PAKATAN RAKYAT: CALUN DIRESTU PIMPINAN BELUM TENTU DITERIMA RAKYAT

April 2, 2013

Pilihanraya  Umum  Kali  yang  ke 13  sudah  berada  diselekuh penamat  atau  bahasa  pasarnya  home turn.  Diatas  kertas  Parti  yang  cukup  bersedia  ialah  Pakatan  Rakyat.  Akan  tetapi    bagi  Negeri  Perak  terdapat  beberapa  kepincangan  dalam  PKR  yang  sengaja  tidak  mahu  di  address  oleh  pimpinan terutamanya   diperingkat  Negeri.

Lihat  apa  yang  terjadi  di Bagan  Serai.  Sebaik  sahaja  nama  Muhamad  Nur  Manuty  diumum  akan  diletak  bertanding  disitu  dengan  sekelip  mata  ianya  disanggah  oleh  rakan  sepakatan.  Ianya  berlanjutan  sehingga  ada  pihak  yang  mengadakan  Sidang  Akhbar  menentangnya  secara  resmi.

Kemudian  perkara  yang  hampir  sama  berlaku  di Tanjong  Malim.  Ahli-ahli  PKR  disitu  tidak  bersetuju  calun  Payung  Terjun  diletak  sebagai  calun  di   Behrang.

Yang  saya  pasti  sekiranya  Anwar  Ibrahim  mengumumkan  calun-calun  PKR  bagi  kerusi  DUN  Kota  Tampan  dan  DUN  Kenering  sewaktu  lawatannya  ke Lenggong  pada  4hb  April  nanti ianya  tidak  akan  ditentang  oleh  sesiapapun.   Walaupun  kedua-dua  calun  tersebut  bukannya    dari  kalangan  pimpinan  Cabang  yang  pernah  mengharung  pahit  getir  menghidupkan  Parti  diperingkat  Cabang  akan  tetapi  mereka  sahajalah  yang  benar-benar  layak.  Dengan  lain  perkataan  ahli-ahli  diperingkat  Cabang  ini  bolehlah  dianggap  tidak  bersekolah  untuk  dinilai  kelayakannya  sebagai  calun  yang  berpotensi.

Ramai  mengharapkan  agar  Pakatan  Rakyat  dapat  kembali  memerintah  Negeri  Perak.  Jika  kedua-dua  calun  yang  pimpinan  tonjolkan  ini  tidak  berjaya  memenangi  kerusi-kerusi  DUN  tersebut  janganlah  mereka disalahkan  pula   kerana  mereka  hanya  menawarkan  diri.  Para  pimpinan  atasaanlah  yang  sepatutnya  memikul  tanggungjawab  tersebut  kerana  tidak  mahu  memberi  pertimbangan  kepada  para  pejuang   diperingkat  Cabang.

Saya  tujukan  tulisan  ini  kepada  pihak  PAS  dan  DAP  untuk  bahan  renungan  mereka.  Tidakkah  perkara-perkara  yang  saya  sentuh  ini  boleh  menggugat  peluang  Pakatan  Rakyat  mendapatkan   kembali  Negeri  Perak     daripada   perampas  yang  dikenali  itu?  Saya  tidak  kisah  jika  ada  yang  mengatakan  saya  sebenarnya  mahu   meluahkan  rasa  keciwa.  Pakatan  Rakyat  adalah  merupakan  sepohon  pokok  tiga  pemeluk.  Masih  bolehkah  ia  berdiri begitu  gah  jika  ada  dahannya  yang  mereput  dari  dalam?