Dengar ceritanya diShah Alam sedang berlangsung Pesta Besar-besaran bertajuk “Karnival Sayangi Selangor”. Saya sebagai orang melayu bila mendapat tahu ada pesta semacam itu terangkat punggung ni tak sabar-sabar hendak pergi. Tetapi apakan daya terlalu banyak Assignment yang masih belum siap sedangkan “target date nya” sudah hampir sangat.
Semalam semasa berada diPerpustakaan Hamzah Sendut ( USM ) Penang saya sempat membelek Akhbar Berita Harian yang tersedia diruang membaca. Saya terserempak dengan berita tentang salah satu acara karnival yang telah berlansung. Saya merasa terkejut apabila membaca kenyataan pimpinan UMNO yang menghina orang-orang Selangor kerana mengundi Pakatan Rakyat pada 2008. Tindakan mereka itu diibarat “marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar“.
Saya tidak bersetuju pengundi diSelangor dilabel sedemikian. Apa yang dapat saya lihat pengundi diSelangor semasa PRU ke 12 hanya menukar pengendali (Pentadbiran Negeri) yang lebih komited menjaga hal ehwal kehidupan mereka. Tempoh lebih 50 tahun yang telah mereka berikan kepada BN sangat-sangat mengecewakan. Pemerintah BN tidak pernah terfikirpun untuk memberikan sejumlah air percuma kepada rakyat diSelangor sebagai keperluan asas manusia sepanjang tempoh itu. Sedangkan seluruh dunia tahu yang Selangor merupakan sebuah Negeri yang kaya raya.
Kerajaan Pakatan Rakyat adalah sebuah Kerajaan yang baru. Mana mungkin dalam tempoh 3 hingga 4 tahun kesemua kepincangan dapat diperbetulkan. Mereka perlu dilanjutkan mandat memerintah Selangor. Rakyat Selangor pasti tidak akan menyesal. Yang merasa kecewa dan menyesal hanyalah mereka yang hilang tempat pergantungan. Adalah diharapkan tidak akan ada lagi label Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar kepada Selangorean. Bagi saya ungkapan yang sesuai untuk rakyat Selangor ialah “Once Bitten, Twice Shy“.
Mengenai “Tagline” Karnival: Sayangi selangor, saya bersetuju dengan lirik lagu S.A.Y.A.N.G. nyanyian Ramlah Ram. Antara lirik lagu tersebut ialah (1) Sayang bukannya dibibir tetapi dihati (2) Tanpa kasih sayang hidup kesepian. Jadi kesimpulannya mengapa setelah Pilihanraya menjenguk kembali baru hendak bicara pasal sayang? Mengapa dibiar sekian lama kesepian!