JANGAN HANYA “WINDOW SHOPPING”

August 28, 2009

Terdapat  dua  cerita  yang  berbeza   didalam  sejarah   yang  berulang  dalam  MCA  ini.    Pertama  sekiranya   Dr.  Chua   menubuhkan   sebuah  Parti   baru   mirip   Parti  Gerakan   sudah  pasti   separuh   dari  MCA   akan   keluar   Parti  dan   jika   kehadirannya   dilihat   lebih   Cemerlang    maka    tidak   mustahil  baginya   diterima   menyertai   Barisan  Nasional.      Sekiranya   andaian  ini  benar-benar   boleh   terjadi    kedudukan   Barisan  Nasional    sudah   pasti lebih  terserlah  dan   kuat.    Setidak-tidaknya  dalam   tempoh    yang   sukar   ini   ia   masih    mampu   menambah  ahli  keluarga.

Opsyen  lain,  pengikut  Dr.  Chua  mungkin  berminat  menyertai   Parti   Lim   Guan  Eng  yang  memerintah  Pulau  Pinang  sekarang   atau   bersama-sama   berjuang   dengan     Dr.  Lee  Boon  Chye    (Ahli  Parlimen  Gopeng)     dalam  Parti  Keadilan  Rakyat.   Untuk  menentukan  hasrat  ini  menjadi  kenyataan  Pimpinan    DAP   dan   PKR    perlu     bertindak  pantas  dan  intensif    dalam    menganjurkan   “membership drive”   diseluruh  negara.     Jika   kita   hanya  mengharapkan    “yang  bulat  datang  menggolek”   dan   “yang pipis  datang    melayang”      besar  kemungkinan   produk   kita   hanya     gah    diperingkat  “dikenali”  tetapi  tidak  ada  yang  “membeli”.     Disinilah   lahirnya   Istilah   “Window Shopping”.


DAILOG DALAM FILEM : Get Down To Business BUKAN Mulalah Berniaga

April 14, 2009

Tentu  ramai  yang  terbahak-bahak  disebabkan  terlebih  ketawa  apabila   membaca   tajuk  posting    kali  ini.   Ta`  kisah  itu  semua,      kalau  nak  ketawa,   silakan  dan  kalau  nak  perlecehpun   tidak  di-     halang.

Sekadar  hendak  berkongsi  pengalaman   sewaktu   saya  menonton  sebuah   filem  Inggeris   disekitar  tahun   tujuh pulohan.   Ia  berkisar  dari  satu Scene  dimana    sepasang  pengantin  baru   sudahpun  sah   sebagai  suami isteri  selama  tiga  bulan  tetapi  masih  ta`  ada  apapun  yang  berlaku.  Siisteri  sudah  tidak  boleh  bersabar  lagi  lantas  mengadu  ia  kepada  ibu  mertuanya  yang  suaminya  masuk  bilek   terus  berdengkor  saja.

Si Ibu  Mertua   yang  prihatin  dengan   masaalah  tersebut   segera  melontarkan  satu  idea   kepada  suaminya (bapa mertua  perempuan  itu)  supaya   memberikan  tunjukajar  yang  sesuai  kepada  anak  mereka.  Pada  suatu  malam   Sibapa   yang  melihat  anaknya  terlalu  asyik  menonton  TV  lantas   menarik  tangan  anaknya  dan  megheret  hingga   kemuka  pintu  bilek   tidur  anaknya.   Sambil            dia   menolak  itu  dia  berkata  sesuatu  kepada  anaknya.  Dailognya  adalah  seperti  berikut:   “Get  Down  To  Business”   dan    perkataan-  perkataan   yang   keluar   sebagai    sarikata  (subtitle)    ialah           “Mulalah  Berniaga”.

Jadi  moral  cerita  ini  sebenarnya  ada  kaitan  dengan  hasrat   Datuk  Seri  Najib  supaya    semua  orang  dalam  pasukannya   jangan  berlengah  lagi,  turun  padang    meninjau   keperluan  rakyat.  Sebaliknya   ada  yang   tidak  faham  message  Perdana  Menteri.    Lihat   saja    telatah  terbahru  MIC  tentang   pengagihan  Kerusi  Kabinet.  Mereka  tidak  puashati  kerana   tidak  diberi  Jawatan  Kanan dalam  Kabinet  seperti   Kementerian  Kerjaraya    dan   tidak  ada  pertambahan   jawatan.   Mereka  juga  mempertikaikan  mengapa   Parti  Gerakan  mendapat  tambahan  jawatan  Menteri.  Ada  ura-ura   MIC  hendak    keluar  kerajaan.  Semua  ini  bergantung  kepada  keputusan  majlis  CWC  yang  akan  bermesyuarat  pada  hari  Khamis.

Pemimpin   MIC   secara    terang-terang    mahu  bertemu  Perdana  Menteri  dahulu  untuk  menyelesaikan   masaalah  jawatan  sebelum  betul-betul    bersedia   untuk  melaksanakan     Agenda    “Rakyat  Didahulukan”.   Sedangkan   umum  mengetahui  yang  P.M.  telah    melantik  kesemua  nama-nama  yang   ketua  mereka   hantarkan.

Kesimpulan  kepada  senario  ini  ialah   masih   ada    Anggota   Kerajaan  yang  tidak  faham  hasrat  pucuk  pimpinan.  Dan   jelas  sekali  yang  mereka   “masih  belum  mula  berniaga”.