RELA TERPAKSA

Suatu situasi dimana suka atau tidak suka perkara tersebut tetap berlaku. Itulah Rela Terpaksa namanya. Yang lebih bersopan ianya disebut Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju. Inilah yang sedang berlaku di Negeri Johor. Dewan Undangan Negeri yang jauh lagi mencapai tempoh matang telah dibubar untuk meraih mandat yang lebih besar kononnya.

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa PRN Johor pada 12.03.2022 ini adalah untuk mencari indikator bagaimana hendak berdepan dengan PRU ke 15 nanti. Melalui PRN d Johor ini akan terzahirlah hasrat para pengundi terhadap mereka-mereka yang menawar diri untuk berkuasa. Pertama, sejauh mana meluatnya orang terhadap amalan rasuah dikalangan pemimpin politik. Jika rakyat tidak merasakan gejala tersebut boleh menggugat kehidupan mereka maka tujuan mengadakan PRN ini telah mencapai matlamat nya.

Kedua, melalui Pilihanraya ini juga akan dapat dilihat bagaimana orang-orang muda mencatur kehendak dan harapan mereka terhadap Parti-parti yang menawarkan diri. Jika status quo juga keputusannya maka ia bermakna golongan muda masih belum bersedia menyertai kegiatan politik nasional. Dengan yang demikian phenomena kuasa orang muda dalam menentukan halatuju masa depan politik adalah meleset.

Analisis umum Blog ini tentang keputuan Pilihanraya Negeri Johor terbahagi kepada dua. Yang pertama setiap Parti yang bertanding nampaknya berjaya menyusuri hati nurani rakyat dimana dijangkakan para pembangkang akan ada inroad di Negeri Johor. Kedua, andainya BN tidak berjaya mendapat share yang jauh lebih besar dari apa yang mereka peroleh sebelum ini itu bererti PRU ke 15 adalah satu malapetaka.

Kepada Bangsa Johor, indikator masa depan negara baton nya ditangan tuan-tuan dan puan-puan.

Leave a comment