RANTAU: SATU PERKATAAN BANYAK MAKNA

April 11, 2019

RANTAU Abang nama tempat, PeRANTAU adalah Pengembara dan DiPERANTAUAN maknanya berada ditempat orang. Walau bagaimanapun tulisan ini tidak ingin menghuraikan maksud ungkapan ini. Kali ini perbincangannya tertumpu kepada suatu peristiwa yang akan berlaku pada 13 April 2019 ini iaitu PRK Dewan Undangan Negeri Rantau di Negeri Simbilan.

Rata-rata ramai yang meramalkan Pakatan Harapan akan mencapai kemenangan. Mereka mengambilkira beberapa sentiment yang memihak kepada PH. Antaranya adalah suasana politik “Malaysia Baru” yang menjanjikan bulan dan bintang dimana semua sudah jelas yang kerajaan Barisan Nasional telah tumbang dan Negeri Sembilan pun dikuasai oleh PH.

Dalam konteks PRK Dewan Undangan Negeri Rantau ini penulis ingin juga menyampaikan analisis serta buah fikiran tentang perebutan kerusi DUN Rantau ini. Berdasarkan keputusan PRU ke 14 DUN Rantau terletak dibawah kawasan Parlimen Rembau (P131). Dalam kawasan ini terdapat empat ( 4 ) Dewan Undang Negeri; N25 Paroi, N26 Chembong, N27 Rantau dan N28 Kota. Pakatan Harapan hanya memenangi N25 Paroi memandangkan ianya semi-urban. Dari sudut matermatiknya adalah amat sukar bagi PH mahu merampas kerusi DUN Rantau ini.

Calun Barisan Nasional kali ini telah mendapat jaminan tulin daripada rakannya PAS atas dasar timbalbalas. Dimana BN bertanding PAS akan memberikan laluan dan begitu jugalah bila PAS yang bertanding dikawasan penyokong PAS lebih ketara. Calun BN merupakan bekas Ahli Dewan kawasan itu yang telah dibatalkan kemenangan tanpa bertandingnya. Beliau mantan Menteri Besar Negeri yang telah banyak berbakti kepada masyarakat dikawasan tersebut. Tambahan pula beliau kini memangku jawatan tertinggi UMNO Malaysia. Manakala Pakatan Harapan dalam keadaan terpaksa mencalunkan semula ahli mereka yang tidak berjaya mendaftar sebagai calun pada PRU ke 14 tempoh hari.

Penulis meramalkan calun Barisan Nasional akan dipilih semula sebagai ADUN Rantau pada 13 April 2019 nanti. Kepada warga Rantau diucapkan selamat Mengundi.