Umum mengetahui PKR bermula dengan satu NGO berbentuk persatuan kebajikan iaitu ADIL. Apabila terlalu ramai mahu memperjuangkan nasib malang yang menimpa Anwar Ibrahim sebuah Parti Politik ditubuhkan. Sebuah Parti Politik yang berdaftar diPantai Timur yang tidak begitu aktif diberi nafas oleh rakan-rakan Anwar. Kebanyakan mereka ini adalah ahli-ahli ABIM dimana Anwar pernah menjadi ketua mereka.
Fasa kedua Parti bekas-bekas ahli UMNO (yang kecewa sebab Anwar dipecat dan beberapa yang kena buang) mula menunjukkan belang. Sewaktu Pemilihan diKemaman orang-orang ABIM (mereka yang mula-mula menghidupkan parti) dipinggir oleh force bekas UMNO. Mereka terus berkuasa hingga kini. Berikutan daripada itu ramai ahli ABIM terutama wanita meninggalkan parti.
Fasa ketiga adalah sewaktu berdepan dengan PRU ke 12. Calun-calun parti dipilih dikalangan orang-orang yang rapat dengan pimpinan dan mereka-mereka yang ada duit. Pemimpin akarumbi yang faham kehendak rakyat tetapi tidak berwang tidak dipandang langsung. Jadi janganlah hairan apabila ramai yang jadi katak dan ramai juga yang menyeberang.
Fasa keempat merupakan Fasa Kehancuran. Mulai tahun 2010 ini setiap ahli berhak memileh kepimpinan mereka disemua peringkat. Ia digembar-gemburkan sebagai satu rekod dunia kerana belum ada mana-mana parti politik yang berani melakukan sedemikian. Pada mulanya saya percaya juga perkara ini boleh dilakukan oleh sebab ahli PKR sebenarnya tidak seramai mana. Setelah mengikuti telatah orang-orang yang membawa bersama mereka pengalaman semasa didalam UMNO jelas pelbagai tektik kotor dilakukan oleh orang-orang yang berkepentingan.
Keputusan diperingkat Cabang jelas menunjukkan perpecahan. Ada Cabang menghantar perwakilan keKongres secara one-sided . Calun Ketua Cabang yang tewas sudah tidak layak untuk hadir Kongres walaupun sebelum ini pernah membiayai perbelanjaan ahli hadir kemana-mana upacara parti. Begitu juga kepada bekas Naib Ketua yang tidak bertanding diperlakukan seperti tidak pernah berjasa selama 10 tahun lebih ini.
Yang jelas pasukan-pasukan baru memimpin parti tidak akan mendapat sokongan sepenuh dari ahli-ahli diCabang. Mereka-mereka yang ghairah ini terpaksalah membuat kerja sendiri didalam parti – lagipun mereka sebenarnya ada agenda sendiri-sendiri. Oleh sebab kekuatan diCabang-Cabang akan terhakis sedikit demi sedikit maka PRU ke 13 akan menyediakan satu kubur besar. Kepada bekas rakan-rakan yang masih berselera diucapkan selamat berjuang hingga ketempoh itu (PRU 13).