PADA UJIAN PERTAMAPUN DIA SUDAH GAGAL

Didalam   pertandingan  dua  penjuru  beliau  menang  dengan  majoriti  besar.   Sebaik  sahaja  keputusan  diumumkan  dengan  resminya  beliau  kini  orang    No. 2  dalam  Parti  Politik  yang  terbesar  dalam negara.     Pemimpin  yang  dimaksudkan  ialah  Tan  Sri  Muhyiddin  Yassin.   Diatas    kapasitinya   sebagai    Timbalan Presiden  UMNO   beliau  dipertanggungjawab   sebagai  Pengarah  ketiga-tiga  Pilihanraya  Kecil  yang  diadakan   serentak.

Bagi  Kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang  beliau  dilihat   sangat  ber-    ketrampilan  mengiringi  calun  BN  kePusat Penamaan   diDewan  Majlis  Perbandaran  Taiping.   Disini  juga   beliau    dilapurkan  berkata    cabaran  besar   BN  ialah  memperjelaskan   kepada  pengundi  bahawa   perkara  ambilalih  Kerajaan  Negeri  Perak  daripada  Pakatan  Rakyat  adalah  “legitimate”  dan  dilakukan  demi  kepentingan  rakyat.

Pada  7  April 2009   Majoriti  Pengundi  diParlimen  Bukit  Gantang  memberikan  kemenangan  kepada   Datuk  Seri  Nizar.  Jadi   lazimnya    pihak  yang  tewas   harus  akur  dengan  kehendak  rakyat.  Mereka  perlu  menerima  hakikat  bahawa   rakyat  terbanyak  tetap  mengatakan   peristiwa   rampasan  diNegeri  Perak  itu  sebagai    sesuatu  yang  sangat  jijik.

Selang  beberapa  hari  berlakulah  pula   “rumah  siap  pahat  berbunyi”.   Sewaktu  diinterview  oleh  Mingguan  Malaysia,  Pengarah  Pilihanraya  yang  sama   menjawab  soalan  dengan   berkata  pengundi  Cina  tidak  berterima  kasih.  Walaupun   telah  disediakan  peruntakan  yang  besar  kepada  mereka  dan  segala   bantuan  bagi  sekolah-sekolah  Cina   yang  dipinta   BN  lunaskan  mereka  tetap  tidak  berubah.

Soalannya  mereka  nak  ubah  apa  lagi.   Mereka  telah  tetapkan   tekad  untuk  berubah  berkuatkuasa   pada   PRU  12   dan  telahpun  mereka   sempurnakan.  Pihak  Barisan  Nasional  tentu  sudah  sedar  perkara    ini  berlaku  disebabkan   pengabaian   yang    telah  mereka sengajakan.   Walaupun   negara  telah  mencapai  kemerdekaan  lebih  50  tahun  kehidupan   rakyat  setempat   tetap  sama   iaitu  sayu  dan  sepi.

Apa  yang   BN  patut  lakukan  sekarang  teruskanlah  projek-projek  “Mee  Segera”  yang  telah  tertangguh  disebabkan  Pilihanraya  Kecil   tersebut.  Jika  terus  didiamkan  nanti  ada  pula   Kontraktor  yang  gulong  tikar.    Analisa  ringkas  kekalahan  BN  diBukit  Gantang  adalah   ibarat: Booking   tiket  bas express  untuk  bertolak  pada  7.00pagi   tetapi  datang  pada  jam  7.30pagi  dengan  harapan   Bas Ikut  Time  Melayu (bukan melayu sekarang).  Nak  minta  balik   duit   tambang  tidak ke  takut  buruk  siku?

6 Responses to PADA UJIAN PERTAMAPUN DIA SUDAH GAGAL

  1. nana merican says:

    Cara umno kerja nampak macam gangster pakai pekida la, RTM la, TV3 la, PDRM la semua elemen la digunapakai la tapi pihak lain dinafikan sampai orang meluat la habis tak payah nak buat andaian la memang orang menyampah la nak bodohkan orang buat la macam pilihanraya betul semacam kat negara maju la…..

  2. khas says:

    Dulu zaman Mahathir nakmenangkanPeter Chin diabagi100 unit komputer kpad Sekolah CinaSinJai, Ipoh. Sekarang Muhiddin Yasin bagi 1 juta pada sekolah Cina Kuala Sepetang.Pernahkah kita dengar pemberian sedemikian pada sekolah orang Melayu.Cakap tak serupa bikin. Sekarang ni menteri pertahanan baru naktubuh 222 batalion askar dan satu battaliaon bagi setiap kawasan Parlimen. Apa ni? Askar tu untuk kepentingan politik UMNO ke untuk negara? Inilah susahnya bila duit negara dikatakan duit UMNO, hak rakyat dikatakan hak UMNO. Tak malu pada rakyat ke? Rakyat bukan bodoh tau? Mengapa tidak lepas ni diumumkan jangan ada lagi pilihanraya kerana di Malaysiani orang BN/UMNO sajayang boleh memerintah yang lain semua dungu!

  3. khas says:

    Dulu zaman Mahathir nak menangkan Peter Chin dia bagi 100 unit komputer kpad Sekolah Cina Sin Jai, Ipoh. Sekarang Muhiddin Yasin bagi 1 juta pada sekolah Cina Kuala Sepetang.Pernahkah kita dengar pemberian sedemikian pada sekolah orang Melayu.Cakap tak serupa bikin. Sekarang ni menteri pertahanan baru nak tubuh 222 batalion askar dan satu battalion bagi setiap kawasan Parlimen. Apa ni? Askar tu untuk kepentingan politik UMNO ke untuk negara? Inilah susahnya bila duit negara dikatakan duit UMNO, hak rakyat dikatakan hak UMNO. Tak malu pada rakyat ke? Rakyat bukan bodoh tau? Mengapa tidak lepas ni diumumkan jangan ada lagi pilihanraya kerana di Malaysiani orang BN/UMNO saja yang boleh memerintah yang lain semua dungu!

  4. ANJA says:

    UMNO tak patut salahkn orang lain dalam kekalahan ini .

    Bila kalah seseorang patut lihat kedalam dirinya , apa yang tak kena , jika mereka rasa orang lain tak kenang budi , fikirkan kenapa orang tak kenang budi. Tak kan orang sengaja tak kenang budi, pasti ada sebab. Kalau saya , saya tak akan kenang budi jika pemberian tu tak ikhlas ..kalau orang lain tak tahulah.

  5. ANJA says:

    Teringat kata kata seorang pekerja am di sini , semasa musim p’raya lalu. Mak cik yang kekeringan wang nak pinjam duit dari syarikat. Saya bergurau dengannya , menyuruhnya ke pejabat UMNO , dengar kata siapa yang menyemak nama akan diberi wang. Dia kata tak boleh ambil wang dari UMNO ,tu rasuah , kalau wang dari PASm, takpe , itu sedekah. Saya tanya kenapa kata macamtu. Katanya bila UMNO bagi wang dia kata ‘Nanti pangkah BN ye’. Bila PAS bagi wang dia kata ‘Ambil lah ini sedekah ikhlas’

    So wang RM1 juta yang diberi pada sekolah CINA , itu dalam kategori mana? …LU PIKIRLAH SENDIRi…

  6. musafirlalu says:

    perkara-prkara tersebut kita tak perlu nak hairan memang kerja dia orang dari dulu lagi.Ingatlah saudara kita sedang berhadapan dengan jentera kerajaan bukan jentera Umno.Dia orang mana ada jentera.Kalau dia orang anak jantan dah lama bungkus.Pertama kita kena bersihkan dulu SPR dan polis.Bertanding sebagai anak jantan macam Pas dan Dap.Bagi saya yang amat mengecewakan kerana kita kalah di dun trong,tempat saya bertugas yang terkenal dengan pengundi tegarnya.Tetapi kalah menang itu dah jadi darah daging kita dalam pakatan.Sekarang kita tunggu dan lihat di dun Perak, Terengganu dan Perlis yang sedang belaku pergolakan mereka sesama sendiri dalam perebutan jawatan MB.Anggaplah tahun ini tahun pilihanraya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: