MEMPERKASA AZAM

December 29, 2008

Hari ini Maal Hijrah 1 Muharam 1430.  Tidak beberapa hari lagi tahun baru juga iaitu tahun 2009 yang dinanti-nantikan.  Bagi anak-anak muda, mereka sudah bersedia mahu menggegarkan jam besar didataran merdeka.

Saban tahun apabila menjelangnya detik 12 malam banyak sungguh kedengaran  tentang  AZAM TAHUN BARU.   Bagi para pelajar rata-rata azam mereka mahu mencapai keputusan cemerlang  didalam peperiksaan pada akhir tahun nanti.     Bagi para penggiat  Filem mereka  mengharapkan pihak FINAS  lebih terbuka membantu mereka mendapatkan JOB.  Bagi para pekerja pula mereka mengharapkan iklim ekonomi negara akan bertambah baik supaya majikan mereka mampu memberi kenaikan gaji dan BONOS tahunan.

Saya banyak-banyak minta maaf Bro,  banyak-banyak minta maaf Sis  kerana  saya dah JEMU  dan ta` sanggup lagi mendengar azam-azam seperti ini.   Apa ertinya berusaha bersungguh-sungguh hanya berasa bangga  dapat 9A, 10A  dan 12A  dalam peperiksaan  sedangkan ilmu sebenar untuk meneruskan kehidupan diabaikan.   Apa ertinya dapat job meghasilkan filem kalau targetnya hanyalah Box Office supaya  terus mendapat kepercayaan penerbit  sedangkan masyarakat hanya disogok dengan hiburan semata-mata.   Apa  pula ertinya pertambahan pendapatan dari gaji dan bonos  sedangkan harga barang keperluan ikut naik dihari gaji naik. Tidakkah kita terfikir  berlakunya kenaikan harga barang adalah akibat dari kenaikan gaji. Dan bukankah orang-orang yang bekerja sendiri yang  merasakan kesannya dan dibiar tanpa ada sebarang pilihan.

Saya sarankan mulai akhir tahun ini untuk azam tahun 2010   Bro  &  Sis  contohilah tokoh-tokoh seperti Dr.Abdul Wahab (Pengasas), Matsamankati(Presiden/Environmentalist) dan Albanjari(Exco/Strategist)  dari Pertubuhan  BN@Pk.  Mereka senantiasa berazam kepada perkara-perkara yang  positif  dan yang mereka mampu lakukan sahaja.

Dr.Abdul Wahab telah menyediakan benih-benih pohon Kiwi, pokok -pokok  Apple, Pear dan Blackberry untuk diperkenalkan ditempat-tempat  strategik dalam bandar dinegeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat.  Matsamankati dan Albanjari  dengan dibantu beberapa Exco BN@Pk  lagi akan mengadakan rundingan dengan pihak Berkuasa Tempatan caramana projek ini boleh dilaksanakan. Apabila  projek ini telah membuahkan hasil, tidak perlulah anak cucu kita pergi menyeberang laut yang luas untuk melihat pohon-pohon kiwi, apple, pear dan sebagainya.  Perancangan-perancangan seperti  ini barulah boleh disebut sebagai azam.

Satu  lagi  azam  Pertubuhan BN@Pk  ialah mahu mendidik para pelanggan yang  berkunjung keMedan-Medan Selera  dalam bandar-bandar dalam Negeri Perak.   Disetiap pintu masuk ke Medan Selera  akan disediakan satu Papan Penerangan  membantu pelanggan membuat pilihan.  Antara lain  pada Papan Penerangan tersebut akan tertulis Para pelanggan hendaklah memilih gerai dimana pengendalinya  memakai apron yang lengkap(termasuk tutup kepala). Pilihlah gerai yang ada menyediakan Tempat Basuh Tangan yang memuaskan(Bersih).   Tukang Masak digerai yang kita pilih itu tidak merokok sambil menyediakan makanan.

Perkara ini dijadikan azam kerana untuk mengubah tabiat pengendali gerai  dan pengendali makanan nampaknya telah gagal sama sekali.   Para pengendali makanan akan hanya patuh kepada syarat-syarat bagi maksud Pembaharuan  Lesen  pada tarikh  Pegawai membuat pemeriksaan.  Lakunan sebegini hanya perlu dilakukan setahun sekali. Sangat mudah – apa ada hal beb!

Dengan terdidiknya para pelanggan melalui “health education” oleh BN@Pk  ini para peniaga sudah tiada pilihan melainkan berhijrah ke suasana yang direstui oleh para pelanggan.

Sekian, selamat berniaga.

Advertisements

JANGAN PANIK – Tsunami Datang Tanpa Amaran

December 26, 2008

Melalui gempa bumi berukuran 9.0 skala richter Tsunami telah hadir dikepulauan Sumatera (Acheh), Pusat Peranginan Phuket diThailand  manakala diMalaysia ia datang keKedah, Pulau Pinang dan Perak.

Peristiwa tersebut berlaku pada tarikh hari ini  4  tahun dahulu. Kita pasanglah secanggih mana sekalipun Loceng Amaran jika ia hendak datang loceng tersebut juga menjadi kelu seribu bahasa.  Yang berada jauh dari tempat dilanda tsunami akan hanya mampu melihat saja. Semua ini terjadi adalah atas kehendak Allah Yang Maha Berkuasa. Satu  lagi peristiwa yang menunjuk akan  kekuasaan Allah ialah kejadian banjir besar diJohor.  Dikota yang begitu tinggipun  dilanda banjir juga.

Tidak beberapa lama sebaik sahaja banjir diJohor pulih, tsunami hadir lagi –  tetapi kali ini melalui pilihanraya.  Akibat mengabaikan kebajikan untuk rakyat terbanyak, kuasa difederal  susut dibawah 2/3  dan   4 + 1 negeri hilang sekelipmata.

Ada beberapa theory tentang masa depan politik ini. Yang paling popular empat tahun lagi (PRU13) difederal akan bertukar Penjaga dan beberapa negeri lagi akan mengikut langkah  4 + 1.   Bagi  saya theory apapun jika Allah tidak mengizinkan ia tidak mungkin berlaku.

Yang jelas jika tidak ada  usaha keras dilakukan  bagi meningkatkan taraf hidup  rakyat jelata,   segala khazanah hanya mahu diagih-agih di- kalangan mereka yang  berjasa kepada pemimpin tertentu dan berikrar akan terus memberikan sokongan manakala  pejuang-pejuang sebenar dibiar  dan tidak ada tempat dihati –  TUNGGULAH  untuk dianugerahkan  gelaran Pemimpin Sepenggal.   Satu pengiktirafan yang  jarang-jarang diterima oleh pemimpin dunia.

Selepas itu bolehlah balik minum sekolay dengan pejuang-pejuang yang tadinya dipinggirkan.


Back To Square One

December 22, 2008

Malam ini saya tinjau Surat Khabar Online.  Salah satu tajuk yang menarik perhatian ialah NST Online mengenai perkara berikut:

Kota Baru, Isnin

TPM Datuk Seri Najib berkata:  PAS dilihat sengaja membangkitkan Isu yang telah basi apabila ia membawa kembali persoalan perlaksanaan Hukum Hudud dengan mengambil kesempatan sempena Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu.

Berita dalam Akhbar Berita Harian 22.12.08  pula memuatkan kisah berikut:

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah akan membina 17,000 unit rumah PPRT membabitkan RM500 Juta diseleruh negara tahun depan.

Berita dalam Akhbar Perdana juga  sewaktu menjelang Pilihanraya ke12 bertajuk:  RM590 Juta Basmi Miskin.  Antara lain dalam berita tersebut Perdana Menteri berkata:

“Membasmi kemiskinan tegar adalah janji kerajaan dan diharap dicapai menjelang 2010. Kita juga mahu mengurangkan kemiskinan relatif”.

Bagi saya kesemua berita diatas  mempunyai merit. Tidak nampak ada salahnya diulangi selagi  ianya belum tercapai.


Masaalah dianggap selesai setelah Replika dibakar

December 21, 2008

Baru-baru ini terpampang didada akhbar berita tentang penemuan bangkai kepala babi satu dihadapan rumah sorang pesara  dan  satu  lagi tergantung diatas pagar sekolah.

Saya  difahamkan  kejadian tersebut telahpun dilaporkan kepada pihak polis.  Saya yakin dan percaya pihak berkuasa dapat selesaikan kes itu.

Pagi ini sambil minum pagi   terbaca saya  dalam akhbar Berita Minggu  yang melapurkan upacara membakar  replika babi.  Dari gambar yang disiarkan saya lihat  replika-replika babi tunduk saja dan saya rasa itulah sebabnya mereka tidak perasan yang  gelagat mereka sedang dirakam.  Jika sekiranya mereka sedar  saya percaya babi-babi tu dah berasap tinggalkan tempat itu.

Orang yang membakar replika itupun saya kenal betul.   Maksud saya, selalu benar  muncul dikaca TV, sebagai penceramah, panel forum dan sebagainya.

Hairan betul saya  orang-orang sekarang ni.  Walaupun nampak bijak kerja-kerja bodoh seperti itu sajalah yang mereka suka buat.   Sebagai contoh tidak beberapa lama dulu, itupun jika kita masih belum lupa.  Kisahnya ialah  seorang bapak pemerintah menghadiahkan “Penyapu” sebagai “token” menilai perkhidmatan pegawai kerajaan.  Hatinya cukup puas  tetapi pegawai tersebut jelas tidak sanggup menanggung malu lantas memohon bersara pilihan.  Akibat dari keangkuhannya itu suku sakatnya hilang negeri dan beliau hilang jawatan.

Saya menulis ini semua bukan hendak discredit sesiapa  hanya  sekadar peringatan agar perkara mengReplikakan sesuatu tidak menjadi ikutan masyarakat kita.   Nantinya banyak pula bisnes Replika yang muncul.  Panduan kepada pembeli mudah saja “Beli dan adakan upacara membakar”.

Bercakap dari aspek keselamatan   “Pembakaran terbuka boleh mendatangkan bahaya”.


Sana/Sini sebelum PRK P.36

December 15, 2008

Walaupun Hari Penamaan Calun masih jauh dihadapan, ianya tidak menghalang seorang Rakyat Malaysia bernama ISMA AIRFATH BIN HASSANUDDIN, 38 Tahun mengumumkan kepada MEDIA  yang dia menawarkan diri untuk mengisi kekosongan kerusi parlimen Kuala Trengganu.  Beberapa akhbar utama menyiarkan berita ini yang tidak juga ketinggalan ialah BERNAMA.

Saya sama sekali tidak terkejut dengan pengumuman ini kerana sejak SPR umumkan tarikh – tarikh penamaan calun dan pilihanraya kecil bagi kerusi  parlimen P.36  seminggu yang lepas segala-galanya sejuk saja seperti ta` ada apa.  Jadi salah satu tujuan penama diatas membuat pengumuman ialah untuk memulakan paluan gendang.

Antara tujuan beliau menawarkan diri ialah pertama untuk mencapai cita-cita menjadi seorang wakil rakyat. Kedua untuk menabur bakti kepada penduduk dalam kawasan parlimen ini. Yang ketiganya kerana pihak parti-parti besar seperti menyepi.

Dalam banyak-banyak lapuran akhbar bersabit dengan penawaran diri sdra Isma ini ialah  lapuran yang terkandung dalam Akhbar NST (15 Dec) m.s. 4, menyatakan bahawa Isma ini ialah ahli UMNO.

Sekiranyalah benar apa yang saya baca tu, ia membawa erti bahawa Sdra Isma ini Kebal orangnya.   Setelah bertanding sebagai calun bebas diPRU12 tidakpun dikenakan sebarang tindakan tatatertib parti dan besar kemungkinan akan terlepas lagi kali ini.

Daripada wajahnya yang terpampang diakhbar hari ini saya rasa saya tidak silap mengatakan yang orang ini tidak gentar langsung untuk bersaing dengan calun-calun besar  apabila selesai saja proses penamaan calun nanti.

Kalaupun ada rasa-rasa  gerun hanyalah sekiranya seorang Mak Cik tu berjaya mendapatkan dana untuk turut serta bersaing.  Kerana umum sudah mengetahui bahawa Mak Cik yang dimaksudkan ini sudahpun membuat rayuan melalui BLOG.   Walau apapun tanggapan orang , pengaruh BLOG sudah tidak dapat dibendung lagi.

Sehingga ketemu lagi.


BUKAN SEMUA SOALAN ADA JAWAPAN

December 13, 2008

CEREKA KELUARAN KHAS

Hari:   Sabtu

Majlis:  Penamaan Calun

Jam SEIKO ditangan menunjukan tepat 12 Tengahari.  Semua yang hadir  sedang menunggu peristiharan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya.     Tepat  sekali sangkaan ramai yang  dua (2) parti besar dalam negara disahkan bertanding bagi merebut kerusi yang ta` semena-mena jadi kosong.   Dengan ini kempen telah bermula secara resminya. Tempoh berkempen sehingga 12 Tengah Malam sebelum hari mengundi yang bermula pukul 8 pagi esoknya.

Ada seorang orang besar yang tadinya sama-sama berarak mengiringi calunnya  megemukakan kertas pencalunan berhasrat memulakan kempen sebelum kembali keIbu Negara.   Dia  dilihat berbisik sesuatu dengan Pengarah Pilihanraya sambil nampaknya mereka  mengangguk kepala tanda setuju.

Selesai saja solat magrib, orang besar ini dibawa  beredar menuju kesatu tempat ceramah.   Faham sajalah orang politik bila diberi peluang berucap.  Selama 1 jam Setengah dia berceramah mengenai berbagai isu yang berlaku disebabkan betapa silapnya memberikan parti lawan memerintah 5 Negeri.   Para hadirin yang hadir didalam dewan bersorak riuh tanda setuju.

Sebaik saja orang besar tadi habis berceramah, pihak pengerusi majlis  memberi peluang  kepada hadirin  mengemukakan beberapa soalan.  Maka bangunlah mereka-mereka berikut mengemukakan soalan:

Peserta  1 :  Soalan:   Saya akan hadir sebagai Perwakilan pada Perhimpunan Mac nanti. Soalan saya macamana saya hendak keluar dari PWTC untuk pergi keKampong Pandan (melihat cucu)  pada masa yang terluang semasa persidangan itu nanti?

Jawapan orang besar:   Saya ditegah menjawab soalan tersebut kerana ada unsur-unsur mempopularkan diri.

Peserta 2 : Soalan:  Mengapa setelah dikeluarkan peruntukan berjuta-juta untuk membaiki MRR2 setelah pembaikan disahkan ianya runtuh balik?

Jawapan orang besar:   Soalan ini juga tidak dapat saya menjawabnya kerana orang yang menjaga hal-hal tersebut juga sama-sama bertanding.

Peserta 3: Soalan:  Mengapa didalam akhbar (A) diceritakan yang Anwar tidak sehaluan dengan Mustafa Ali  sedangkan didalam Suara Keadilan terpampang gambar mereka sedang beramah mesra?

Jawapan orang besar:   Jawapannya mudah saja, surat khabar itu kita punya, ikut suka kitalah apa kita nak tulis.

Akhir cerita terbayanglah wajah bangga orang besar tersebut. Didalam hatinya  “sekurang-kurangnya dapat juga dia menjawab  1  soalan.

CEREKA TAMAT


No News is good News

December 11, 2008

Berikut adalah butiran yang dikemaskini sehingga tarikh Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu 17 Jan :   (Post bertajuk  PESTA LAGI… berkaitan)

Tarikh                  Tajuk Berita

10 Dis                   1000 orang keluar PKR masuk MIC  diPadang Serai

11 Dis                    400 Juta  tambahan royalti kpd Trengganu

08 Jan                   Setiap Syarikat Bas diTerengganu diberi RM 1 Juta

08  Jan                  Jika Wan Farid menang rakyat Twerengganu                                                    diberi jaminan akan mendapat seorang Timbalan                                          Menteri