SATU RAMALAN : TAJUK AKHBAR FEBRUARI 10 BUKAN BERITA BIASA

January 28, 2010

Saya  bersetuju  dengan  Dato  Seri  Nizar  Jamaluddin  yang   sesiapa  sahaja  boleh  membuat  spekulasi   tentang  keputusan  Mahkamah  berkaitan  dengan  kedudukan  beliau  sebagai  Menteri  Besar  Perak.    Ia  boleh  jadi  5 – 0,   4 – 1  ataupun  3-2.    Kita  tidak  akan  dapat  meramalkan     kepada  siapa  keputusan  itu  memihak.   Jadi  tuduhan  YB  Hamidah  kepada  pembangkang  diNegeri  Perak  adalah  tidak  berasas.

Bersabit  dengan  persiapan  kemungkinan  berlakunya  Pilihanraya  adalah  sesuatu  yang  perlu.  PRU  ke  12  sudah   berlalu  separuh  jalan.   Pihak  yang  berkuasa  boleh  memanggil  PRU  ke  13  sebaik  sahaja  melepasi   tempoh   tiga  tahun.    Setiap   Wakil  Rakyat  yang  telah  berkhidmat  lebih  tiga  tahun  layak  mendapat  pencen.  Jadi  itulah  rationalnya.

Saya  mengambil  kesempatan  disini   meramalkan  akan  ada   kemenangan   bagi  sesaorang   tetapi  tidak  akan  ada  Pilihanraya.   Ramalan  saya  ini  berdasarkan   kepada    keputusan-keputusan   yang    diperolehi  bagi   Dewan  Undangan  Negeri   Kota  Siputeh  diKedah.     Bukan  perkara   mudah  untuk   mengadakan   sesuatu  Pilihanraya.   Ia  melibatkan  perbelanjaan  yang    besar  dan  juga  pengembelingan  tenaga  manusia    yang  ketara  banyaknya.     Ini  tidak  termasuk  lagi  aspek  keselamatan   semasa  berkempen  dan  pada  hari  mengundi.

Walau  apapun  keputusannya  nanti  semua  rakyat  perlu  menghurmatinya.  Mengenai   hak  mengundi  kita  tidak  perlu  terlalu  gusar.   Bila-bilapun  kita  boleh  mengundi.  PRU  ke  13  sudah  tidak  berapa  lama  lagi.     Bagi  masyarakat  dalam  Parti  Keadilan  Rakyat   hak  anda  mengundi  akan  bermula  pada  bulan  Mac  2010.    Disinilah  bermulanya  demokrasi.

Perkara  diatas  hanyalah  ramalan  dari  saya  secara  peribadi.   Jika  sekiranya  ditakdirkan  Dewan  Undangan  Negeri  Perak   bubar  sayalah  orang  pertama  yang  akan  turun  padang   bagi  menentukan  Pakatan  Rakyat   kembali  berkuasa  diNegeri  Perak.


MASYARAKAT ORANG ASLI SUDAH TIDAK MENOLEH KEBELAKANG

January 20, 2010

Kenyataan  diatas   bukan   tujuannya   hendak    mempersenda  golongan  orang-orang  Asli.  Ia  lebih  merupakan  memberi     credit berikutan  dari   beberapa  pandangan  bernas   yang  diluahkan    oleh  perwakilan  mereka     iaitu   daripada   para  Ilmuwan     dari    kalangan  orang-orang  Asli  sendiri.

Perwakilan  mereka  yang  saya  maksudkan   ialah     Yang  Berhurmat  Senator   Mohammad  Olian  Abdullah    dan  Prof.   Madya  Dr.  Juli  Edo   yang  keudara   sebentar  tadi   dalam    Rancangan   sukaramai     “Hello  Malaysia”    kendalian   BERNAMA  TV     dan    dihoskan  oleh  Sharkawi  Jirim.     Slot  satu  jam  ini     membawakan    tajuk  1Semangat –  1 Visi  –  1Malaysia.    Jika  ditelek  betul-betul,   tajuk  ini  tidaklah  hanya  dituju  kepada  masyarakat  orang  Asli  sahaja.   Walau  bagaimanapun  pengisiannya   khusus   berpusat   kepada  perkara-perkara  yang  mempengaruhi   masyarakat  Orang  Asli.

Kedua-dua  tokoh  tersebut  telah  mengunakan  kesempatan  ini  dengan  cukup  berkesan.  Secara  umumnya  mereka  berkata  yang  masyarakat  Orang  Asli  tidak menolak  Pembangunan.      Malahan  mereka  mahu  diberikan   sama  taraf  dengan  kaum  lain.   Sebagai  contoh  dalam  aspek  pemberian    tanah  kepada  para  Peneroka.  Mereka  kesal   dalam  pada  orang-orang  lain  diberi  10  ekar  tanah  untuk  diteroka  masyarakat  Orang Asli  hanya  diberi   sekitar  6  ekar  sahaja.

Dari  aspek  politik  mereka  mahu  Kerajaan  menimbangkan  beberapa  jawatan  Senator  lagi  kerana  masyarakat  Orang  Asli  yang  berjumlah  kurang  lebih  150,000  orang  bukannya  tinggal  setempat.   Sukar  bagi  hanya  seorang  Senator  memberi  perkhidmatan  keseluruh  negara.    Dalam  aspek  pelajaran  pula  mereka  tidak   menuntut  diadakan  Kuota  dan  sebagainya.  Cukuplah  bagi  pihak  Universiti  menerima  penuntut   dari  kaum  orang  Asli  yang  memiliki  kelayakan   masuk   yang   minima.

Sepanjang  menjawab  soalan-soalan  sama  ada  dari  Hos  Rancangan  itu  sendiri  ataupun   Pertanyaan melalui  Telefon kedua-dua  Tokoh  Orang  Asli  ini  sentiasa   Fokus dan  sedikitpun  tidak  emotional.     Yang    benar-benar   diharapkan  agar  pihak-pihak    yang  bertanggungjawab    segera   menyempurnakan   segala  kewajipan  yang  sepatutnya  kepada   masyarakat  mereka.    Saya  sangat  kagum   dengan   cara  kedua-dua  Tokoh   ini  membawa  kes  mereka.     Sememangnya  mereka  terdiri   daripada  orang  yang  terpelajar.

Perkara  sebegini  jarang  berlaku  dikalangan  masyarakat  lain  khususnya  masyarakat  Melayu.   Lihat  saja  telatah  mereka  didalam   Rancangan  Bual Bicara  yang  disertai  seperti   Sudut  Pandang dalam  Astro  AWANI.   Yang  mewakili  UMNO  sampai  kering-kering  tekak  mempertahankan    apa  yang  UMNO   buat   semuanya  betul  belaka.    Begitu  juga  yang  mewakili  PAS  atau  KEADILAN  sampai  naik  urat-urat  tengkok  mengatakan   merekalah  sahaja  yang    rakyat  harapkan   menuju  perubahan.

Akhir  sekali   berdasarkan  fakta-fakta  diatas  masyarakat  Orang  Asli  sudah   banyak berubah   dan  sedang  menghayati  cara  memperlengkap  Modal  Insan   dikalangan  mereka.     Manakala  kaum  yang  terbesar   hanya  memiliki   semangat   juang   memajukan  kelompok   dan   terus   leka  ber-retorik.


SUDUT PIDATO : GIMIK POLITIK TERBAHARU

January 15, 2010

Ramai  yang  teruja  apabila   Sudut  Pidato  atau  Speakers`  Corner diujudkan  semula  diKampus  Universiti.     Aktiviti  yang  telah  diharamkan  kira-kira  tiga  dekad  yang  lalu  melalui  Akta  Universiti  Kolej  Universiti  (AUKU) 1971   buat  julung  kalinya    diujudkan  semula   diSudut  Pidato  Universiti  Kebangsaan  Malaysia.

Majlis   yang   dilancarkan  oleh  Menteri  Pengajian  Tinggi  Datuk  Seri  Mohamed  Khaled  Nordin  telah  memberi   kesempatan   kepada   tiga  orang  pelajar   UKM   menyampaikan  Pidato   sulung.      Berita  mengenai   Acara  ini  telah  mendapat  liputan    Muka   Depan      Akhbar   Berita  Harian.

Secara  jujur  saya  tidak  nampak    event seperti  ini    benar-benar  mencerminkan  keikhlasan  pihak  pemerintah  terhadap  keterbukaan   mereka  mendengar  kepada  sebarang  rintihan.   Sebagai  pelajar  diperingkat  Universiti  dizaman  serba  canggih  ini  sudut-sudut  pidato   sudah  tidak  berkesan  lagi.    Segala  macam  maklumat  sudah  boleh  diperolehi  melalui  Internet dan   tahap  pemikiran  penuntut-penuntut  Universiti  pun   sudah  cukup  terkedepan.

Aktiviti  seperti  ini   sebenarnya   sangat-sangat   perlu   diujudkan  ditempat-tempat   awam.   Masyarakat   Awamlah   yang   sepatutnya   diberi  peluang  menyampaikan   sebarang  masaalah  yang  sedang  mereka  hadapi.     Melalui  Forum  yang  dimaksudkan  ini  para  penduduk   dapat   menyuarakan   segala  bentuk   kepincangan  perkhidmatan    yang  berlaku  dikawasan  kediaman   mereka.     DiSudut-Sudut  Pidato  Masyarakat    yang  dimaksudkan  ini   boleh  juga  berfungsi  sebagai   tempat  meluahkan  rasa  kecewa   penghuni  Flat   tentang   Lift yang    terlalu   kerap  rosak    juga   kehadiran  lalat  yang  ketara  banyaknya  akibat   dari  sampah  sarap  yang  tidak   dilupuskan  oleh  pihak-pihak  yang  bertanggungjawab dan  berbagai  masaalah  seharian  yang   terpaksa  mereka  terima.

Negara  telah  mencapai   kemerdekaan    lebih  dari  50  Tahun   malangnya   segala  pembaharuan  yang  cuba  dibawa  adalah  benda-benda  yang  telah  jauh  kita  tinggalkan  seperti  mengujudkan  semula  Speakers`  Corner  diUniversiti.    Jadi  tidak  salahlah  jika  ianya   dianggap  sebagai  Gimik sahaja.

Kepada    semua   para  Pelajar  Universiti  Awam  saya  ucapkan  selamat   bermaraton pidato.  Saya  akhiri  dengan  kata-kata  semangat  “Baca,  Baca,  Baca  dapat  sijil  Tarik  Beca”.


OMBAK BESAR SUDAH BERMULA

January 10, 2010

Bagi  Parti  Keadilan  Rakyat  (PKR)  tahun  2010  ini  ialah  Tahun  Pemilihan.  Ramai  yang  mengharapkan  satu  perubahan  besar  boleh  dibuat  disetiap  peringkat.   Tidak  kurang  juga    jumlahnya  yang  mahu  terus  mempertahankan  kedudukan  walaupun  KPI  mereka  saban  tahun  tidak  pernah  mencapai  tahap  yang  diharapkan.

Datuk   Salehuddin  Hashim,  jawatan  terakhirnya    Setiausaha  Agung   PKR     sudah  resmi  meninggalkan  politik   for good.     Sebagai  seorang  Reformis  beliau  tidak  nampak   Parti  tersebut  benar-benar    serious  mahu  mengubah  lanskap  politik  Malaysia.      Walaupun   jumlah  Penggubal  Undang-Undang  dari  PKR  ini  amat  membanggakan   malangnya   prestasi  yang  ditunjuk   tidaklah  sehebat  sewaktu  sebelum  bergelar  Yang  Berhurmat.

Pada  Pemilihan  diperingkat  pusat  yang  dijadual  berlansung  pada  akhir  Mei  2010  sudah  pasti  para  pemimpin  berlumba-lumba  mahu  memenangi  jawatan  dalam  Parti  sebagai   tiket   untuk  terus  dipilih  mewakili  Parti  didalam  PRU  ke  13  nanti.

Kejayaan  kita  mencapai  kemenangan  diperingkat  Parti  hendaklah  berterusan  hingga  keMedan  Rakyat.   Jika  kita  gagal  mendapatkan  mandat  dari  rakyat   didalam   Pilihanraya  Umum  ke  13  nanti  maka  Parti  akan  menanggung  kerugian  disebabkan  oleh  kita.  Oleh  yang  demikian    kita   mestilah     meletakkan   matlamat   Memenangkan  Parti sebagai keutamaan.

Diperingkat  Cabang   pertandingan  merebut  jawatan  secara  sihat  hendaklah  digalakkan.  Jika    berlaku   sebaliknya   pula   maka  lebih  ramailah  yang  akan  mengikut  jejak   Datuk  Salehuddin.    Gelaran  Big Brother dalam  Pakatan  Rakyat   akan  hilang  jika   prestasi  sedia  ada  tidak  diperbaiki.     Semoga   Keadilan  terus  ujud  dalam  PKR.


KERANA MIMPI HANYA MIMPI

January 6, 2010

Bermula  dengan     “Sepanjang  Perjalanan….Meniti  Kehidupan…Kucari  Mimpi-Mimpi… Tak  Pernah  Kutemui dan  diakhiri  dengan  ….Kerana  Mimpi     Hanya  Mimpi” adalah    lirik  lagu  nyanyian  Azlina  Aziz  bertajuk  Mencari  Mimpi.

Saya  teringatkan   lagu  ini  kerana  diakhir-akhir  ini  saya  sering  bermimpi.     Pada   biasanya  memang    saya  terkenal  sebagai   seorang   yang    tidur  mati dan  tidak  susah  nak  tidur.  Letak  saja  kepala  kebantal  beberapa  minit  saja  sayapun  terlena dan  jarang   pula  bermimpi.

Tetapi  akhir-akhir  ini  saya  sering  bermimpi  tentang  seorang  sahabat  saya.  Setiap  kali  saya  bermimpi  itu  dia  nampaknya  dalam  bahaya  dan  saya  pula  dalam  mimpi  tersebut  tidak  mampu  menolongnya.  Berbagai  cara  saya  cuba  (dalam  mimpi)  tetapi  semuanya  gagal.   Saya  cuba  juga  menyelamatkannya  tetapi  setiap  kali  itu  juga  api  membarak  disekelilingnya.  Saya  menjadi  cukup  sedih  setiap  kali  saya  sedar  dari  mimpi  tersebut  kerana  tidak  berjaya  menyelamatkan  sahabat  baik  saya  itu.

Mimpi  tersebut   menjadi  tekanan kepada  kehidupan  seharian  saya  kerana  saya  secara  zahirnya  sentiasa  mahu  membantu  orang-orang  dalam  kesusahan  dan  saya  menjadi  cukup  kecewa  apabila  saya  tidak  dapat  berbuat  apa-apa.    Sehinggalah  semalam  saya  bertemu  dengan  seorang  yang  mahir  mentaksir  mimpi.   Dia  nasihatkan  saya  supaya  tidak  mengendahkan  mimpi-mimpi  itu.  Katanya  lagi  sekiranyapun   perkara-perkara  buruk  tersebut   benar-benar  berlaku  keatas  sahabat  saya  itu  ianya  adalah  dari  kehendaknya  sendiri.     Sebelum  orang  yang   saya   ketemui  ini  beredar   sempat  dia  berkata  kepada  saya  seperti  berikut:     Istana  memang  boleh  dibina  dengan  Cinta    tetapi   mimpi   bagaimana  hebatpun   diperlihatkan  kepada  kita   ia    tetap  juga    Hanya  Mimpi.