BERI HARAPAN BENAR-BENAR BERMAKNA

January 22, 2018

Setakat ini apa harapan yang telah diberi. Rasanya apa yang dilaung-laungkan saban hari hanya mencemuh mereka yang sedang berkuasa sahaja. Apakah rakyat secara umumnya akan membuta tuli menolak BN pada PRU ke 14 nanti? Yang pasti jasa yang telah dinikmati perlu dikenang. Taburan janji semata-mata tidak mungkin dapat direalisasi.

Menukar kerajaan bukanlah semudah menukar lampin “pakai buang”. Persoalan yang sedang berlegar adalah kuasa. Benar, rakyat berkuasa penoh dalam memileh kerajaan. Silap pilih – kuasa akan makan diri. Dah tak lama musim memileh buat rakyat Malaysia. Ia mungkin esok, lusa atau tulat. Yang pasti ia didalam tahun 2018 ini juga.

Kepada cerdik pandai kuasa politik adalah harta untuk memastikan kesinambungan generasi mendatang. Jangan kita dipersalahkan nanti apabila kuasa berada dalam tangan mereka yang obses kepada kuasa semata. Ukuran untuk diberikan kuasa bukan semata-mata berdasarkan kepakaran dan pengalaman pemimpin tertentu sahaja. Kejujuran penerima kuasa perlu dapat dilihat dan dihayati.Jika kita silap memileh akibatnya bukanlah sedikit. Ianya tidak mungkin dapat diubah walaupun didalam beberapa pilihanraya lagi.


SUHU POLITIK KINI SANGAT DINGIN

January 13, 2018

Ahmadzawawi's Weblog

Rasanya sudah hampir setahun Blog ini tidak di kemaskini. Pertama sebabnya adalah keadaan sibuk yang memanjang. Setelah menamatkan B.A.(Honours) di USM Pulau Pinang kini menyambung sesuatu yang terbengkalai sebelumnya. Sekarang di UiTM Shah Alam pula untuk tamatkan Pengajian Undang-Undang.

Kedua, persaingan politik dikalangan pemain-pemainnya dilihat terlalu hambar. Dipihak yang sedang memerintah dilihat begitu selesa memandangkan mereka memiliki “resources” yang bertimbun. Tambahan lagi “wisel” menentukan tarikh sesuai Pilihanraya Umum ke 14 berada dalam genggaman mereka. Walaupun tempoh Penggal Parlimen sekarang berakhir sekitar April – Mei tahun 2018, namun bagi BN dilihat tidak menghadapi sebarang masaalah jika diputuskan PRU ke 14 diadakan dalam tempoh sebaik sahaja selesai menghayati ulangtahun Kemerdekaan. Kemenangan pula bolih diraikan pada tarikh menyambut Hari Malaysia 16 September.

Semasa PRU ke 12 (2008) keadaannya begitu cemas. Sentimen mahukan perubahan sangat jelas ketika itu. Tambahan pula Parti-Parti dalam blok pembangkang ketepikan kepentingan masing-masing dengan memutuskan untuk berdepan dengan BN secara…

View original post 109 more words