TIDAK MUNGKIN TELUK INTAN BERPATAH BALIK SEDANGKAN SELURUH NEGARA HENDAK BERUBAH

May 28, 2014

Terlalu banyak telah diperkatakan oleh orang-orang politik di Teluk Intan. Banyak juga rintihan-rintihan rakyat yang kita dengar seperti harga barangan yang melambung tinggi sedangkan pendapatan masih ditakuk lama. Disamping itu bil bekalan letrik dan air juga membebankan. Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan tidak mungkin dapat menyelesaikan masaalah yang dinyatakan ini.

Pada 31 Mei penduduk Teluk Intan akan tunaikan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka walaupun pada mereka ianya merupakan proses “undi semula” kepada Parti Sukaramai DAP. Mereka telah ketepikan BN sekian lama. Jika BN benar-benar ikhlas mengapa mereka hanya mampu berjanji pada setiap kali hadirnya Pilihanraya. Majukanlah Teluk Intan ini walaupun Ahli Parlimennya bukan kawan BN. Bukankah BN masih Kerajaan diperingkat Federal? Atau telah terkena sindrom lali sebab sudah terlalu lama memerintah.

Pada political front tidak ada siapapun boleh menafikan yang DAP telah terlalu jauh kedepan. Meletakan seorang wanita professional melayu disebelah menara condong yang dikelilingi majoriti orang tionghua (cina) sebagai calun Pilihanraya adalah merupakan satu cetusan idea yang lahir diluar kotak. Syabas Pakatan Rakyat yang sudah berhijrah. Biarkan BN yang masih selesa dengan minda yang jumud itu. Setiap kali PRU atau PRK mereka hanya mampu tabur janji. Kali ini dengar ceritanya sebuah Universiti akan didirikan di Teluk Intan jika BN menang.

Persoalan bagi Pakatan Rakyat bukan kekalahan. Ia lebih mahu melihat berjayakah PAS menarik pengundi melayu diDUN Changkat Jong berbondong-bondong mengundi Dyana Sofea. Disinilah turning point untuk menambah majoriti DAP di Parlimen Teluk Intan. PAS dilihat cukup yakin dengan tugasan tersebut dan mereka dilihat tidak memerlukan PKR disitu.

Suasana dihari-hari terakhir berkempen menunjukan pengundi Teluk Intan cukup bersedia mengekalkan kuasa DAP dan rencana Pakatan untuk menghuni Putrajaya sudah semakin jelas melalui Teluk Intan move ini.


PARLIMEN TELUK INTAN : Pakatan Tawar Politik Segar

May 20, 2014

Pertandingan sebenar ialah pada 31 Mei 2014. Jika didalam bolasepak tempoh ini ialah masa untuk memperkemaskan pasukan dari segi taktikal dan juga kesediaan mental para pemain. Didalam politik perkara yang sama juga digunakan untuk memenangi kerusi dewan rakyat atau dewan negeri.

Saya tidak berminat mengetahui apakah taktik atau pendekatan Parti-Parti yang bertanding akan gunakan. Bagi saya ia merupakan sesuatu yang lumrah atau dalam bahasa Melayu Kuala Kangsar ia disebut sebagai “koman”. Lebih baik saya terus kepada hari pertembungan sebenar iaitu hari rakyat Teluk Intan keluar membuang undi.

Parti Gerakan yang mewakili BN tidak punya “succession plan“untuk ditawarkan kepada pengundi Teluk Intan. Ini jelas dapat dilihat dimana calun mereka adalah muka yang sama yang pernah mewakili mereka pada Penggal ke 10 (1999) dan ke 11 (2004). Masih dicalunkan pada Penggal ke 12 dan ke 13 akan tetapi tewas kepada DAP. Kali ini di Pilihanraya Kecilpun beliau juga dicalunkan. Jelaslah sebenarnya siapa Gerakan dihati rakyat. Parti DAP sama bentuknya dengan Gerakan iaitu Parti berbilang bangsa. Mereka menghantar anak Melayu untuk mewakili Teluk Intan diParlimen. Disamping itu calun yang mereka pilih itu merupakan seorang Professional muda yang cukup bertenaga untuk membela nasib penduduk Teluk Intan. Bukannya DAP ketandusan calun berbangsa cina akan tetapi yang penting bagi mereka ialah kesesuaian orangnya untuk mewakili penduduk setempat.

Berdasarkan kenyataan diatas, pengundi Teluk Intan langsung tidak pening kepala memikir siapa yang patut berada diParlimen mewakili mereka. Seorang muka baru penuh berilmu, berperawakan mudah didekati dan disapa dan walaupun masih muda lela, pengalaman yang telah beliau timba dalam DAP dapat memakmurkan rakyat di P76.

Dengan kata-kata itu personaliti seperti seorang Presiden, orang kuat Parti ataupun Hartawan-hartawan terbilang tidak dapat mengatasi benda yang disebut “realiti”.


BURUK SIKU RUPANYA SATU BUDAYA

May 18, 2014

Bila penjawat awam minta dipertimbang kenaikan gaji disebabkan kos sara hidup yang tinggi mereka dikatakan tidak berterima kasih kepada UMNO yang telah memperjuangkan kemerdekaan lantas rakyat seramai dapat nikmat “makan gaji”. Apabila rakyat dikampong-kampong mengeluh harga produk keluaran mereka menurun begitu rendah ada nada sinis berkata “mengapa semasa harganya tinggi dulu tidakpun berterima kasih kepada…..

Apabila rakyat mula nampak ada Parti politik yang boleh menjadi Alternatif kepada BN mereka dilabel tidak mengenang budi kepada UMNO yang selama ini telah bersusah payah membela nasib rakyat miskin. Malangnya masyarakat UMNO ini lupa yang Perlembagaan Negara membenarkan rakyatnya menubuh Parti-Parti politik dan menyertai Pilihanraya.

Yang terakhirnya kini Kerajaan UMNO (melalui AP Lenggong) menempelak Dyna Sofea kerana tidak mengenang budi kepadaq UiTM milik UMNO yang telah memberikan pelajaran kepadanya sehingga boleh bercakap. Secara peribadi saya sungguh simpati kepada mereka yang telah menanam budi kepada rakyat selama ini. Simpati saya ini disebabkan mereka sudah tidak punya pilihan lain selain daripada meminta budi mereka dibalas agar terus diberikan kuasa supaya mereka kekal bermaharaja lela.

Bagi diri saya jika pertolongan itu ikhlas pastinya saya akan mendapat ganjaran diakhirat nanti. Untuk meminta-minta dibalas balik budi, saya cukup takut dan malu jika digelar Buruk Siku. Kepada DAP saya angkat topi dan kepada Dyna-Sofea saya ucapkan syabas.


AZMIN DAH LAMA JADI PRESIDEN JIKA DIA MAHU

May 10, 2014

Ahmadzawawi's Weblog

Ahli-Ahli  Parti  Keadilan  Rakyat  jangan  lupa  apa  yang  telah  berlaku  pada  Kongres  Pemilihan  sebelum  PRU  ke  12   yang  berlangsung  diSeremban.   Abdul  Rahman  (Bekas  Timbalan  parti)  mencabar  Wan  Azizah  dan  ada  satu  kumpulan  mendesak  Anwar  supaya  bertanding.  Tujuan  kumpulan  tersebut  sebenarnya  nak  melingkupkan  parti  kerana  semua  orang  tahu   tempoh  sekatan  terhadap  Anwar   untuk   memegang   jawatan  dalam  pertubuhan masih  belum  tamat.

Dalam  apa  keadaanpun  diketika  itu  Sdra  Azmin  sahaja  yang  layak  menggantikan  Wan  Azizah  jika  parti  sudah  bersedia  kearah  itu.   Saya  katakan  hanya  Azmin  yang  layak  kerana  kerja  kerasnya  didalam  partilah  yang  telah  memungkinkan  parti  PKR  menang  besar  diPRU  ke  12  dan  dihormati  oleh  rakan-rakan  dalam  Pakatan  Rakyat.    SISMEP  yang  beliau  perkenalkan  benar-benar  telah  membantu  parti  mengenal   jenis-jenis pengundi.   Dia  juga  merupakan  Pengarah  Pilihanraya  Pusat.  Kebetulan  pada  PRU  ke 11  nama  saya  naik  untuk  dicalunkan  diParlimen  Padang  Rengas  tetapi  ada  pihak  yang  lebih  cekap  senyap-senyap  pergi  berjumpa  Azmin  dan …

View original post 203 more words