INDAH KHABAR DARI RUPA

October 16, 2017

Tanya siapapun jawapannya tetap sama – pilihanraya umum ke 14 sudah teramat hampir. Akan tetapi bila bercakap tentang persediaan menghadapinya tidaklah semudah itu untuk mendapat jawapan. Meninjau dari satu kem ke suatu kem yang bercita-cita mahu memerintah negara sangat jelas dipihak yang mahu memberikan harapan tidak serius mahu mengetahui apa yang dikehendaki oleh para pengundi.

Ditinjau kepada apa yang dilakukan oleh PKR khususnya di Negeri Perak. Disaat-saat semua kepala sudah tertumpu ke Peti Undi ada pihak yang baru diperingkat mahu memperkenalkan diri. Disetiap kawasan yang mereka akan meletakan calun tertegaklah khemah-khemah bertujuan mengumpul orangramai untuk mendengar celoteh mereka. Malangnya setelah dilihat dalam gambar-gambar yang mereka postkan dalam FB ternyata pemimpin mereka sendiri yang memenuhkan sebahagian besar khemah tersebut.

Pemimpin-pemimpin tersebut hanya mahu memalukan ahli parti mereka sahaja. Itupun jika masih ramai yang mengaku ahli. Difahamkan dalam majlis tersebut penduduk kampong akan diberikan oleh-oleh. Bagus sebenarnya perbuatan ini. Ketiadaannya mungkin sukar mendapat sambutan.

Sedikit pandangan kepada puak ini. Keperluan hidup di kampong jauh lebih penting daripada sekampit beras yang dihulurkan. Patutkah diberikan sokongan kepada puak ini dan menolak pihak yang sudah begitu lama berbakti dengan kita. Jangan kecewakan generasi masa depan kita dibumi yang indah ini. Kalau dulu mereka bersama rakyat memperjuangkan nasib anak bangsa dalam Pakatan Rakyat. Kini mereka membentuk pakatan sendiri yang kononnya mereka itu boleh diharapkan. Sekian secebis pandangan penulis, selebihnya tepuklah dada.

Advertisements

NAPOLEAN KECIL RUPANYA ADA DIMANA-MANA

October 15, 2017

Ahmadzawawi's Weblog

Kebanyakan  orang-orang  PKR  tidak    memberi  perhatian  kepada  kenyataan  Fauzi  Muda  mengenai  ujudnya  Napolean  Kecil dalam   Parti  Keadilan  Rakyat  diNegeri  Perak.  Saya   juga pada  mulanya   menganggap  ia   sebagai  satu  keluhan  orang-orang  yang  kecewa sahaja.

Melihat  kepada  perkembangan  terbaharu  dalam  PKR  Negeri  Perak  sememangnya   apa  yang  dikatakan  oleh  Bekas  Ketua  Cabang  Ipoh  Barat  itu   ada  logiknya.   Baru-baru  ini  pihak  tertentu  dalam  PKR  Negeri   ada  menganjurkan   satu  bengkil  kepada  bakal-bakal  calun  yang  akan  diletakkan  bertanding  atas  tiket  PKR  dalam  Pilihanraya  Umum  akan  datang.

Cara  mana  mereka-mereka   yang  dikatakan  sebagai  calun  ini  dipilih  sebagai  Calun  Parti dan  sekaligus  dikehendaki  menyertai  Bengkil   tersebut   tidak  juga  diketahui.    Yang  jelas  mereka    membayar  RM150  setiap  seorang  untuk  menyertai  bengkil/kursus  tersebut.     Ini  nampaknya   merupakan  satu   set keperluan  bagi  seseorang  untuk  diangkat  sebagai  calun.    Sebaik  sahaja  selesai  menghadiri  bengkil  ini  kesemua  mereka   bolehlah  beranggan-anggan  menjadi  YB.  Oleh  sebab  mereka  telah  memulakan  satu  pelaburan  maka …

View original post 125 more words