Kabinet Pertikai Keputusan Sendiri

February 28, 2009

Menteri  Kerja  Raya Malaysia  membuat  pengumuman  keputusan  Kabinet  tentang  kenaikan   kadar  tol  berkuatkuasa  01.03.09  ini.  Sebaik  sahaja  ianya  terbit  dimedia eletronik  maka   rakyat   secara  umumnya   memberikan    berbagai  reaksi. Masyarakat  Pengguna  sama  sekali  tidak  dapat  menerimanya.  Kecualilah   kaki-kaki  pengampu   yang  menyatakan  sangat  wajar  kadar  tol   itu   dinaikkan    agar  ianya   dapat  meringankan   beban   pihak  pemegang  Konsesi.

Sehari  selepas  pengumuman  tersebut dibuat   Ketua Kabinet    mengarahkan  Kabinet  mengkaji  semula  keputusan  Kabinet  itu.  Maka  Kabinetpun  bermesyuarat  lain   lantas  membuat  keputusan  baru  bahawa  kenaikan  kadar  tol   yang  sepatutnya  dinaikan  kini  ditangguh  sehingga  kesatu  tarikh  yang  belum  ditetapkan.  Respons  rakyat  selepas  pemgumuman  baru  ini   sangat  positif.  Bagi  saya  ianya  tidak  lebih  daripada  menonton  sebuah  filem   terbaik (tempatan)   dan  pada  bila-bila  masa  saja  akan  dianugerahkan  Oscar.

Respons  P.M.  pula  keputusan  ini  tiada  kena  mengena  dengan  pilihanraya kecil (Bkt. Gantang & Bkt. Selambau).   Yang  ini  saya  setuju   100%  kerana  menurut  menteri kewangan  oleh  sebab  kadar  tol tidak  dapat  hendak  dinaikkan  maka  terpaksalah  kerajaan  sendiri  membayar   kepada pihak   Pemegang  Konsesi.   Secara  sinis  menteri  kewangan  berkata… duit  rakyat  juga  tu.

Saya  percaya   peristiwa  ini  sangat-sangat  memalukan Kabinet.  Selepas  daripada  teguran  saya  ini  saya  juga  percaya  Kabinet  ini  akan  dibubarkan  selambat-lambatnya   selepas  perhimpunan umno  akhir  bulan Mac ini.

Bagi   pendokong  dan  penyokong   BN   perkara  sebegini  mereka  nampak  remeh  saja.  Mereka   tentu  cukup  pelik  jika  membaca  tulisan  saya  ini.   Mereka   adalah  orang-orang  yang  up-to-date  dan  hanya  mahu  bincang  perkara-perkara  current  sahaja.

Sebagai  contoh   perihal  Speaker  DUN  Perak  memanggil  sidang  tergempar  pada  3hb.  ni.   Berbagailah  kata-kata  kesat  yang  mereka  lemparkan  kepada  Speaker  kita  tu.   Mengapa  kita   suka  menghalang  kerja-kerja  orang lain.     Kalau  yang  kita  suka  tu   ta`  betul  macam  manapun   kita  tidak  ambil  kesah.

Inilah  istimewanya  Malaysia….kepimpinan  melalui tauladan….bersih,  cekap  dan  amanah (lama  sungguh  ta`  dengar  ungkapan  ini).


Warna Sebenar Pemuda (UMNO)

February 27, 2009

Pagi  ini  saya  ingin  bermula   dengan  mengulangi  kembali  dailog-dailog   terpilih   dalam  filem  arahan  Tan Sri P. Ramlee  bertajuk  “Madu  Tiga”.  Dailog  yang dimaksudkan ialah diantara Ahmad Nesfu (bapa)  dengan  Zaharah Agus (Tipah):

Bapak  :    Kau  nak kemana Tipah?

Tipah :      Tipah nak pergi mengadu pada Persatuan Wanita

Bapak :      Kau nak mengadu apa?

Tipah:        Tipah nak  persatuan wanita  menentang lelaki kahwin                                 lebih dari satu

Bapak :       Kalau dulu   baik…..sekarang  dah  terlambat

Tipah:         Tipah ta` peduli.  Tipah nak buat sampai mereka bercerai

Bapa :          Ta` baik…..meruntuhkan mesjid

Dailog   ini  dengan  jelas  menerangkan  bahawa  sesuatu itu  jikalau  hendak  dicegah  kenalah  bermula  dari awal,  sebelum  sesuatu  yang  tidak  diingini  terjadi.

Didalam Utusan  keluaran  hari  ini  ada  memuatkan  berita  yang  memetik  Menteri Pelajaran  mahu  pelajar-pelajar  dididik  sebetulnya  supaya   peristiwa  sekumpulan  pelajar  membelasah  seorang  pelajar lain  sehingga  koma   dan  akhirnya   pergi  menemui  tuhan  tidak berulang.   Tidakkah  peringatan  serta  mengatur  beberapa langkah  pencegahan  yang  disarankan  ini  sudah  TERLAMBAT.   Sejak  “Pembuli”  lagi   pihak  berwajib  tidak  mengambil  pusing  sekarang  mereka  dah  graduate  sebagai  samseng  baru  hendak  diadakan  langkah-langkah  pencegahan.  Sedangkan   saban  hari  pelajar-pelajar  kita  menonton  cara-cara  baru  untuk  bertindak  sebagai  samseng.

Lihat  saja  “live”  diParlimen  semalam.  Sudah  tentu   insiden  tersebut  menjadi  kebanggaan  samseng-samseng  (umno).  Bagaimana  samseng-samseng  tersebut  boleh  berada  ditempat  yang  mulia  ini?.  Setahu  saya  bukan  semua  orang  boleh  hadir  menyaksikan  persidangan  parlimen.   Orang-orang  yang  menjadi  tetamu Ahli Parlimen  sahaja boleh  berada  disitu (ini yang saya tahu).

Kata   sesetengah  pihak  Pemuda  UMNO  adalah   harapan  bangsa  dan  pelindung  maruah  orang  melayu.   Ceritakanlah  kepada  kami  rakyat  jelata  ini   maruah  apa   yang   saudara  telah  selamatkan?    Dengan  melakukan  serangan  tersebut  apakah  saudara-saudara  betul-betul  yakin   tidak  akan  ada  sebarang  penghinaan  lagi?  Kepada  saudara-saudara kah  negara  ini  hendak  diwariskan?


Mesin Pengimbas Berehat

February 26, 2009

Saya  berasa  amat  terkejut  bila  membaca  kenyataan  Senator T. Murugiah  tentang  kerosakan   peralatan   serta  mesin  pengimbas  dipintu  masuk  sempadan  negara  diBukit  Kayu  Hitam.  Menurut  beliau  lagi   sudah  empat  tahun  ianya  tidak  berfungsi.  Yang   bertambah  pelik  perkara  tersebut  berlaku  dikedua-dua  jabatan  yang  cukup  penting  dalam  hal  keselamatan  negara  iaitu Polis  dan  Kastam.

Sampai  kesaat  ini  kita  belum  mendengar  sebarang  penjelasan  dari  kedua-dua  jabatan  berkenaan.   Saya  tidak  mahu  membuat  sebarang  spekulasi  dari  aspek  keselamatan.  Saya   hendak  tanya  pegawai-pegawai   kita  dijabatan-jabatan  berkenaan.  Apakah  jenis  pekerjaan  yang  sangat  mengasyikkan  mereka   sampai  tidak  perasan  yang  mesin  pengimbas  itu  sudah  empat  tahun  lebih  tidak  berfungsi.

Saya  berterima  kasih  kepada  Y.B. Pemimpin PPP  ini  kerana  prihatin  beliau  terhadap  keselamatan  negara  tambah-tambah  pula  disempadan dengan Thailand.  Hanya  saya  rasa  “timing”  nya  tidak  kena.  Jika  perkara  ini  berlaku  diBukit  Selambau  atau  Bukit  Gantang  saya  percaya  sebelum  subuh  lagi  dah  beres.   Yang  jelas  tidak    ada  “urgency” .  Masakan  boleh  bertahan  selama  empat  tahun  jika  terdapat  sebarang  insiden  yang  tidak  diingini.  Sebelum  ada  sesiapapun  yang  terhantuk  janganlah  pula  ada  yang   hendak ternadah.

Perkara-perkara  seperti  ini  kita  percaya  hanya   berlaku  didalam  jabatan-jabatan  kerajaan  sahaja.   Jika   mesin  dikilang  yang  rosak  dan  tidak  ada  sesiapapun  yang  mahu  ambil  tindakan  sudah  pasti  kesemua  pekerja  akan  diberhentikan.  Nak  buat  apa  bayar  gaji  sedangkan  tidak  ada  langsung  pengeluaran.  Akai  ada ka…


Kerajaan Campuran: Mungkin Satu Option

February 22, 2009

Ketegangan  politik  diPerak  tiada  tanda-tanda  yang  jelas  akan  reda.  Bagi  pihak-pihak  yang  merasakan  mereka  teraniaya   sudah pasti  tidak  berputus  asa.   Satu-satu  remedy  sedang  diharapkan   akan  menjelma .  Mereka  juga  penuh  yakin  tiap-tiap  orang  yang  dianaiya  akan  mendapat  perlindungan  Allah s.w.t.      Jelas  sekali  apa  yang  mereka  inginkan  hanyalah  peluang  untuk  kembali  kepada  rakyat.  Ini  semua  ada  kaitan  dengan  demokrasi,  accountability  dan  hak  mutlak  rakyat.

Disebelah  pihak  lagi  satu  kedudukan  mereka  seperti  “solid rock”.  Mereka  tetap  menyatakan  pendirian  tidak  akan  berganjak  kerana  mereka  memperolehi  kuasa  tersebut  melalui  perkenan  istana.  Mereka  peduli  apa  dengan  rintihan  rakyat.  Bagi  mereka  jika  nak  didengar atau  dilayan   bantahan  rakyat  ini   satu  kerja  apapun  ta`  jadi.

Sememangnyalah  mereka  merasa  sangat  pelik  dan  lucu  terhadap  tindakan Speaker DUN  kerana  pejabat-pejabat  mereka  hanya  bersebelahan  saja  dengan Dewan Undangan Negeri.  Mereka  berkemampuan  menukar  speaker  didalam  persidangan  yang  diadakan  nanti.   UMNO/BN   nampaknya sangat  yakin   kemelut  ini  akan  segera  selesai.

Sebagai  rakyat  biasa  saya  juga  percaya   lambat  laun  semuanya  akan  tenang  kembali.   Tetapi  yang  peliknya  pula  mengapa   terlalu  ramai  yang  berlumba-lumba  pergi  dalam  kumpulan  kebalai-balai  polis  diseluruh  negara  membuat Laporan Polis  tentang  tidak  puashati  terhadap  speaker DUN Perak.  Disamping  itu  berbagai  golongan  masyarakat  akan  muncul  dikaca TV  menyatakan  kesal  terhadap  tindakan  speaker.   Saya  sampai  dah  jadi  phobia  pula…Bayi  yang  menangis  dalam  buaianpun  saya  dengar  nada   bunyinya “buang  speakeeeer”.  Bercakap  tentang  Laporan-Laporan  Polis  yang  dibuat  berkaitan  kemelut  diPerak  dengarnya  ada  cadangan  hendak  dimuatkan  dalam  World  Book  of  Records  kerana  jumlahnya  sangat  fantastik.

Umum  tahu  mana  mungkin  penyelesaian  boleh  dibuat  melalui  pilihanraya  semula.  Belanjanya  sangat  besar.  Lihat  saja  diKuala  Trengganu  dalam  aspek  menjamin  keselamatan  sahaja  sejumlah  RM15 J  diperuntukan.

Jika  dapat  dihindarkan  sifat-sifat  tamak,  ego  dan  kepentingan  partisan  apakata  semua  pihak  duduk  semeja  “pecah  kepala”  fikir  sesuatu  yang  terbaik  untuk  rakyat.  Untuk  melengkapkan  Penggal   PRU 12  ini  bermuapakat  tubuh  kerajaan  campuran.  Memang  betul  saranan  ini  merugikan  satu-satu  pihak  tetapi  yang  akan  mendapat  untung  besar  adalah  rakyat.


Akhirnya Malaysia Menang Juga dengan S`pore

February 19, 2009

Dari  zaman  kanak-kanak  lagi   saya  mendengar  cerita  tentang  kehebatan  Singapore.   Negerinya  kecil   tetapi   segala  kemudahan  yang  hanya  boleh  terdapat   diEngland  ada  di Singapore.  Saya  tidak  berpeluang  pergi  tetapi  sentiasa  mendapat  maklumat  dari  bapa  saudara  yang  berkhidmat  dengan  tentera  diSingapore.

Apabila  Singapura  mendapat  kemerdekaan  melalui  penubuhan  Malaysia   jelas  sekali  penduduk  diSemenanjung Tanah Melayu  sangat  bergembira  kerana  dapat  berkongsi  glamour.  Dizaman  itu  jika  kita  hendak  promosikan  KL   kenegara-negara  luar  kita  kena  sebut  dekat  dengan Singapura.  Keghairahan  itu  tidak  kekal  lama  kerana  Singapura  mengambil  keputusan  untuk  menjadi   Republic.

Mulai  dari  tarikh  perpisahan  itu  hubungan  diantara  kedua-dua   negara  berjiran  masih  seperti  biasa  terutamanya  didalam  bidang  sukan.  Aktiviti  dalam  pertandingan-pertandingan  sukan  terus  rancak.  Hanya   pasukan  Malaysia  tidak  pernah   dapat  menewaskan  Singapura.  Ibarat  kata   jika  kita  hantar  national  team  untuk  berdepan  dengan   pasukan  kelab  diGelang  Serai  pun  kita  ta`  boleh  menang.

Sudah  puas  pakar-pakar  mengkaji  mengapa   pasukan  kita  tidak  boleh  mengalahkan  Singapura.  Berbagai  transformasi  dilakukan  terutama  dalam  bidang  latihan  dan  pemakanan  namun   apabila  dibandingkan  dengan  Singapura  kita  tetap  jauh  kebelakang.

Sekarang  zaman  sudah  berubah  Singapura  tidak  ada  pilihan  dari  mengaku  yang  tahap  ekonominya  amat  meruncing.  Banyak  kilang  telah  memberhentikan  operasi  dan  beribu-ribu   orang  hilang  pekerjaan.  Para  pemimpin  sedang  berhempas  pulas   memikir  apakah  pelan-pelan  kontigensi  yang  patut  dilaksanakan    sekiranya  kelembapan  ini  berterusan.

Dalam  suasana  sekarang  inilah  baru  mereka  kalah  dengan  Malaysia.   Orang-orang  diMalaysia   mempunyai  begitu  banyak  masa  yang  terluang.   Negara  ini  kaya  jadi  mereka  tidak  perlu  memikirkan  tentang  retrenchment  atau  pengangguran.   Apabila  diajukan  satu-satu  tugasan  yang  boleh  menguntungkan  sesuatu  pihak  mereka  ikut  saja.   Maka  berlaraklah  mereka  kerumah Karpal  Singh  membantah  cadangannya  nak  dakwa  sultan  dan  beberapa  perarakan  kebalai-balai  polis  diseluruh  negara  membantah  perkara  yang  sama.  Besok-besok  bila  benar-benar  perkara  itu  berlaku  maka  belaraklah  lagi.

Dan  hari  ini  pula   pemuda  disana  sini  berlarak  kebalai-balai  polis  membuat  lapuran  polis  terhadap  Speaker DUN  Perak.  Dan  besok  dan  hari-hari  seterusnya  aktiviti  sebegini  pasti  terus  berlaku.

Inilah  bendanya  yang  Singapura  kalah  teruk  dengan  Malaysia.  Kepada   para  pelarak  sekelian  apa  akan  jadi  kepada  anda  dan  tanggungan  anda  apabila  khidmat-khidmat  perarakan ini   diberhentikan.  Jika  saya  ditanya  satu  soalan  saya  akan  menjawab  biarlah  kita  kalah  pada  setiap  perlawanan   sukan  dengan  Singapura  daripada   menang  satu  acara  dimana  seluruh  dunia  ketawakan  kita.


PERSEPSI

February 19, 2009

Persepsi  dalam  bahasa Inggeris  disebut  perception  adalah berasal  dari  perkataan Latin  “percepcio  antara  lain  maksudnya  ialah  cara  seseorang   memahami  satu-satu  berita  yang  dikutip  kemudian  menterjemahkan  kepada  umum.

Tidak  menjadi  sebarang  masaalah  sekiranya  topik  yang  diperdebatkan  tidak  melibatkan   point-point   yang  bersangkut  Undang-Undang  mithalannya   seperti  kita  mempertikai  keputusan  pengadil bola  memberi  sepakan  penalti  sedangkan  penjaga  gol  sendiri yang  pergi  terkam  kaki penyerang.

Didalam   perkara  Speaker DUN  Perak  biarlah   proses  Undang-Undang   yang  memutuskan  tentang  legalitinya.  Mengapa  ada  suara-suara   yang  mengatakan  Speaker  berjenaka,  speaker  membuat  keputusan  diluar  bidang  kuasa  dan  sebagainya.  Jika  benar  Speaker  tiada  berkuasa  terhadap DUN  mengapa   pihak-pihak  yang  dipanggil   oleh   speaker   tidak  mengabaikan  saja.  Pendapat  saya  YB Zambry  ikut  nasihat  PM  kita.  Buat  lapuran  polis  dan  menuntut  keadilan  dimahkamah.  Tidak  perlu nak  menakut-nakutkan  orang  kerana  membelakangkan  istana.  Lagipun  YB  dapat  jadi  MB  pun   atas   ikhsan   parti  bebas.

Sebenarnya  rakyat  negara  ini  sudah  cukup  faham  tentang  melayu-melayu  dalam  amnu.   Selama  lebih  50  tahun  berbagai   tipuhelah  telah  mereka  jalankan.

Kembali  kepada  tajuk  persepsi  ada  dua  golongan  dalam  negara  ini  yang  kerap  meluahkan  persepsi.   Satu  dipihak  yang  rakyat  sedang  pinjamkan  kuasa.   Mereka  mahu  persepsi  mereka   mirip  kepada  undang-undang.       Apa  yang  mereka  kata  mesti  diambil  sebagai  betul.    Jika  pihak  yang  satu  lagi  bersuara  mereka  akan  menekankan  terdapat  unsur-unsur  fitnah,  subjudice,  prejudice  dan  sebagainya.   Bagi  mereka. mereka  masih  belum  melakukan  sebarang  kesalahan atau  penghinaan  walaupun ada diantaranya   pernah pergi  kenegara  jiran ( bermain kompang atas sampan) untuk menjalani  satu upacara.  Yang  bestnya  apa  saja  yang  puak  tu  buat  semuanya  cantheeek

Akhir  sekali  saya  memohon  kepada  sesiapa   yang    Allah izinkan  memerintah  negara   selepas  ini    jangan  ditiru  sedikitpun  “style”  mereka  demi  masa  depan  cucu  cicit.


Moral : Apakah Kita Saja Yang Betul

February 17, 2009

Cerita  gambar-gambar  sulit  seorang ADUN  belum  lagi  disahkan.  Setakat  semalam  (16/02)  pihak  polis  baru  menerima  report  yang  dibuat  Elizabeth Wong  sendiri  dan  memaklumkan  akan  memulakan  siasatan.

Ada  seorang  ADUN  lain  pula   mendesak  supaya  YB  Elizabeth    meletak jawatan   EXCO  dan  kosongkan  kerusi  kerana  terlibat  dalam  aktiviti  tidak  bermoral.   Nampaknya  ADUN  yang  seorang  ini  sangat  terkedepan .  Semenjak  menjadi  pembangkang   beliau  dilihat  cerdiklah  sikit.   Saya  berpendapat  Negeri  Selangor  sangat-sangat  menghargai   homework  beliau  ini.

Sebelum  ini   beliau   tidak  dilihat  hebat  walaupun  memegang  watak  CEO.     Dengan  memberi   “Penyapu”  kepada   Pegawai  Awam    bagi  beliau   itu  adalah  hadiah  yang  tepat.     Beliau  tetap  mengatakan  beliau  memiliki  tahap  moral  yang  tinggi  dengan   berbuat  demikian.    Beliau  tidak  peduli  kepada  perasaan  orang lain.

Seperkara  lagi   yang  nampak  sangat    beliau  dah  cukup  cerdik  ialah  jika  ada  benda-benda  pelik  yang  puak-puak  beliau   yang  buat  mulutnya  macam  kena  jahit pula.

Sidia  ni   sekarang  sedang  pasang  angan-angan  nak  jadi  naib  presiden (otomatis).  Siapapun  mesti  glamour  dapat  jadi  orang  nombor 6 atau 7  dalam  parti.    Ta`  tahulah  orang  lain,  saya  nampak  peluang  beliau  “uphill battle”  kerana  memiliki  moral  yang  klasik.  Begitu  juga  seorang  lagi  calun  kerana  terlalu  “outspoken” . Orang  lain  yang  hendak  mempertahan hak  dia  kata  Anwar  suruh. Saya  predict  KJ  akan   menang   “hands down”  kerana   beliau   tidak  pernah  attack  peribadi.   Kutuk-kutuk  dalam  politik  tu  biasalah,  sayapun  ada  tegur  dia.

Tapi  walau bagaimanapun   masih  ada  masa  untuk  memperbaiki  kedudukan.  Asal  jangan  cari   mileage  kelas “D”.


Benar-benar Merdeka kah kita?

February 15, 2009

Saya  berasa  amat  terkejut  apabila  dimaklumkan  bahawa ahli-ahli  BloggersNetwork@Perak  ditahan  polis  kerana  mengedar  risalah diKuala  Kangsar.    Parti pemerintah  perlu  belajar  untuk  hidup  bertamadun.  Rakyat   berhak  mengetahui  perkara  sebenar  yang  melibatkan   diri  mereka.     Jika  bahan-bahan  seperti  maklumat  tepat  tidak   diberi  access  lebih  baik  tamatkan  saja  demokrasi.  Tidak  perlu  lagi  hipokrit  kepada  rakyat.   Hentikan   lakunan  mengguling-guling  diatas  tanah   minta  rakyat   sambung  kuasa  apabila  tempoh  5  tahun  hampir  tamat.    Perintahlah  negeri  ni   selama  mana  nafsu  arahkan.    Segala  hasil  yang  diperolehi  dari  bumi  bertuah  ini  agih-agihkan  saja   kepada   mereka  yang  dikeliling  pinggang  saja.  Sebenarnya  rakyat  terbanyak  bukan  tidak  tahu   apa  yang  pak-pak  lahab   buat.  Mereka  buat-buat  ta`  nampak  saja.    Mereka  juga  tahu  bahawa   hasil  yang   puaktu  perolehi  itu   tidak   boleh  nak  digunakan  untuk  jalan  kebaikan.    Semua  perolehan  itu  telah  dimeterai  MOU  dengan  syaitan  melalui  usahasama  berpoya-poya  dan  membeli  katak-katak  antik  untuk  dijadikan  hiasan  dan  sentimental  value .

Apakah  salahnya  rakyat   dapat  membaca  maklumat-maklumat  yang  sahih  yang  diusahakan  oleh  pihak-pihak  yang  teraniaya.  Jika  benar  bertanggungjawab  mengapa  maklumat  seperti  Imuniti  Raja-Raja  Melayu   telah  dimansuhkan   sekitar  tahun  1993  tidak  disampaikan  kepada  rakyat   melalui  saluran  media  yang  resmi.

Kepada   kerabat  kami  Nor Bariah Mohd Ali,  Rosmina Hamdan, Meor Johari  dan  Abdul  Hadi  saya  ucap   syabas.  Kepada   ahli-ahli  keluarga  mereka  ini  saya  lafaskan  simpati  yang  amat  sangat.  Harap  bersabar  menghadapi  ujian  Allah  ini.

Setiap  kita  sepatutnya  mahukan  kuasa   untuk  mengmakmurkan  rakyat  bukannya  dijadikan  sebagai  hak  milik.


KAULAH KEKASIH

February 14, 2009

Hari  ini 14.02.2009    adalah   hari  memuja  kekasih.   Satu  amalan  biasa  bagi  orang-orang  kristian. Akan  bergemelapanlah ruang-ruang  santai  dihotel-hotel 4  hingga  6  bintang.   Bagi  kita  yang  berugama  Islam  upacara  tersebut  adalah  bertentangan  dengan  akidah.   Tetapi  malangnya  hanya  beberapa  kerat  saja  yang  tahu  larangan  ugama  ini.

Maka,  yang  turut  berperanan  memenuhkan  dewan-dewan   “Table for Two  Candlelight Dinner”  adalah  remaja-remaja  melayu islam  kita  berpasang-pasangan.   Mengapa  gejala  ini  terus  berlaku  dan  saban  tahun  jumlah  penganut  bertambah  berkaliganda?

Bagi  para  ibubapa  mahupun  penjaga    ini  adalah  perkara  kecil  dan  ta`  perlu  kecoh-kecoh.   Lagipun  belum  pernah  terdengar  sebarang  pencegahan  yang  dibuat  oleh  pihak  berwajib.   Biarlah  budak-budak  tu  nak  berseronok  setahun  sekali.

Jika  ada  yang  tidak  setuju  dengan  apa  yang  saya  luahkan  ini.  Saya  ta`  kisah –  “no hal”.     Tapi  janganlah   apabila   gejala  tersebut  sudah  tidak  dapat  dibendung  lagi  kita  mula  salah  menyalah.  Selepas  ini  kita  tidak  ingin  lagi  dengar  yang  pihak  berwajib  menyalahkan  ibubapa  kerana  gagal  memberikan  pendidikan  ugama  dan  moral  yang  betul   dan  disebelah  pihak  ibubapa  pula  janganlah  ada  yang  menyalahkan  pihak berwajib  kerana  memberikan  lebih  tumpuan  kepada  usaha-usaha  mengimbangi suasana  politik  dari  matlamat  asal  tumpuan  tugas.

Saya  ada  satu  proposal  untuk  para  remaja  (dan  yang  awal tua  juga)  iaitu   pada  bila-bila  masa  saja  kita  teringatkan  kekasih,  kita  bawa  menyanyi.  Lagu  yang  paling  sesuai  dinyanyikan  ialah  lagu  dendangan Jamal Abdillah  “Kepadamu Kekasih”.  Untuk  membantu  menghafal  liriknya  saya  salinkan  seperti  dibawah.  Dan  akhirnya  saya  ucapkan  selamat  berjaya.

KEPADAMU KEKASIH ……AKU BERSERAH

KERNA KU TAHU KAU LEBIH MENGERTI

APA YANG TERLUKIS DICERMIN WAJAHKU INI

APA YANG TERSIRAT DIHATI…….BERSAMA AMALI

KEPADAMU KEKASIH…..AKU BERTANYA

APAKAH KAU AKAN MENERIMAKU KEMBALI

ATAU HARUS MENGHITUNG LAGI…SEGALA JASA DAN BAKTI

ATAU HARUS MENCAMPAKKAN DISISI

TANPA HARGA DIRI

HANYA PADAMU KEKASIH,  AKU TINGGALKAN

JAWAPAN YANG BELUM KU TEMUKAN,

YANG BAKAL AKU NANTIKAN BILA MALAM MENJEMPUTKU

LENA BERADU

KEPADAMU KEKASIH, AKU SERAHKAN JIWA DAN RAGA,

JUA SEGALANYA

APAKAH KAU AKAN MENERIMA PENYERAHAN INI

APAKAH KAU AKAN MENERIMAKU

DALAM KEADAAN BEGINI   ****


Apa Itu Politik

February 12, 2009

Sepanjang    bergiat  dalam  parti  politik  saya   masih  belum  boleh  menjawab  jika  ada  yang  bertanya  Apa  Itu  Politik.

Apakah  dengan  mengangkut  orang-orang  dari  segenap  pelusuk  berpuloh-puloh  Bas  diperguna  untuk  upacara “tunjuk baik” dibandaraya  Itu Politik?

Apakah  dengan  memberi   kedudukan  istimewa  kepada  individu-individu  tertentu  yang  kononnya  untuk  menjaga  kepentingan  bangsa-bangsa  Itu  Politik?

Apakah  dengan  mencanang  keseluruh  dunia  setiap  kali  sesuatu  bantuan  disampaikan  Itu  Politik?

Banyak  lagi  benda-benda  yang  orang-orang  parti  politik  buat  sama  sekali  bukan  kegiatan  politik.  Apa  yang  berlaku  sebenarnya  adalah  AGENDA.     Dalam  agenda  untuk  mendapat  pencalunan  yang  mencukupi  dalam  usaha  merebut  jawatan  satu  bentuk  pengorbanan  awal  perlu  ditunjuk.  Dan  banyak  lagi  amalan-amalan yang  tidak  berkait  langsung  dengan  politik  dipraktikkan.

Sudah  sampai  masanya  masyarakat  ramai  yang  sudah  terlalu  jijik  melihat  telatah  seperti  yang  disebutkan  mencari  jalan  keluar. Satu  cara  berpolitik  yang  sebenar-benar  politik  perlu  diterokai. Golongan  muda  sudah  pasti  tidak   bersedia  meniru  cara-cara  yang  dipamerkan parti politik  yang  established.

Golongan  muda  perlu  ujudkan  satu  wadah  perjuangan  politik  bentuk  baru.  Dimana  segala  kegiatan  adalah  semata-mata  untuk  menjamin  kestabilan  politik.   Dengan  tertubuhnya  sebuah  parti  yang  mantap sudah  pasti  rakyat  terbanyak  bersedia  mendokong  dan  bersama-sama  menjayakan  agenda negara.  Dipihak  pemgundi sudah  tentu  dengan  senang  hati  memberikan  kuasa.   Mendapatkan   kuasa  memerintah  melalui  cara  Merampas  tidak  akan  ada  ruang  lagi.

Anak-anak  muda  bangsaku  bangunlah  dan  buatlah  sesuatu  untuk negaramu  Malaysia.   Jika   buah  fikiran  Pakcik  diperlukan  anak-anak  boleh  mendapatkan  bila-bila  masa  saja.