bermula  untuk  menakut-nakutkan  orangramai.  Mereka  cukup  bersimpati  dengan  penjaja  yang  akan  terjejas  mata  pencarian  jika  acara-acara  menyatakan  perasaan  dibenarkan.  Akan  tetapi  jika  ianya  dilakukan  oleh  pihak-pihak  yang  pro  mereka  nampaknya  semuanya  boleh.

Amatlah  tidak  logik  manusia  berkumpul  menyatakan  sesuatu  pendirian  boleh  mendatangkan  sengsara  kepada  golongan  tertentu.  Sebagai  contoh  baru-baru  ini,  sejuta  belia  berkumpul  diPutrajaya  tidak  adapun  perkara  yang  tidak  diingini  berlaku.

Saya  menunggu  hadirnya  Julai  9hb  bukan  kerana  teruja  untuk  melihat people  in action.   Saya   percaya  selepas  tarikh  tersebut  siaran  radio  saya  tidak  diganggu  lagi  dengan  nasihat-nasihat  yang  menganggap  kebanyakan  rakyat  tidak  dewasa   dan   rancangan  TV  pula  tidak  lagi   disogok  dengan  sketsa  ringkas  menghina  sesama  manusia.    Sudah  lebih  50  tahun  merdeka,  apakah  masih  mahu  diujudkan  kelas-kelas  dewasa?