NAMPAK MACAM KEADILAN RUPA-RUPANYA UTUSAN

June 22, 2012

Sewaktu  berada  diKedai  Runcit  ( belakang  Taman Perumahan)  saya  terpandang  muka  hadapan  sebuah  akhbar  yang  memuatkan  gambar-gambar  Khalid Ibrahim,  Azmin  Ali  dan  Rafizi  Ramli  terhidang  dirak  akhbar-akhbar  hari  ini.  Saya  menyangka  ianya  Suara  Keadilan (  pernah  membelinya   dikedai  ini)  yang  melontarkan  pandangan  jika  berlaku  perubahan  kuasa diPutrajaya,  orang-orang  muda  seperti  Azmin  atau  Rafizi  mampu  menggalas  tanggungjawab  diNegeri   Selangor  manakala  Tan  Sri  Khalid  Ibrahim  boleh  memperkuatkan  Pakatan  diperingkat  pusat.

Rupa-rupanya  ia  Akhbar  sukaramai  yang  ketandusan  bahan  untuk  dimuatkan  dimuka  hadapan.  Cara  Utusan  mensensasikan  cerita  diSelangor  itu  seolah-olah  perkara  seperti  itu  tidak  pernah  berlaku  didalam  UMNO   ataupun  komponen-komponen  lain  dalam  BN.  Saya  berpendapat sebarang lantikan,  tukar  posisi  atau  letak  jawatan  dalam  mana-mana  organisasi  adalah  perkara  biasa  bilamana  ada  keperluannya.

Sementelah  Akhbar  tersebut  saya  pegang,  sayapun  menyusuri dari  satu  halaman  ke  halaman  seterusnya.   Tidak  dinafikan  Akhbar  ini  mendapat   langganan  iklan  yang  berbagai  sehingga memenuhi  beberapa  halaman.

Pada  kolum  paling  tepi  diMuka  Surat  12  ada  berita   yang  meminta  ahli-ahli  UMNO  yang  masih  belum  berdaftar  sebagai  Pemileh  agar  segera  melakukannya.   Datuk  Ahmad  Maslan  Ketua  Penerangan  UMNO  dalam   kenyataannya  melahirkan  kebimbangan  akan  kalah  satu  atau  dua  undi  kepada  Parti  lawan  pada  PRU  nanti.   Pihak  SPR  juga  berkata  sesiapa  yang  mendaftar  sebelum  akhir  bulan  ini  besar  kemungkinan  boleh  mengundi  pada  PRU  ke  13  nanti.

Yang  mengejutkan  saya  mengapa  mesej  yang  sebegitu  penting  hanya  terbit  dibahagian  dalam  Akhbar  tersebut?   Sepatutnya  ia  diberi  taraf   Front  Page.     Dan  yang  peliknya  organisasi  sehebat  UMNO  tidak  sepatutnya  mengguna  kaedah  last  call  untuk  menambah  penyokong.


UMNO/BN GAGAL MANFAAT WAKTU KECEDERAAN

June 9, 2012

Didalam  perlawanan  bolasepak,  beberapa  minit  tambahan  masa  boleh  mengubah  keputusan  yang  telah  tercatat.  Kerap kali  kita  lihat  pasukan  yang  mendahului  jaringan  pada  awal  permainan  gagal  mempertahan  keputusan  tersebut  sehingga  tamat  permainan  malah  ianya  dirampas  lawan  pada  saat-  saat  akhir iaitu  dalam  waktu-waktu  kecederaan.

Inilah  insiden  yang  sedang  UMNO/BN  tangiskan.  Didalam  keadaan  Presiden   UMNO  dan  Timbalannya  bersilih ganti  menggempur   Selangor  dalam agenda   mahu  merampas  kembali  pemerintahan  dimana  terlalu  banyak    goodies  ditabur  dan  seribu  janji  dihemburkan,  seorang  anggotanya  telah   melakukan    satu  damage  besar.

Seluruh  negara  terkejut  apabila  Khalid  Nordin  Menteri  Pengajian  Tinggi  mengarahkan  PTPTN  membekukan  kemudahan  pinjaman  kepada  pelajar      Unisel  dan  dihari  berikutnya  pelajar-pelajar  KUIS  juga  terlibat.  Kita   tidak  tahu  secara  jelas  apakah  yang  menyebabkan  Khalid  Nordin   bertindak  sedemikian.  Ia  mungkin  dipengaruhi  oleh  peristiwa  gerhana  separa  bulan  dan  transit  zurah  melalui  matahari  atau  krisis  dalaman     yang  sudah  tindak  boleh  dibendung  lagi.

Sekiranya  itu   bermaksud  mendera  Kerajaan  Selangor  (Govt.  of the day)     supaya  menghabiskan  segala  revenue  yang  ada  untuk  membiayai   pengajian  pelajar-pelajar  tersebut  maka  ianya  adalah  satu  kesilapan           yang  paling  besar  yang   pernah  UMNO  lakukan.  Umum  mengetahui    urusan  memberikan  pendidikan  kepada  rakyat  adalah  dibawah    tanggungjawab  Kerajaan  Pusat.   Walau  bagaimanapun  pihak  Kerajaan    Pakatan  diSelangor  sudah  melakar  cadangan  bagaimana  hendak  membantu    pelajar-pelajar  tersebut.

Kini  ceritanya  pula  arahan  pembekuan  tersebut  telah  ditarik  balik.  Walau  apapun  remedy  yang  mahu  dilakukan,  the  damage  has  been  done.      Keputusan  tergesa-gesa  seperti  menghukum  pelajar-pelajar  yang  merupakan   aset  besar  negara  hanya  mampu  dilakukan  oleh  pemerintah   yang  sudah  tidak  berdaya  memakmurkan  rakyatnya.

Melalui  tindakan  seperti  itu  kredibiliti  UMNO/BN  benar-benar  sudah  pupus.   Dalam  aspek  Pilihanraya  Umum,  kita  sebenarnya  berada  didalam   waktu  kecederaan.  UMNO/BN   tidak  boleh  menyalahkan  pihak-pihak  lain  jika  mereka  gagal  mempertahankan  kuasa.   Kegagalan  mereka  hanya   disebabkan  mereka  tidak  manfaat  masa-masa  terakhir  yang  tinggal.