BILAKAH KITA BOLEH MENJADI PEMIMPIN

December 31, 2009

Life begins at Forty bagi  sesetengah  orang  ia  bermaksud  bermulanya  kedewasaan.  Bagi  sesetengah  yang  lain   pula  ia  bermaksud  segala  perangai   buruk  ( negatif)  yang     ada   hendaklah  ditinggalkan  menjelang  usia  yang  keempat  pulohan.

Bagi  Pelajar  Cemerlang  Nor  Amalina  dan  Mathematician  Adi  Putra  perkara  ini  tidak  patut  ada.   Mereka  kecewa  melihat   orang-orang  dewasa  asyik  membuang  masa.   Daripada  sekecil-kecil   bermain  Dam  Haji digerai-gerai  hinggalah   berjaga  hingga  kepagi  menonton  English  Premier  League.   Jika  benarlah  pada  usia   empat pulohan  baru  hendak  dimulakan  satu-satu  pembaharuan  sempatkah  kita  menjadi  pandai  bila  sampai  umur   wajib   bersara  iaitu  diakhir  lima  pulohan?  Jadinya  falsafah  kolot  “life begins at 40”  hendaklah  dikikis  dari  minda.   Akibatnya   walaupun  telah  mencapai  usia  yang  begitu  matang  tetapi  masih  tidak   mampu   membezakan  diantara  Mesyuarat  dengan  Berbincang  dalam  kelompok.   Masih  tidak  dapat  sesuaikan  diri  apabila  aspek-aspek  disiplin  ditekankan.

Beberapa  hari  lagi  akan  bermulalah  tahun  baru  2010.    Apa  kata  mulai  tahun  2010  ini  kita   terus   sahaja  melakukan  yang  terbaik  untuk   diri,  masyarakat    serta    negara    dan   tidak  lagi    sekadar    membaharui   Azam.    Jika  kita  tidak  serious  dengan   amanah  yang  Tuhan  kurniakan  ini  sampai  bilapun  kita  tidak  akan  kemana-mana  jauh  sekali  untuk  menjadi  Pemimpin.

Advertisements

KERUSI BERKONVENSYEN SAMBIL PENGHUNI MEMBELI-BELAH

December 25, 2009

Berita  Bergambar  yang  menunjukan  sebilangan  besar  kerusi   terbiar   kosong  diKonvensyen  anjuran  Kementerian  Belia  dan  Sukan    sangat-sangat  mengecewakan.  Konvensyen  tersebut   berlangsung  beberapa  hari  yang  lepas   diPWTC  Kuala  Lumpur.     Majlis  yang  baru  bermula  separuh  hari  menjadi  lenggang  selepas  waktu  makan.  Jika  benarlah  penghuni-penghuni  kerusi  tersebut  pergi  Shopping atau  terus   terlelap  dikamar  Hotel   lanjutan  dari    waktu  rehat  dan  solat    ia   adalah    satu    perbuatan    yang    tidak  beretika.   Konvensyen  Sukan  Kebangsaan  2009  ini  adalah  sesuatu  yang  sangat-sangat  penting  untuk  menentukan  kejayaan  dimasa  depan.    Mereka   khianati   amanah  jabatan yang  mereka  wakili.  Lebih-lebih  lagi  mereka  menghampakan  harapan  rakyat.   Apakah  penganjuran  Konvensyen   seperti  ini   dibuat   untuk  menghabiskan  peruntukan  tahunan  yang  tersedia?

Gelagat   sambil  lewa  dan  tidak  komited   seperti  yang  ditunjukan  oleh   sebilangan  pegawai  inilah  yang   telah   membuatkan   prestasi  sukan  kita  menjadi   terumbang-ambing.    Bukan  sahaja  tidak  dapat  meningkatkan    kedudukan   untuk   bersaing  secara  sihat   malah   ranking yang  adapun  kian  menurun.    Saya   tidak  sabar   untuk  melihat  apakah  reaksi    Pak  Menteri  terhadap  insiden  tersebut  dan  apakah   bentuk  tindakan  yang  akan  diambil.

Bercakap  mengenai  Konvensyen teringat  saya  kepada  tulisan  Lawyer Madzi   dalam  Blognya  (madzihasan.blogspot.com)  bertajuk   Tahun  Untuk  Berkonvensyen.   Walaupun  didalam  tulisan  tersebut  beliau  menghuraikan  betapa   satu  demi  satu   konvensyen   harus   dilalui  oleh  para  penggiat  politik  Pakatan  Rakyat,  beliau  sama  sekali  tidak  mengzahirkan  rasa  bosan  atau  memandang  ringan  setiap  tugasan.  Ahli-Ahli   Politik  dalam  Pakatan  Rakyat   berasa   bangga    berperanan   didalam   Konvensyen-Konvensyen  yang  mereka  sertai   walaupun    mereka    hadir  dengan    menggunakan  resources sendiri.    Tidak  seperti  pegawai-pegawai  kerajaan   dimana  segala-galanya   akan   tersedia.

Akhir  sekali  saya  sangat-sangat  berterima  kasih  kepada    Berita Harian kerana  dengan  beraninya  memaparkan   berita  sedih  tersebut  didada  Akhbar  mereka.        Walaupun    hanya  muncul  diruang  sukan   ia  tetap  berjaya  membuka  banyak  mata.   Melalui  pendedahan  ini  juga  dapatlah   Satu  Malaysia menilai   pencapaian  yang  macam  mana  yang  hendak  diutamakan.


MASIH ADAKAH SETIAKAWAN DALAM BARISAN?

December 21, 2009

Tajuk  tulisan  saya    kali  ini   hanyalah  merupakan  satu  soalan  semata-mata.  Ianya  boleh  dijawab  didalam  mana-mana  Media,  memberikan  jawapannya   kepada  diri  sendiri  ataupun  boleh    sahaja  dengan  tidak  menjawab.

Persoalan  yang  dimaksudkan  sebenarnya  satu  perkara  besar   oleh  kerana    Barisan  masih  lagi  Memerintah  Malaysia.    Menyinkap  masaalah  dalaman  Parti-Parti  dalam  Barisan  tidak  ada  satupun  Parti  komponen   berkenaan   yang  tidak  bermasaalah   kecualilah  sebilangan   yang   berada  diSabah  dan  diSarawak.

Bermula  dengan  UMNO   yang   terus-terusan  mendesak   supaya   pucuk  pimpinan  berundur  disebabkan  kekalahan  teruk  pada  Pilihanraya  Ke  12.  Dan  yang  terakhir  satu  pengakuan  secara  terbuka  oleh   salah  seorang  ahlinya  yang  mengatakan  “UMNO  busuk  hingga  keusus”.     Kemudian  diikuti  oleh  MIC  dimana  bekas  Timbalan  Presiden  mereka  tidak  direstu  menyertai  pimpinan  bagi  mengukuhkan  Parti.   Berikutnya  pula  satu  komponen  iaitu   PPP  pula  bermasaalah.  Sehingga  ada  satu Mesyuarat  Agung  Luarbiasa  diadakan  bagi  menganti  Presiden.     Hingga  kehari  ini  pun  cabar  mencabar  masih  berterusan.    Bagi  MCA  pula  mereka  sedang  berdepan  dengan   Krisis  Pimpinan yang  amat   serious.    Diantara  Presiden,  Timbalan  Presiden  dan  Naib  Presiden  kegiatan  tumbang  menumbang  sedang  berlaku  dengan  rancak.

Akibat  dari  kemelut  yang  menimpa  komponen-komponen  ini   ada  terdapat  Menteri  Kabinet   dan  Timbalan  Menteri   yang  telah  meletak  jawatan  tertinggi   dalam  Parti   dan   ada  juga  Timbalan  Menteri  yang  telah  dipecat  oleh  Parti.     Walau  bagaimanapun  kedudukan  mereka  tidak  terjejas  oleh  kerana  Jawatan  Menteri  dan  Timbalan  Menteri  tersebut  adalah  atas  Kuasa  Mutlak  Perdana  Menteri.

Kemuncak   kepada   masaalah   Setiakawan yang  saya  maksudkan  ialah   desakan  supaya  Jawatan  Pengerusi  Barisan  Nasional  Negeri  Pulau  Pinang   dipindahkan  dari  kekuasaan  GERAKAN  kepada  UMNO.      Alasan  yang  diberi  hanya  kerana  kesemua  ADUN  diDewan  Undangan  Negeri   diwakili  oleh  UMNO.  Gerakan  telah  gagal  sepenuhnya  pada  PRU  ke  12  diPulau  Pinang.    Parti  mana   pula  yang  boleh  menjadi  Pengerusi  Negeri  jika  semua  Kerusi  yang  ada  ini  gagal  dipertahankan  pada  Pilihanraya  Umum  ke  13  nanti?     Saya  tidak    ada   idea  bernas untuk  membantu   mengatasinya.   Apa  kata  ikut   sahaja   nasihat    Budak  Despatch Nabil  Raja  Lawak iaitu   “Lu  fikirlah  sendiri”.

Disinilah  relevan nya  Pakatan  Rakyat  untuk  menyelamatkan  rakyat  dari  dibelenggu   bebanan  dan  masaalah  yang  tidak  sudah-sudah.    Walau  apapun  sedang  diperkatakan  oleh  musuh,   Parti-Parti  yang  bergabung  dalam  Pakatan  Rakyat  hari  demi  hari  semakin  kuat  dan  semakin  mendapat  kepercayaan  khalayak  jelata.

Tujuan  sebenar   saya  menulis  ialah  bagi   mengimbangi    persoalan  yang  ditimbulkan  oleh  Zulkiflee  Bakar  dalam  Rencana  beliau   bertajuk   Kesepakatan Pembangkang? Rencana  tersebut  telah  disiarkan  oleh  Akhbar Utusan. Didalam  Rencana  yang  dimaksudkan  ini  siPenulis (Zulkiflee Bakar)  telah  menzahirkan  perasaan  yang  berbagai.   Adakalanya  beliau  mengucap  Tahniah kepada  Parti  PAS   disebabkan   berani  mempertaruhkan  kewibawaan  kerana  menyertai  Pakatan  Pembangkang.  Ada  juga  perenggannya (Rencana)  beliau  mencemuh  Parti  PAS  kerana  tidak  berpendirian.  Diakhirnya  beliau  meluahkan  rasa   kecewa dan   berkata Kasihan PAS kerana  menurut  beliau  Parti  PAS  yang    lebih  besar  dan  berpengaruh  hanya  menjadi  “pak  turut”.

Akhir  sekali  saya  tutup  tulisan  ini  dengan  perasaan  yang  cukup  sympathetic kepada  Sdra  Zulkiflee  Bakar   kerana  tidak  dapat  memberikan   sebarang    kredit kepada   Rencana  beliau  itu.


SILAP LETAK PRIORITY

December 16, 2009

Keputusan    Bajet  2010  diluluskan    melalui    majoriti    tiga  ( 3 )    undi   sahaja  tidak  sepatutnya  menjadi  Isu  besar.    Saya  bersetuju  dengan  Tan  Sri  Speaker  yang    Ahli  Parlimen   Pakatan   Rakyat   seharusnya  bersikap  Gentleman dimana    kehadiran    wakil    kita  juga  kurang. Llirik  lagu  ” Kita  Serupa” nyanyian   Zainal  Abidin terpakai   disini. Saya  tertarik  dengan komen   Datuk  Sri  Nazri  Aziz (dalam  Berita TV)   dimana   YB-YB  dari  Pakatan  Rakyat  pun   ramai  yang  ponteng     iaitu  kehadiran  mereka  disekitar  60  orang  sahaja.  Wakil-Wakil  dari  Pakatan  tidak  sepatutnya  terikut-ikut  dengan  cara  mereka  dalam  BN.    Sebagai  sebuah   Gagasan  yang  dikatakan  cukup  bersedia  mengambilalih  Pemerintahan  Negara  perkara  sebegini  sama  sekali  tidak  patut  berlaku.  Peluang  keemasan  supaya  kita  dilihat   lebih  bersedia   dan  komited  telah   terbuang  begitu  saja.

Diluar  sana  ahli-ahli  politik  PR  menghurai  kepada  khalayak   umum   betapa   Borosnya Kerajaan  kita  membuat  Cadangan  Perbelanjaan  Tahunan   melalui   Bajet yang  dibentang.   Tetapi  apabila  bantahan  itu  mahu  dikira  kehadiran  pula    tidak   Solid menentangnya.    Peluang  untuk  meningkatkan  moral Pakatan  Rakyat  telah  dipersia-siakan.    Tidak  secara  langsung  kita  telah  meremehkan  hasrat  pengundi-pengundi  kita.

Semua  ini  terjadi  kerana  tersilap  memberi  Keutamaan  ( Priority).    Alasan  seperti  terpaksa  hadir  dimajlis-majlis  kenduri   demi  menjaga  hati   penyokong   tidak  boleh  diterima  sama  sekali.   Di setiap   kawasan   pihak  Ahli  Parlimen  boleh  melantik   Pegawai-Pegawai   Khas  membantu  mereka   menyelesaikan  masaalah  rakyat  tetapi   TIDAK diPersidangan  Parlimen.       Pelajaran  yang  macam  mana  lagi  diperlukan  supaya  bijak  meletakkan  sesuatu  Priority?     Tentu  ada  yang  mencemuh  saya  kerana   terlalu   pandai  menegur dan  mengemukakan  soalan.    Saya  ta`  kisah   apa  orang  nak  kata.    Yang  pastinya    saya   bukan   seorang   Wakil  Rakyat.


1 : 12 > 52 > 365 = SATU TAHUN

December 14, 2009

Tajuk   berbentuk   formula  ini   bertujuan  menceritakan      betapa   singkatnya   masa.    Mesej  yang  ingin  disampaikan  tidak  lebih  dari  memperingatkan  betapa  pantasnya    kita   melupakan   sesuatu   mala   petaka   yang  pernah  menimpa.    Tahun  2009  hanya  tinggal   beberapa  hari  saja  lagi.     Kerajaan  yang  hilang  hanya  ditangisi  buat  beberapa  bulan  sahaja.  Kini  semuanya  sudah  senyap  sepi   seolah-olah   sudah  tidak    mempunyai   daya    mempertahankan  hak.      Keputusan  sama  ada   Dato  Sri  Nizar  Menteri  Besar  yang  sah  bagi  Negeri  Perak   atau  tidak   masih  tergantung.    Hal  inipun  hanya   terdapat   seorang  dua  Blogger  sahaja   yang   meluahkan   kekecewaan.   Orang-orang  politik  nampaknya  sudah  kehabisan  steam.

Setiap  kali  diakhir  tahun  berkumandanglah  perkataan  KPI.   Sama  ada  KPI  seseorang  itu  mencapai  tahapnya  terpulanglah  kepada  pihak-pihak  yang  menilai.   Seperti  biasa   setiap  orang  sentiasa  mempunyai  ruang  untuk  memperbaiki   kelemahan.    Jika  sekiranya  KPI  seseorang  itu  tidak  memuaskan  pada  tahun  ini  ianya  boleh  diperbaiki  ditahun  hadapan  dan   ditahun-tahun   seterusnya  jika  masih  tidak   berdaya  maju.

Tidak  bagi  Petani  dan  Peladang.   Mereka   sentiasa   mengharapkan   Pak-Pak  Menteri   dan  penjawat-penjawat   awam  dapat  mencapai  KPI  yang  cemerlang   kerana  secara  tidak  langsung   tahap  KPI   tersebutlah   yang  menentukan   kejayaan  usaha  mereka.   Segala   produk  yang  mereka  keluarkan  akan  hanya  boleh  mendatangkan  hasil   melalui  kecekapan  dan  prihatin   pihak  Kerajaan.     Secara  jelas  para  petani  dan  lain-lain   yang   bekerja  sendirilah Tuan dalam  negara  ini.    Mereka  tidak  akan  memberontak  jika  dipinggirkan  dan  mereka  juga  tidak  akan  melakukan  sesuatu  yang  tidak  baik  kepada  kesejahteraan  negara  tercinta  ini.  Mereka   pasti  akan   zahirkan  kekecewaan  didalam  Peti  Undi  yang   menjelma  lima  tahun  sekali.  Itu  KPI  dan  NKRA   yang  mereka  ada.

Faktor masa memainkan  peranan  penting  bagi  satu-satu  kejayaan.   Kita   perlu  berubah  kepada   cara  berfikir   yang  positif.   Walaupun  kita  mempunyai  365  hari  dalam   satu  tahun,   ianya  menjadi   kurang  apabila  dibahagi  kepada  minggu.   Ia  menjadi   lebih   berkurangan  lagi  apabila   dibahagi  kepada  bulan.     Jika  tempoh    setahun  ini   telah  meninggalkan  kita  sebelumnya   tercapai  cita-cita   maka  tidak   akan  ada   pilihan  lain  melainkan   melafaskan   satu   lagi   Azam  Baru. Akhir  sekali        Selamat  Menyambut  Kehadiran Tahun  Baru Tahun  2010.


BERCUTI BUKAN, BEKERJAPUN BUKAN TETAPI PULANG MEMBAWA MUTIARA

December 7, 2009

Tajuk  yang  santai  seperti   diatas  boleh  dimengerti  sebagai  satu   ungkapan  sinis  tetapi   tidak   berkehendakkan   pemerhatian  khusus.    Ia    boleh   saja    dianggap  sebagai   satu  tekanan    pada  pemulaan   tetapi   berakhir  dengan    rahmat    besar.

Kisah  bermula    dihujung   minggu  yang  baru  berlalu.    Saya   telah    berada  diPulau  Pangkor.    Lebih   tepat   lagi,   saya   telah   menginap  diPuteri  Bayu  Beach  Resorts,  Pasir  Bogak.     Tempat  ini    sebenarnya   tidak   asing   buat   saya  kerana    pernah   berkhidmat  diDaerah  Manjung   dan   Pulau  Pangkor   ini   termasuk   dalam   kawasan  gerakerja  saya  dulu.     Sudah  lebih  10  tahun   saya   tinggalkan   tempat  ini.       Kunjungan   kembali   ini   bolehlah   dianggap   sebagai   a  revisit to Down Memory Lane. Sepintas  lalu    tidak   banyak  perubahan   physical  yang  berlaku   Sepanjang   tempoh     saya  tinggalkan   tempat   ini.    Yang  ada  sedikit  perubahan  pun    hanyalah  Jalan  Tar  dari  Jetty  ketempat-tempat  tumpuan  pelancong  telah  diperbesarkan  sedikit.

Seperti  yang  saya  katakan  diawal  tadi,     kehadiran   saya   kali  ini    bukan  kerana    ada   sesuatu  pekerjaan  atau    mahu   mendapat  kerehatan   yang    secukupnya.     Secara  kebetulan  sebaik  sahaja   saya  sampai  disini    saya  terserempak   dengan     Pasukan   Pencari   Mutiara.   Melihatkan  yang  saya  tidak    ada  apa-apa    aktiviti   yang   khusus    maka    ahli-ahli  Pasukan  tersebut  membuat  tawaran  untuk  saya  menyertai    Adventure yang  mereka  rancang  itu.  saya    cukup  menghargai   tawaran   tersebut  dan   bersetuju   bersama-sama  terjun  kedasar  laut.

Dipendekkan  cerita  memang  banyak  Mutiara  yang  kami  temui.    Kami    terpaksa   berdepan  dengan   berbagai   masaalah   untuk  membawa  Mutiara-Mutiara    tersebut   keAtas.    Setiap   Pencari  nampaknya   cukup   berahsia  tentang    kuantiti  Mutiara  yang  mereka  berjaya  bawa  naik.    Memang  ada  diantara   kami   yang  tidak  mendapat  sebarang  hasil.

Saya  tidak   mahu    rahsiakan  penemuan  ini.      Secara  jujur  saya  mengaku   telah   berjaya  mengutip  beberapa    butir   Mutiara    dari  dasar  laut  itu.     Disini  saya  sangat  terhutang  budi  kepada  Sifu Fauziah, Dr. Z,  Master  Ismail  dan  Master  Rahim  kerana    tanpa   pertolongan   dan  bantuan  mereka  tidak  mungkin  saya   berjaya  didalam  Misi  tersebut.

Saya  ceritakan  ini  semua  dengan  harapan   ia  difahami.    Jika    ada  lagi  peluang   sebegini  saya   mahu   menyertai    Penerokaan    Kenny,  Remy,  Martin    dalam …. Ku Petik  Bintang-Bintang.


KELAB PEMINAT PERAK : LEBIH SUDU DARI KUAH

December 1, 2009

Saya  terpanggil  untuk  mengucapkan  Syabas  kepada   Peminat-Peminat  Bolasepak  Negeri  Kelantan.   Mereka  kesal  dengan  apa  yang  berlaku  diBukit  Jalil  disamping  faham diatas  kekecewaan  segelintir  peminat  ketika  itu.   Mereka  mahu  bertanggung  jawab   lantas    menganjurkan  Kutipan  Derma   bagi  membantu    Pengurusan  Bolasepak  Negeri    sedaya  mungkin   agar  pembayaran  Denda  yang  dikenakan  FAM  dapat  diselesaikan  segera.

Persatuan  Peminat  diNegeri  Cik  Siti  Wan  Kembang  ini  tidak  sanggup  berputih  mata.  Mereka  mahu  pasukan  kesayangan   terus  bertarung  diMusim  hadapan.  Bagi  mereka  memelihara  maruah  Bolasepak  dan  maruah  Negeri  adalah  tanggungjawab   yang  perlu  dipikul  bersama.   Usaha  murni  (kutipan  derma)  yang  sedang  rancak  dikelola  oleh  pihak  Persatuan  Peminat   Negeri  Kelantan  ini  sepatutnya  dicontohi  oleh  Persatuan    lain.

Malang   sekali    perkara  sebegini  tidak  berlaku  diNegeri  Perak.   Negeri  yang  selama  ini  begitu  gah  dalam  kancah  bolasepak  negara  hanya   mampu   menghitung  kenangan.    Persatuan  Peminatnya  telah  keluar  dari  landasan.   Persatuan  yang  dipimpin  oleh  Sdra  Jamil  ini  sudah  mengubah  selera.    Daripada   tugasan  memukul  gendang  dan  pencetus  Mexican Waves mereka  kini   menjadi    kumpulan  Pendesak.      Seperti   apa   yang   dilapur   oleh    Akhbar  Sinar  Harian   keluaran  Isnin   kumpulan    tersebut   mendesak    pihak  Pengurusan  Baru   segera  mengumumkan  senarai  pemain  bagi  musim  hadapan   sambil   memberi  saranan  supaya  Dato  Sri  Nizar  meletak  jawatan.    Tidaklah   dapat    dipastikan    sama  ada  mereka  ini  ditaja  ataupun   secara  sukarela.   Tetapi  apa  yang  sedang  mereka  lakukan  seperti  memburuk-buruk  pihak  Pengurusan  yang  sedia    ada   kepada    Media      tidak  sedikitpun  dapat   membantu  menyelesaikan  masaalah.  Apakah   mereka  mahu  menipu  diri  sendiri  yang      sebelum  inipun   Persatuan  Bolasepak  Perak   ada   berdepan  dengan   masaalah  yang  serupa.   Hutang  yang  bertapuk  tersebut  sudah  tentulah   dari   warisan   sebelumnya.   Jika    Kelab  Peminat   benar-benar   perihatin  terhadap  masa  depan  Bolasepak  Negeri  Perak  mereka  sepatutnya  menghulur  tangan  membantu  apa  yang  mungkin.  Menjadi    Pendesak  bukan  sahaja  tidak   berfaedah  malah  boleh  meluntur  semangat  ahli-ahli  kelab  yang  sedia  ada.   Saya  tertarik  dengan  kata-kata  Sdra  Jamil  yang  melihat   Presiden  Pafa  sekarang  sedang  belayar  bersendirian  dan   beliau   sepatutnya  mengambil  iktibar  daripadanya.   Jika  terus-terusan  pemimpin  kelab   mengejar  publisiti  dan bersikap  mencari  salah  orang saya  rasa  nasib  sdra  akan  lebih  malang  dari  Dato  Sri  Nizar.   Sdra  mungkin  akan  terus  menjadi  Presiden   seumur  hidup   tetapi   kepada  Kelab  yang    hari  demi  hari  kehilangan  ahli.    Jika   cenderong  dalam   politik    berpolitiklah   semahunya   didalam   mana-mana   Pertubuhan  Politik.    Didalam  persatuan  seperti  Kelab  Bolasepak  kesemua  ahlinya  Bercakap bola, tidur bola, makan bola dan  kalau  boleh  nak  menikah  dengan  bola.

Untuk  makluman  Sdra  Jamil  orang-orang  yang   sentiasa   memenuhkan   Stadium  Perak  adalah  mereka  yang  betul-betul   sayangkan  pasukan  dan  akan  sentiasa  memberikan  sokongan  moral  yang  sepatutnya.    Ahli-ahli  Kelab  yang  mendapat  subsidi  harga  tiket  sebenarnya  tidak  sebanyak  mana.     Saya  berpendapat  peminat-peminat  bolasepak  diPerak  lebih  selesa  tidak   menyertai  mana-mana   persatuan  daripada  dinaungi   oleh  kelab  yang   sedang  merencana    agenda  politik  sempit.