BERI HARAPAN BENAR-BENAR BERMAKNA

January 22, 2018

Setakat ini apa harapan yang telah diberi. Rasanya apa yang dilaung-laungkan saban hari hanya mencemuh mereka yang sedang berkuasa sahaja. Apakah rakyat secara umumnya akan membuta tuli menolak BN pada PRU ke 14 nanti? Yang pasti jasa yang telah dinikmati perlu dikenang. Taburan janji semata-mata tidak mungkin dapat direalisasi.

Menukar kerajaan bukanlah semudah menukar lampin “pakai buang”. Persoalan yang sedang berlegar adalah kuasa. Benar, rakyat berkuasa penoh dalam memileh kerajaan. Silap pilih – kuasa akan makan diri. Dah tak lama musim memileh buat rakyat Malaysia. Ia mungkin esok, lusa atau tulat. Yang pasti ia didalam tahun 2018 ini juga.

Kepada cerdik pandai kuasa politik adalah harta untuk memastikan kesinambungan generasi mendatang. Jangan kita dipersalahkan nanti apabila kuasa berada dalam tangan mereka yang obses kepada kuasa semata. Ukuran untuk diberikan kuasa bukan semata-mata berdasarkan kepakaran dan pengalaman pemimpin tertentu sahaja. Kejujuran penerima kuasa perlu dapat dilihat dan dihayati.Jika kita silap memileh akibatnya bukanlah sedikit. Ianya tidak mungkin dapat diubah walaupun didalam beberapa pilihanraya lagi.

Advertisements

SUHU POLITIK KINI SANGAT DINGIN

February 18, 2017

Rasanya sudah hampir setahun Blog ini tidak di kemaskini. Pertama sebabnya adalah keadaan sibuk yang memanjang. Setelah menamatkan B.A.(Honours) di USM Pulau Pinang kini menyambung sesuatu yang terbengkalai sebelumnya. Sekarang di UiTM Shah Alam pula untuk tamatkan Pengajian Undang-Undang.

Kedua, persaingan politik dikalangan pemain-pemainnya dilihat terlalu hambar. Dipihak yang sedang memerintah dilihat begitu selesa memandangkan mereka memiliki “resources” yang bertimbun. Tambahan lagi “wisel” menentukan tarikh sesuai Pilihanraya Umum ke 14 berada dalam genggaman mereka. Walaupun tempoh Penggal Parlimen sekarang berakhir sekitar April – Mei tahun 2018, namun bagi BN dilihat tidak menghadapi sebarang masaalah jika diputuskan PRU ke 14 diadakan dalam tempoh sebaik sahaja selesai menghayati ulangtahun Kemerdekaan. Kemenangan pula bolih diraikan pada tarikh menyambut Hari Malaysia 16 September.

Semasa PRU ke 12 (2008) keadaannya begitu cemas. Sentimen mahukan perubahan sangat jelas ketika itu. Tambahan pula Parti-Parti dalam blok pembangkang ketepikan kepentingan masing-masing dengan memutuskan untuk berdepan dengan BN secara satu lawan satu. Usaha ini sebenarnya sudah hampir-hampir berjaya. Jika Pembangkang mampu melakukan perkara serupa untuk PRU ke 14 ini ditambah dengan mengenalpasti kelemahan-kelemahan sebelumnya, sudah barang pasti sang gergasi boleh ditumpaskan.

Malangnya Pembangkang dilihat lagi lama lagi tidak bersepakat. Dengan ujudnya beberapa Parti baru dalam kancah politik Malaysia, pemain politik diblok pembangkang hanya mahu menonjolkan jaguh tertentu sedangkan rakyat mahu menilai tahap bersedianya pembangkang mengambilalih Putrajaya.

Sesungguhnya, jika kita faham kehendak Pengundi Malaysia ketika ini pilihan mereka ialah jika Kerajaan yang ada sekarang segera menyelesaikan masaalah-masaalah yang sedang melanda atau Parti-Parti pembangkang segera memutuskan untuk berdepan dengan rakyat melalui satu suara. Dengan lain perkataan membentuk satu United Front.


PRK SUNGAI BESAR : NAK PILIH WAKIL ATAU WAKIL RAKYAT KE PARLIMEN ?

June 6, 2016

Blog ini merasakan terpanggil untuk menyedarkan para pengundi di Sungai Besar dalam PRK pada 18 Jun nanti. Sebaik sahaja tamat proses penamaan calun, tiga orang telah disahkan bertanding. Hanya Parti Amanah (Pakatan Harapan) telah mengemukakan calun dikalangan rakyat biasa. Sedangkan Parti BN dan Parti PAS telah menghantar mereka-mereka yang sebenarnya sudahpun bergelar Wakil Rakyat. Dengan berbuat sedemikian BN dan PAS tidak bersedia memberikan perkhidmatan sepenoh masa kepada para pengundi di Parlimen Sungai Besar. Secara logiknya jika calun BN atau calun PAS dipilih terpaksalah mereka membahagi-bahagikan tanggungjawab. Separuh dikawasan Dewan Undangan Negeri dan separuh lagi untuk rakyat di kawasan Parlimen pula.

Mungkin pertimbangan mereka hayat Parlimen Penggal ke 13 ini hanya berbaki dua (2) tahun. Akan tetapi masaalah rakyat mesti disempurnakan sepenuhnya walaupun untuk tempoh yang lebih singkat daripada itu. Berbeza sama sekali gelagatnya apabila dewan-dewan hendak dibubarkan – Jika rakyat minta bulan dan bintang sekalipun akan mereka lunaskan sepenuhnya bukan separuh-separuh asalkan mereka dipilih semula.

Pengundi Sungai Besar tidak akan rugi memileh calun yang dikemukakan oleh Parti Amanah kerana Parti ini ada peranan dalam Kerajaan Negeri Selangor. Calun dari Parti Amanah ini pasti dapat menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan kerana beliau mampu memusatkan seluruh tenaganya berkhidmat untuk pengundi Sungai Besar. Catatan ini hanya suatu analisa. Yang berhak hanya perlu tepuk dada….