Genap saja umur PRU 12 tiga tahun pada April 2011 berbagailah ramalan timbul sama ada didada-dada akhbar, sewaktu penggiat politik berceramah dan tidak kurang juga di media sosial dengan memberikan tarikh-tarikh positif Parlimen dan DUN-DUN dibubarkan. Kini tempoh “terbubar secara otomatis” berbaki kurang lebih dua bulan.
Dari apa yang dapat kita lihat, PM dan TPM masih melakukan roadshow menjaja Janji Ditepati. Daripada body language mereka yang terpangpang dikaca TV jelas BN belum yakin boleh terus memerintah. Terlalu banyak Isu yang menghantui the present government. Satu perkara yang paling ketara ialah mengenalpasti winnable candidate. Bolehkah seorang AJK Cawangan yang komited kepada perjuagan parti dipilih sebagai calun kerana ada ciri-ciri winnable dengan mengenepikan Ketua Bahagian yang begitu banyak penyokong?
Kedua, betullah parti-parti yang akan bertanding nanti ialah BN menentang PR akan tetapi hakikat sebenar kerusi-kerusi yang akan UMNO tandingi akan hanya dicabar oleh PAS. Dikawasan-kawasan majoriti pengundinya Melayu DAP dan PKR tidak akan kacau daun. Untuk memastikan kemenangan dikawasan-kawasan ini UMNO mungkin perlu bergantung harap kepada mereka-mereka yang UMNO Friendly. Bunga-bunganya sudah kelihatan. Didalam Akhbar hari ini sudah ada orang yang mencadangkan supaya PAS keluar Pakatan. Komen saya kepada saranan tersebut ialah its a little too late.
Sebelum ini saya juga ada membuat ramalan akan tarikh PRU 13 dibawah tajuk Tarikh Pilihanraya Umum Bukan Lagi Rahsia. Ramalan saya dalam posting tersebut PRU akan berlaku setelah tempoh 5 tahunnya matang. Kini fikiran saya hanya tertumpu kepada Caretaker Government.