Tentu ramai yang terbahak-bahak disebabkan terlebih ketawa apabila membaca tajuk posting kali ini. Ta` kisah itu semua, kalau nak ketawa, silakan dan kalau nak perlecehpun tidak di- halang.
Sekadar hendak berkongsi pengalaman sewaktu saya menonton sebuah filem Inggeris disekitar tahun tujuh pulohan. Ia berkisar dari satu Scene dimana sepasang pengantin baru sudahpun sah sebagai suami isteri selama tiga bulan tetapi masih ta` ada apapun yang berlaku. Siisteri sudah tidak boleh bersabar lagi lantas mengadu ia kepada ibu mertuanya yang suaminya masuk bilek terus berdengkor saja.
Si Ibu Mertua yang prihatin dengan masaalah tersebut segera melontarkan satu idea kepada suaminya (bapa mertua perempuan itu) supaya memberikan tunjukajar yang sesuai kepada anak mereka. Pada suatu malam Sibapa yang melihat anaknya terlalu asyik menonton TV lantas menarik tangan anaknya dan megheret hingga kemuka pintu bilek tidur anaknya. Sambil dia menolak itu dia berkata sesuatu kepada anaknya. Dailognya adalah seperti berikut: “Get Down To Business” dan perkataan- perkataan yang keluar sebagai sarikata (subtitle) ialah “Mulalah Berniaga”.
Jadi moral cerita ini sebenarnya ada kaitan dengan hasrat Datuk Seri Najib supaya semua orang dalam pasukannya jangan berlengah lagi, turun padang meninjau keperluan rakyat. Sebaliknya ada yang tidak faham message Perdana Menteri. Lihat saja telatah terbahru MIC tentang pengagihan Kerusi Kabinet. Mereka tidak puashati kerana tidak diberi Jawatan Kanan dalam Kabinet seperti Kementerian Kerjaraya dan tidak ada pertambahan jawatan. Mereka juga mempertikaikan mengapa Parti Gerakan mendapat tambahan jawatan Menteri. Ada ura-ura MIC hendak keluar kerajaan. Semua ini bergantung kepada keputusan majlis CWC yang akan bermesyuarat pada hari Khamis.
Pemimpin MIC secara terang-terang mahu bertemu Perdana Menteri dahulu untuk menyelesaikan masaalah jawatan sebelum betul-betul bersedia untuk melaksanakan Agenda “Rakyat Didahulukan”. Sedangkan umum mengetahui yang P.M. telah melantik kesemua nama-nama yang ketua mereka hantarkan.
Kesimpulan kepada senario ini ialah masih ada Anggota Kerajaan yang tidak faham hasrat pucuk pimpinan. Dan jelas sekali yang mereka “masih belum mula berniaga”.
Dalam mana mana Organisasi adalah menjadi t’jawab ketua memastikan struktur organisasi yang dibentuk memuas hati semua pekerja dibawahnya, supaya pekrja dapat bekerja dengan selesa dan bermotivasi.
Kalu masih ada pekerja yang tidak selesa , tindkan sepatutnya patut di ambil, tak leh biar macamtu aje..boleh jadi barah.
Saya rasa samy sudah jadi pelupa pulak.Dulu beliau yang beriya-iya tak mahu mic ada 2 menteri penuh pasal tak ngam dengan subra.Konon-konon nak menunjukkan yang dialah bos.Yang lain bagi jawatan timbalan aje.Takut nanti lawan bos.Bila dah tak ada jawatan mulalah merapu-rapu.Kalau soal moral,tolong bagitau siapakah antara menteri-menteri sekarang yang betul-betul bermoral.Takkan sipembakar jambatan yang paling bermoral.PM lagilah yang paling bermoral.
Terima kasih diatas email yang saudara hantarkan.Memang saya bersetuju dengan saudara tentang pembersihan parti itu.Memang masalah masaalah yang telah dilakukan.Pernah sahabat saya tanya antara dua parti tu mana satu yang saya paling sokong.jawapan saya amat mengejutkan beliau. Lalu beliau bertanya kenapa saya lebih suka kepada parti itu dalam gabungan,jawapan saya mudah aje.Kita dah jadi pembangkang dah berpuluh tahun,jatuh bangun dah jadi darah daging.Yang satu lagi pula masih baru pasal ia adalah daripada serpihan dan idologi mereka masih lagi terikat pada yang lama.Walaupun begitu saya nasihatkan agar kita dapat membimbing mereka bagaimana nak jadi pembangkang.cuci sikit fikiran mereka kalau tak boleh dengan sabun mandi kita sental dengan berus besi.
heh heh heh keh keh keh…!!!