BERI HARAPAN BENAR-BENAR BERMAKNA

January 22, 2018

Setakat ini apa harapan yang telah diberi. Rasanya apa yang dilaung-laungkan saban hari hanya mencemuh mereka yang sedang berkuasa sahaja. Apakah rakyat secara umumnya akan membuta tuli menolak BN pada PRU ke 14 nanti? Yang pasti jasa yang telah dinikmati perlu dikenang. Taburan janji semata-mata tidak mungkin dapat direalisasi.

Menukar kerajaan bukanlah semudah menukar lampin “pakai buang”. Persoalan yang sedang berlegar adalah kuasa. Benar, rakyat berkuasa penoh dalam memileh kerajaan. Silap pilih – kuasa akan makan diri. Dah tak lama musim memileh buat rakyat Malaysia. Ia mungkin esok, lusa atau tulat. Yang pasti ia didalam tahun 2018 ini juga.

Kepada cerdik pandai kuasa politik adalah harta untuk memastikan kesinambungan generasi mendatang. Jangan kita dipersalahkan nanti apabila kuasa berada dalam tangan mereka yang obses kepada kuasa semata. Ukuran untuk diberikan kuasa bukan semata-mata berdasarkan kepakaran dan pengalaman pemimpin tertentu sahaja. Kejujuran penerima kuasa perlu dapat dilihat dan dihayati.Jika kita silap memileh akibatnya bukanlah sedikit. Ianya tidak mungkin dapat diubah walaupun didalam beberapa pilihanraya lagi.

Advertisements

INDAH KHABAR DARI RUPA

October 16, 2017

Tanya siapapun jawapannya tetap sama – pilihanraya umum ke 14 sudah teramat hampir. Akan tetapi bila bercakap tentang persediaan menghadapinya tidaklah semudah itu untuk mendapat jawapan. Meninjau dari satu kem ke suatu kem yang bercita-cita mahu memerintah negara sangat jelas dipihak yang mahu memberikan harapan tidak serius mahu mengetahui apa yang dikehendaki oleh para pengundi.

Ditinjau kepada apa yang dilakukan oleh PKR khususnya di Negeri Perak. Disaat-saat semua kepala sudah tertumpu ke Peti Undi ada pihak yang baru diperingkat mahu memperkenalkan diri. Disetiap kawasan yang mereka akan meletakan calun tertegaklah khemah-khemah bertujuan mengumpul orangramai untuk mendengar celoteh mereka. Malangnya setelah dilihat dalam gambar-gambar yang mereka postkan dalam FB ternyata pemimpin mereka sendiri yang memenuhkan sebahagian besar khemah tersebut.

Pemimpin-pemimpin tersebut hanya mahu memalukan ahli parti mereka sahaja. Itupun jika masih ramai yang mengaku ahli. Difahamkan dalam majlis tersebut penduduk kampong akan diberikan oleh-oleh. Bagus sebenarnya perbuatan ini. Ketiadaannya mungkin sukar mendapat sambutan.

Sedikit pandangan kepada puak ini. Keperluan hidup di kampong jauh lebih penting daripada sekampit beras yang dihulurkan. Patutkah diberikan sokongan kepada puak ini dan menolak pihak yang sudah begitu lama berbakti dengan kita. Jangan kecewakan generasi masa depan kita dibumi yang indah ini. Kalau dulu mereka bersama rakyat memperjuangkan nasib anak bangsa dalam Pakatan Rakyat. Kini mereka membentuk pakatan sendiri yang kononnya mereka itu boleh diharapkan. Sekian secebis pandangan penulis, selebihnya tepuklah dada.


PRK SUNGAI BESAR : NAK PILIH WAKIL ATAU WAKIL RAKYAT KE PARLIMEN ?

June 6, 2016

Blog ini merasakan terpanggil untuk menyedarkan para pengundi di Sungai Besar dalam PRK pada 18 Jun nanti. Sebaik sahaja tamat proses penamaan calun, tiga orang telah disahkan bertanding. Hanya Parti Amanah (Pakatan Harapan) telah mengemukakan calun dikalangan rakyat biasa. Sedangkan Parti BN dan Parti PAS telah menghantar mereka-mereka yang sebenarnya sudahpun bergelar Wakil Rakyat. Dengan berbuat sedemikian BN dan PAS tidak bersedia memberikan perkhidmatan sepenoh masa kepada para pengundi di Parlimen Sungai Besar. Secara logiknya jika calun BN atau calun PAS dipilih terpaksalah mereka membahagi-bahagikan tanggungjawab. Separuh dikawasan Dewan Undangan Negeri dan separuh lagi untuk rakyat di kawasan Parlimen pula.

Mungkin pertimbangan mereka hayat Parlimen Penggal ke 13 ini hanya berbaki dua (2) tahun. Akan tetapi masaalah rakyat mesti disempurnakan sepenuhnya walaupun untuk tempoh yang lebih singkat daripada itu. Berbeza sama sekali gelagatnya apabila dewan-dewan hendak dibubarkan – Jika rakyat minta bulan dan bintang sekalipun akan mereka lunaskan sepenuhnya bukan separuh-separuh asalkan mereka dipilih semula.

Pengundi Sungai Besar tidak akan rugi memileh calun yang dikemukakan oleh Parti Amanah kerana Parti ini ada peranan dalam Kerajaan Negeri Selangor. Calun dari Parti Amanah ini pasti dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan kerana beliau mampu memusatkan seluruh tenaganya berkhidmat untuk pengundi Sungai Besar. Catatan ini hanya suatu analisa. Yang berhak hanya perlu tepuk dada….


PKR KETINGGALAN BAS

January 3, 2016

Ribut 1MDB, skandal RM2.6B hampir-hampir menuju nokhtah. Oleh kerana terlampau memberi pemberatan ke atasnya, parti-parti dalam Pakatan Harapan terlepas pandang masaalah “bauxite”. Masaalah yang sedang melanda Kuantan Pahang ini sangat serius sehingga Agensi-Agensi terlibat dengan masaalah pencemaran telah mengeluarkan arahan supaya tidak memakan “marine products” yang diperolehi dari sungai-sungai yang tercemar itu.

Pilihanraya Umum ke 14 sudah sangat hampir. Dari aspek gerakerja ke arah itu BN hanya berdepan dengan masaalah 1MDB dan wang derma 2.6B. Apabila ianya dapat diatasi dengan berkesan maka usaha memperolehi “Mandat Baru” tidaklah sesukar mana. Bagi Parti PAS mereka mempunyai banyak “option”. Jika mereka bekerjasama dengan UMNO-BN mereka pasti mendapat “fair share” dalam pembentukan Kerajaan. Atau jika pun mereka mengambil keputusan bersendirian, mereka juga akan mendapat sokongan rakyat, terutama orang-orang Melayu di Kampong-Kampong dan penempatan yang terpinggir.

Yang paling malang pada PRU ke 14 nanti ialah PKR. Dari aspek akar-umbi mereka akan terumbang ambing setelah tidak lagi bersama PAS. Mereka hendak bergantung dengan Amanah? Sedangkan Amanah adalah sekutu kuat DAP. Tambahan lagi ada pemimpin PKR yang mengetuai Cabang hanya berminat mempermosi diri sebagai Calun dan terdapat juga dikalangan mereka menaja calun tertentu (yang berduit) dikawasan yang kononnya mereka berkuasa mutlak. Yang pasti pemimpin-pemimpin PKR sendiri (terutama di peringkat Cabang) yang akan mengecewakan Idola Parti yang juga Ketua Umum sdra Anwar Ibrahim. Sikap segelintir pemimpin “selfish” PKR ini akan mengakibatkan Parti PKR berkubur. Sekian.


KEPUTUSAN BERTANDING DI PENGKALAN KUBOR ADALAH TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS

September 18, 2014

Parti PAS adalah sama dengan Parti UMNO. Sudah terlalu tua dan beransur hilang upaya. Itu adalah satu kenyataan. Walau bagaimanpun pada PRK Pengkalan Kubor 25hb Sept. nanti Parti UMNO dilihat begitu cerah dapat mempertahankan kerusi tersebut menurut suatu analisis mudah. Pengkalan Kubor adalah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Tumpat. Tiga lagi DUN iaitu Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu dimenangi oleh PAS pada PRU 13 yang baru berlalu. Disamping itu Parlimen Tumpat (P19) juga dimenangi oleh PAS.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor pada PRU 13 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat tetapi tewas kepada BN. Persoalannya dimana letaknya PAKATAN apabila PAS tidak percaya kepada rakannya PKR bertanding disitu? PAS boleh membantu PKR lebih berkesan untuk memenangi kerusi P. Kubor dalam PRK ini. Malangnya PAS mengambil pendekatan yang hanya Partinya sahaja yang boleh merampas kerusi tersebut daripada UMNO. Jawapan yang tepat kepada tindakan PAS tersebut tidak lain daripada perasaan tamak yang begitu memuncak.

Jika benar prinsipnya PAS membuat keputusan bertanding disitu atas sebab Partinya lebih dipercayai rakyat, mengapa kerusi-kerusi diNegeri lain yang PAS tidak berjaya menang pada PRU 12 masih lagi bertanding pada PRU 13? Mengapa lain pula formulanya ditempat-tempat lain.

Kini rakyat sudah dapat mengenali ” the true colour of PAS ” dan pada PRU 14 nanti jangan ada yang terkejut apabila rakyat meminggirkan PAS.


NAK GLAMOUR BOLEH SAJA … TAPI JANGAN SALAH TEMPAT

August 2, 2012

Saya  sedang  mengikuti  polimik  tentang  sambutan  memperingati  tarikh  Kemerdekaan  negara  kita  bagi  kali  yang  ke 55.  Dipihak  Pemerintah  mereka  merasakan  menamakan  apa  sahaja  tema  setiap  tahun  perayaan  hari  keramat  itu   adalah  hak  mutlak  mereka.    Saya  juga  tidak  membantah  mengenai   prerogative   yang  dimiliki  BN,  Parti   yang  sedang  memerintah.  Akan  tetapi  apapun  alasannya   memberikan   tema  ” Janji Ditepati ”   kepada  hari  kebesaran  negara itu   telah  terlalu  jauh  menyimpang  daripada  maksud  menghayati  erti  kemerdekaan  yang  sebenar.

Adapun  perkataan  yang  bersangkut  dengan  Janji   adalah  merupakan  satu  hutang.  Sebagai  contoh  semasa  mula  memasuki  gerbang   perkahwinan  sepasang  kekasih  itu  akan  bertukar-tukar  janji  untuk  memberikan  keyakinan  yang  setiap  mereka  akan  melakukan  yang  terbaik  terhadap  pasangan.  Begitu  juga  halnya  dengan  urusan  pinjam  meminjam.   Si Peminjam  berjanji  memulangkan  barang  yang  dipinjam  tepat  pada  masanya  dan  berbagai janji-janji  lain  yang  ditabur.

Dalam  hal  tema  hebat  BN  ini  saya  tetap  mengatakan  ia  tidak  kena  pada  tempatnya.  Jika  hendak  dihayati erti  Janji  Ditepati  itu  kita (rakyat)  kena  tahu  apa  yang  dijanji  dan  setakat  mana  janji  tersebut  telah  ditepati. Jadi  bukankah  pihak  (rakyat)  yang  menagih  janji  yang  berhak  mengatakan  Janji  Telah  Ditepati  sekiranya  benar  janji-janji  tersebut  telah ditepati.

Apa  yang  sedang  berlaku  ini  nampaknya sama  seperti  kata kiasan  “Masuk  Bakul  Angkat  Sendiri”.  Kemudian  ambil  kesempatan  disaat  negara  mahu  merayakan/memperingati  detik-detik  Kemerdekaan.    Bagi  saya  jika  temanya  ” 55 Tahun  Bukan  Sekadar  Angka ” pun  ia  sudah  cukup  canteeek.

Jika  saya  ditanya  apa  akan  saya  lakukan  setelah  saya berjaya  melunaskan  sesuatu  janji,  saya  lebih  suka  tidak  diketahui  umum  atau  dalam  bahasa  berseninya  “tangan  kiri  tak  nampakpun  apa  yang  tangan kanan bagi”.

Sekian,  selamat  berpuasa,  selamat  berbuka  dan  kurang  lebih  2  minggu  lagi  selamat  berraya.


INI RUPANYA TRANSFORMASI

July 20, 2011

Dewasa  ini  Parti   (BN)  yang  memerintah  bersungguh-sungguh  benar  mahu  melakukan  Transformasi  didalam  pentadbirannya.   Orang  biasa  macam  saya   merasa  kecut  perut  setiap  kali   perkataan   itu  disebut  pimpinan  negara.

Saya  percaya  ini  merupakan  satu  perkara  besar  jika  tidak  masakan  ianya  disebut  oleh   orang-orang  besar.  Tanpa  berlengah  saya  mencapai  Kamus Dwibahasa  lalu  terjumpalah  perkataan  keramat    ” Transformation ”  sebelum  ia  dialih  bahasa   sebagai  transformasi.    Maklumat  mengenainya  didalam  Internet  adalah  seperti  berikut:

“Defination  of  transformation:   a.  The  act  or  instance  of  transforming

    b.  The  state  of  being  transformed

Agak  lama  juga  saya  berfikir  apakah  dia   sebenarnya  transformasi  ini.    Didalam   Rancangan-rancangan  bualbicara  diAstro  AWANI  seperti   Sudut   Pandang,    Agenda     Awani,   Meja  Bulat   dan  sebagainya  kerap  juga  perkataan  Transformasi  terpacul  daripada   mulut   ahli-ahli  panel  yang  menjadi  tetamu  rancangan  tersebut.    Ahli-ahli  panel   terdiri  daripada  orang-orang  hebat   dan  termasuk   para  cendekiawan  yang  terkenal.    Malang  sekali  makin   banyak   saya  menonton   rancangan-rancangan  tersebut   makin  susah  saya  hendak  faham  apakah  bendanya  transformasi  itu.

Semalam  (19.07.2011)  saya  berubah  angin  lalu  meninjau   ke   TV1   dan   tv 2.    Kedua-dua  channel  tersebut  menyiarkan  rancangan  secara  “live” .   TV1  disiar  secara  langsung  musabakah  (penghayatan  surah-surah  al-Qur`an)  peringkat  Antarabangsa  iaitu  acara  tahunan  yang  telah  ujud  sejak  zaman  Tunku  Abdul  Rahman  Perdana  Menteri  Pertama  lagi  manakala  di  TV2  disiar  secara  langsung  juga  satu  Rancangan   Hiburan  Bakat  TV  berkonsep  transformasi.

Saya  tidak  mempertikai  hak  pihak  berkuasa  diRTM  dalam  menerbitkan  rancangan  hiburan  seperti  itu.  Yang  saya  kesalkan  mengapa  ianya  dibuat  serentak  dengan  masa  para  qari  dan  qariah  mengalunkan  ayat-ayat  suci  dari  al-Quran.  Apakah  yang  membuatkan  mereka  begitu  terdesak  sehingga  rancangan  hiburan  sebegini  tidak  boleh  ditangguhkan.  Apa  salahnya  Malam  Kemuncak  Bakat  TV  itu  diadakan  setelah  kita  selesai  mengerjakan  Ibadat  Puasa  dibulan  Ramadan?

Kita  semua  maklum  orang-orang  kita  terlalu  dahagakan  hiburan,  maka  berduyun-duyunlah  mereka  berubah  keTV2.  DiTV1  jika  ianya  disiarkan  juga  “live”  kenegara-negara  peserta  antarabangsa  saya  pasti  ramai  jugalah  orang-orang  Islam  menontonnya.    Para  peminat  hiburan  juga  teruja  untuk  menonton  Bakat  TV  itu  kerana  Pak  Menteri  ada  hadir  sebagai  tetamu  kehurmat.

Pak  Menteri  ataupun  pegawai-pegawainya  diRTM  tidak  perlu  menjawab  teguran  ini.  Saya  percaya  rakyat  gelata  yang   sudah  semakin  cerdik   akan lebih  berminat  untuk  menukar   pemerintah  (Reformasi)   daripada  dikecewakan  oleh  usaha-usaha  seperti  yang  disebut  diatas.