Tajuk Hari Ini – “Perginya UMNO`s last Good Man

October 16, 2015

Berita penyertaan Datuk Saifuddin Abdullah dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak mengejutkan sedikitpun. Buah fikiran yang beliau lontarkan kebelakangan ini sepatutnya datang dari pemimpin PKR. Setiap kali beliau (Datuk Saifuddin) membuka mulut berdengunglah telinga pemerintah. Inilah aset baru Parti PKR.

Kita kena mengaku yang Datuk Saifuddin adalah seorang politikus yang sangat popular. Sejak semalam lagi terlalu banyak komen yang terhidang dalam media sosial seperti Blog, Fb, WassApp dan sebagainya. Yang paling saya tertarik ialah dua kenyataan daripada UMNO itu sendiri. Setia Usaha Agungnya kata
Saifuddin adalah `sampah’ dalam UMNO manakala Pengerusi JK Displin pula berkata `UMNO tak akan maafkan Saifuddin’. Persoalannya jika benar “sampah” mengapa tidak dibuang dari dulu lagi. Selama ini selesa sangat duduk dengan/dalam sampah – bila sampah itu terkeluar sendiri tukar pendirian pula. UMNO sepatutnya belajar dari pengalaman. Sebelum ini orang UMNO mempersenda “Penyapu” akhirnya hilang Negeri Selangor. Sekarang ini pula menghina “sampah”, tak tahulah apa pula yang akan hilang.

Sebuah komen oleh Anonymous dalam Malaysiakini yang sangat menarik perhatian saya ialah “Saifuddin was UMNO last good man. 100% saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Kepada Parti Keadilan Rakyat jaga dan hargailah Aset Yang Tak Ternilai ini. Ia akan menjadi inspirasi rakyat untuk menyerahkan kuasa kepada PKR untuk mentadbir Negara pada Pilihanraya Umum nanti. Sekian setakat ini.


JAUHARI JUGA YANG MENGENAL MANIKAM

April 24, 2010

Jika  dibaca  sekali  lalu  tajuk  diatas  menerangkan  bahawa  seorang  yang  bernama  Jauhari  sahaja  yang  kenal  seorang  yang  bernama  Manikam.      Sebenarnya  bukan  begitu.    Tajuk  tersebut  adalah  satu  Peribahasa melayu.       Maksudnya  secara  umum :      Hanya   orang-orang  yang  bijaksana  sahaja  dapat  memahami  sesuatu  keadaan  dan  menghargai  nilai.    Dalam  lain-lain  perkataan   satu   lagi   peribahasa  iaitu    Jika  tidak  ada-ada   ta`  kan   Tempua    bersarang rendah juga  ada  persamaan.

Oleh  yang  demikian  tulisan  ini  ditujukan  kepada  golongan  muda   berpelajaran  tinggi  yang  secara  kebetulan  berpeluang  kali  ini   mengundi  diPilihanraya  Kecil   P.094  Hulu  Selangor.    Setelah   sekian  lama   negara  mencapai  kemerdekaan  dan   mempunyai  pemerintahan  secara  demokrasi  mengapa  pula   apabila   ada   Pilihanraya  Kecil  baru   berbagai  bantuan  hendak  diberi.   Dan  masa  inilah   juga sekolah-sekolah  yang  usang  hendak  dibina  semula.  Perkara  sebegini  jugalah  yang  berlaku  pada  setiap  kali  adanya  Pilihanraya  Kecil.   Pembangunan  dan  kemajuan  bagi  rakyat  sepatutnya  menjadi  agenda  yang  berterusan  bukan  hanya  direncanakan  apabila  terdapat  sesuatu  pilihanraya.

Dengan  mengutarakan  perkara  ini  bukan  bererti  saya  menghina  perbuatan  tersebut  atau  memperkecil  hasrat  Kerajaan  itu.  Oleh  sebab  ianya  hanya  dilakukan   secara  kebetulan  apabila   menjelang   Pilihanraya   maka  ianya  seperti  budaya   give  and  take pula  yang    tidak  sepatutnya   terjadi   dizaman  yang   sudah  jauh   bertamadun   dan  ditengah-tengah  era  ledakan  maklumat.

Pada  PRU  ke  12  majoriti  pengundi  disini  telah  membuat  perubahan  dengan  menghantar  Wakil  Parti  Keadilan  Rakyat  keParlimen.   Perubahan  tersebut   perlu  dikekalkan   supaya  suara  hati  rakyat  terus  diperdengarkan  dengan  lebih  lantang  lagi.

Sekian.  Selamat  Mengundi.


SILAP LETAK PRIORITY

December 16, 2009

Keputusan    Bajet  2010  diluluskan    melalui    majoriti    tiga  ( 3 )    undi   sahaja  tidak  sepatutnya  menjadi  Isu  besar.    Saya  bersetuju  dengan  Tan  Sri  Speaker  yang    Ahli  Parlimen   Pakatan   Rakyat   seharusnya  bersikap  Gentleman dimana    kehadiran    wakil    kita  juga  kurang. Llirik  lagu  ” Kita  Serupa” nyanyian   Zainal  Abidin terpakai   disini. Saya  tertarik  dengan komen   Datuk  Sri  Nazri  Aziz (dalam  Berita TV)   dimana   YB-YB  dari  Pakatan  Rakyat  pun   ramai  yang  ponteng     iaitu  kehadiran  mereka  disekitar  60  orang  sahaja.  Wakil-Wakil  dari  Pakatan  tidak  sepatutnya  terikut-ikut  dengan  cara  mereka  dalam  BN.    Sebagai  sebuah   Gagasan  yang  dikatakan  cukup  bersedia  mengambilalih  Pemerintahan  Negara  perkara  sebegini  sama  sekali  tidak  patut  berlaku.  Peluang  keemasan  supaya  kita  dilihat   lebih  bersedia   dan  komited  telah   terbuang  begitu  saja.

Diluar  sana  ahli-ahli  politik  PR  menghurai  kepada  khalayak   umum   betapa   Borosnya Kerajaan  kita  membuat  Cadangan  Perbelanjaan  Tahunan   melalui   Bajet yang  dibentang.   Tetapi  apabila  bantahan  itu  mahu  dikira  kehadiran  pula    tidak   Solid menentangnya.    Peluang  untuk  meningkatkan  moral Pakatan  Rakyat  telah  dipersia-siakan.    Tidak  secara  langsung  kita  telah  meremehkan  hasrat  pengundi-pengundi  kita.

Semua  ini  terjadi  kerana  tersilap  memberi  Keutamaan  ( Priority).    Alasan  seperti  terpaksa  hadir  dimajlis-majlis  kenduri   demi  menjaga  hati   penyokong   tidak  boleh  diterima  sama  sekali.   Di setiap   kawasan   pihak  Ahli  Parlimen  boleh  melantik   Pegawai-Pegawai   Khas  membantu  mereka   menyelesaikan  masaalah  rakyat  tetapi   TIDAK diPersidangan  Parlimen.       Pelajaran  yang  macam  mana  lagi  diperlukan  supaya  bijak  meletakkan  sesuatu  Priority?     Tentu  ada  yang  mencemuh  saya  kerana   terlalu   pandai  menegur dan  mengemukakan  soalan.    Saya  ta`  kisah   apa  orang  nak  kata.    Yang  pastinya    saya   bukan   seorang   Wakil  Rakyat.


PEMBAYAR CUKAI TENTU KECEWA BELANJAWAN DILULUS TERGESA-GESA

October 28, 2009

Dimana  rasionalnya   Bajet  Tahunan  dilulus  dalam  tempoh  (  masa )  yang  begitu  singkat  iaitu  kurang  dari  2  jam  sedangkan  Notis  memanggil  Ahli-Ahli  Yang  Berhormat  untuk hadir  Persidangan   mengambil  masa    14  hari    sebelum   tarikh   iaitu  satu  tempoh   yang memungkinkan   para   ADUN    cukup  bersedia  dengan  Input yang sepatutnya.

Perkara  ini  berlaku  pada  28  Oktober  2009  diDewan  Undangan  Negeri  Perak.    Bagi  Anggota  Kerajaan  beserta  dengan   BN   Backbenchers nya  sudah  tentulah  merasa  sangat  bangga  kerana   kejayaan   mencipta   satu   sejarah  yang  sangat  unik.     Tetapi  bagaimana   pula   dengan  perasaan  pembayar  cukai.    Tidakkah    perlakuan    sedemikian   rupa    telah   benar-benar  mengecewakan mereka?  Jika  peruntukan  beratus  juta  boleh  dilulus  dalam  tempoh  sesingkat  itu  tidak  mustahil  perbelanjaan  sebenar  boleh  berlaku  sepantas  kilat.

Yang  pasti  peristiwa  ini  akan   terakam  didada-dada  Akhbar  besok  harinya  dan  semua  golongan  rakyat  dapat  menatapnya.  Begitulah    juga   kepada    peminat-peminat   Sejarah  seluruh  dunia  dimana  maklumat  serupa  akan  diperolehi   melalui  portal-portal  berita  yang  terkenal.

Sudah   tiba   masanya  bagi  para  pengundi  membuat  penilaian   dan   bersedia    memberi    perhitungan  betul dan  tepat   pada  PRU  ke  13  nanti.   Bukti  yang  macam  mana  lagi  diperlukan  untuk Menolak mereka  daripada  terus   Bersultan  dimata  dan  beraja  dihati.


ROADSHOW PAKATAN YANG DIPERSIA

October 23, 2009

Pilihanraya  Umum  ke Dua belas   memberi  banyak  erti  serta  pengajaran  buat  rakyat  Malaysia.  Secara   khususnya  majoriti  pengundi  memilih  kepada  perubahan.   Kuasa  Memerintah  Barisan  Nasional  diParlimen  dikurangkan dibawah  2/3   manakala     Pakatan  Rakyat  diberikan  mandat  memerintah  beberapa  buah  Negeri   termasuklah  Negeri  Perak  Darul Ridzuan.

Malang  tidak  berbau,  genap  11  bulan   Pakatan   PAS-DAP-PKR   menerajui  Pentadbiran  Negeri   3    ADUN    berpaling  tadah.     Mereka  mengambil  keputusan  mengubah  selera  lantas    memberikan   majoriti   kepada  BN   bagi   tujuan   merampas  kuasa   diNegeri  Perak.     Pengorbanan   besar  yang  dibuat   oleh   Jamaluddin  dan  Osman   dengan   melepaskan   jawatan    berpengaruh  (EXCO)    adalah   sesuatu   yang   luarbiasa.

Pendokong  serta  penyokong  Pakatan  Rakyat  terus  teguh  dibelakang  pemimpin  bagi   mempejuangkan  hak   yang  telah  dicabul.     Didalam  beberapa   usaha  untuk  mendapatkan  kembali  Kuasa   beberapa  tuntutan  telah  dibawa   keMahkamah.    Rakyat  terus  memberikan  komitmen  dengan  beramai-ramai   hadir  keMahkamah   memberikan  sokongan.  Sampai  kehari  inipun  beberapa  Kes   yang  berkaitan  dengan  Kerajaan  Negeri  Perak  masih   belum  selesai.     Para  penyokong   ketepikan  segala   kepentingan  lain.    Demi  menebus  maruah,   mereka    sentiasa  berada  dibelakang  Pemimpin.    Apa  saja  yang  dianjurkan  oleh  pimpinan   mereka  tidak  akan  mempersoalkannya  malah    terus   setia    dan   bersedia  menurut.    Sewaktu  pemimpin  mereka  tidak  dibenarkan   masuk  keBangunan  SUK  Negeri  mereka  bersama-sama   menikmati  suasana  panas  terik dikawasan  itu.

Pakatan  Rakyat  terus  berusaha  dengan  mengumpul   Tandatangan seluruh  Rakyat  Negeri  Perak    dengan  harapan    pihak-pihak   yang   bertanggungjawab  tidak  memekakkan  telinga  terhadap   harapan   Rakyat  itu.  Aktiviti  ini  diikuti  pula  dengan  beberapa  siri  Roadshow yang  diadakan  dikawasan-kawasan   Dewan  Undangan  Negeri.   Bagaimana  susah  sekalipun   untuk  menganjurkannya  para  pendokong   dan   penyokong    tetap  cekal  menyempurnakan.   Jika  sekiranya  mereka  dikehendaki  melakukan  satu  pusingan  lagi  Roadshow tersebutpun  mereka akan  akur.

Kini  perkhabaran  yang  terbaru  yang  penyokong  dengar  kesemua  ADUN  Pakatan  Rakyat   telah  mengubah  fikiran  dan  menyatakan  akan  tetap  hadir    Persidangan  DUN  pada  28hb. Oktober  nanti.  Mereka  memberikan  alasan  teknikal bahawa  kehadiran  mereka  adalah  atas  jemputan  Sivakumar.   Dalam  pada  itu  ADUN  dari  Pakatan  telah  diperingatkan  supaya  jangan  membuat  kacau  manakala  Sivakumar   pula  telah  diminta  memulangkan  Jubah  Speaker  sebelum  tarikh  tersebut.

Walau  apapun  bunyinya   alasan,     mereka  sebenarnya  telah  membelakangkan  prinsip.    Mereka  akan  hadir  sebagai  satu  barisan  Pembangkang  yang  kuat.    Tidak   secara  langsung   mereka   mengiktiraf   Kerajaan  BN  yang  sebelumnya  begitu  lantang  mereka  katakan  haram.

Pengorbanan  serta  penat  jerih  yang  telah  dilalui  oleh   para  penyokong  dipersia-siakan  begitu  saja.  Selepas  pada  ini  percayalah  para  penyokong   yang  masih  ada   tidak  akan  begitu  mudah    menurut  saja  apa  yang  hendak  para  pemimpin   anjurkan.   Sudah  tentu  mereka  akan  tersedar  dari  lamunan   yang  selama  ini  mereka  telah  membuang  masa  dan  mengabaikan  lain-lain  tanggungjawab.

Saya  menulis  semua  ini  supaya  para  Pemimpin  Pakatan  Rakyat  dapat  berfikir  sejenak.     Apakah  yang  menjadi Priority mereka  sekarang. Bagaimana  mahu  dinilai  pengorbanan  para  pendokong  Parti  yang  telah  sekian  lama  mengharung  derita?      Dalam  Roadshow rakyat  diyakinkan  yang  BN  sedang  memerintah  Perak  secara  haram  itulah  sebabnya  Dewan  Undangan  Negeri  perlu  dibubarkan.   Tetapi  apabila  ADUN-ADUN  dalam  Pakatan  mengubah  keputusan  untuk  turut  hadir  Persidangan  pada  28hb    tidak  pula  ada  sebarang  penjelasan.


SEINDAH DAN SETEGUH “RAINFOREST”

October 21, 2009

Pohon  Hujan  Tropika   atau   Rainforest bukanlah   sekadar   pokok-pokok  besar  yang  tumbuh  didalam  hutan.   Alam  semulajadi  ciptaan  ALLAH Maha  Pencipta  ini  memiliki  khazanah   yang  tidak  ternilai.   Kawasan  bergunong   yang  dipenuhi  tumbuh-tumbuhan  ini   terdapat  juga   Air  Terjun  yang   menjadi  Pembekal  air  kepada    sungai-sungai   yang  kemudiannya  menyalur  kehilir  demi   keperluan  hidup  sejagat.    Didalam  isi  perutnya  juga  terdapat  berbagai    jenis  haiwan.      Mereka   berkumpul,  berusaha,   berkeluarga   dan    menjalani    kehidupan     dengan       aman  sesama  mereka.

Banyak  lagi  penemuan-penemuan  terselindung   dalam    Rainforest.    Butirannya    boleh   kita   perolehi   melalui   Encyclopaedia,   Journal serta  kajian-kajian  tentang  hubung  kaitnya  dengan  kehidupan  manusia  oleh  Pengkaji  Belantara  yang  tersohor.

Cerita   diatas    bolehlah  dianggap  sebagai  satu  cetusan  semata.     Alangkah  baiknya  jika   Idea  ” Rainforest”  ini   dapat  dijadikan   bahan   rujukan   serta   perbandingan  oleh   para  Pemikir   PKR   dalam   Konvensyen    yang   bakal   mereka   adakan.     Semua  kita  mahu  melihat    Pakatan  Rakyat  yang   tidak  berapa    lama  lagi   akan  didaftarkan  sebagai  sebuah   gabungan   Pertubuhan  Politik   benar-benar   boleh   “Stand Tall” dikalangan  Parti-Parti  lain  dalam  negara.

Untuk   mentadbir  sesebuah  negara  kita  tidak  hanya  mahu  dilihat besar  dan  hebat.    Pengisian  dalamannya  perlu  kental  dan  berdaya  tahan.  Kita  boleh  saja   menubuhkannya   seperti  membina  sebuah  Rumah  Banglo  yang  tersergam.  Dari  luar   ianya  dilihat   “solid”  tetapi    yang  berada  didalamnya  dipisah  melalui  pemberian    masing-masing  bilik.    Penghuni  setiap  bilik   boleh  berbuat  apa  saja  mengikut   budaya  mereka  sendiri.    Sebarang  masaalah   yang  timbul   dikalangan  penghuni  bilik  berkenaan  hanya  boleh  diselesaikan  oleh   mereka  sendiri  walaupun  ianya   boleh  memberi  akibat  buruk  kepada  penghuni  lain.     Mereka  yang  berada  dibilik-bilik   lain   sama  sekali  tidak  dibenar    masuk  campur.   Walaupun  demikian  mereka   tetap   tidak  mahu  dilabel   sebagai   marriage   of  convenience.

Jika  Pakatan  Rakyat      akhirnya     berjaya   membentuk   satu  persetujuan  mirip    Banglo tersebut   maka  tidak  dapat  tiada    mereka  akan  tetap  dikatakan  meniru   dan   bersedialah   menanggung  akibat  yang  serupa.    Pakatan  sedemikian  telah  lama  ujud  disini.  Walaupun  ada  berbagai  masaalah    pada  setiap  bilik    dalam   Banglo  Mewah  tersebut   tetapi     diluar  mereka  masih  mampu   mempamerkan  yang  baik-baik  saja.  Jika  ia  boleh  diibaratkan  sebagai  Bom  Jangka,   saat-saat  untuknya  meletup  adalah  anytime.

Pakatan  Rakyat  perlu  mengelak   daripada  terjadi  sedemikian  rupa.  Jika  satu-satu  formula yang  berkesan  masih  belum  diketemui  kita  tidak  perlu  terburu-buru  untuk  merealisasikannya.      Didalam   beberapa   keadaan  “persefahaman”  yang  sedang  kita  nikmati  ini  jauh  lebih  baik  daripada  mereka  yang  telah  seasoned itu.

Akhir  sekali,  apa  sahaja  keputusan  atau  ketetapan  yang  kita  buat  dihari  ini   akan   diwarisi  oleh  generasi-generasi  kita   disuatu  masa  nanti.   Kita  perlu  menyediakan    bekalan  yang   sempurna   lagi   tepat    supaya   tidak   ada  sesiapapun  dikalangan  kita  yang   akan   merasa  kecewa.


PERUBAHAN ITU SATU KEHENDAK

October 18, 2009

Dalam  kehidupan  ini  tidak  ada  sesiapa   (makhluk)   yang  dapat  menyekat  perubahan.  Jika  kita  tidak  mahu  berubah, tunggulah  saat  dan  ketikanya  yang  kita  akan  diubah.  Seorang  bayi  yang  dilahirkan  oleh  ibunya  akan  segera  mengalami  perubahan  dari  hari   pertama.  Malah  setiap  detik  dapat  kita  perhatikan  yang  perubahan  berlaku  keatasnya.  Daripada  menangis  ta`  tentu  pasal  kepada  senyum  ta`  kira  masa.    Daripada  terlentang  kepada  meniarap,  merangkak,  berdiri  dan  seterusnya  berjalan.

Dengan  yang  demikian  apa  yang  UMNO  lakukan  baru-baru  ini  bukanlah  satu  perkara   yang  sangat   hebat.     Apabila  keahlian  telah  meningkat  keangka  jutaan ta`kan  untuk  membuat  satu-satu  keputusan  masih  lagi  ditangan  seorang  dua  pemimpin  sahaja.    Tidak   sepatutnya   setelah  keahlian  mencecah  ke  3.4 juta  baru  disedari    peraturan  yang  sedia  ada  sudah lapok . Baru  mahu  membuka  ruang  supaya   setiap  ahli  menentukan  halatuju  parti  seterusnya.  Cakap-cakap  kedai  kopi nya    apabila  rakyat  buat  kejutan  pada  PRU  12  baru    ternampak   ada kepincangan.

Tulisan  kali  ini  bukan  bertujuan  memperlekeh  sesiapa.  Updating kehendak-kehendak   berpesatuan   adalah  satu  keperluan.  Setiap  peraturan  perlu  mengikut  peredaran  masa.    Kepada  lain-lain  yang   sealiran  yang   teruja dengan  apa  yang  hendak  UMNO  buat  ini  boleh  saja  mencontohinya.  Tidak  perlu  kepada  khidmat  Gendang Raya.

Saya  sangat  bersetuju  dengan  ulasan  dari  pimpinan  Parti  PAS yang  mengatakan  perubahan  yang  hendak  dilakukan  oleh  UMNO  itu    tidak   sedikitpun  merisaukan  mereka.    Perubahan  sebenar  yang  dituntut  adalah  dari  dalam. Ada   kelengkapan   sekuat  kereta kebal sekalipun  tidak  akan  berguna  selagi  jiwa  tidak   ikhlas.     Lihat  sahaja  apa  yang  telah  terjadi  diNegeri  Perak.     Hak  rakyat  memilih  Penguasa  telah  dicabul.   Tidak  bersedia  akur  kepada  kehendak  rakyat  lantas   lain  jalan  dicari.

Melakukan  perubahan-perubahan  diatas  kertas  tidak  akan  membawa  kita  kemana-mana.      Kerja  tindas  menindas   yang  selama  ini   telah  menjadi  amalan  ta`  kan  boleh  hapus  semudah pinda  perlembagaan. Memikirkan  akan  kebenarannya  kata-kata  ini  teringat  saya  kepada  perumpamaan  Inggeris  yang  berbunyi   Old  Habits  Die  Hard.     Saya     tidaklah   juga    hendak    memperkecilkan  usaha-usaha  UMNO  untuk  berubah.    Yang  saya  tidak  percaya  ianya  tidak   boleh   berlaku  secepat   kehadiran  PRU  ke  13.  Kita  lakukanlah  perubahan-perubahan  yang  sepatutnya  dan   yang  selebihnya  serahkan   kepada  Allah  Yang  Maha  Berkuasa.


JANGAN TERIKUT RENTAK

October 15, 2009

UMNO  sedang  bersidang  diPWTC.    Presidennya  sedang  menyampaikan  Ucapan  Dasar.   Saya  tidak  perlu  tertonggok  didepan  TV  kerana   dalam     masa  yang  singkat  saja    butiran   yang   diluah  oleh   Presiden   Najib  akan  diulas  oleh  Media  Massa   dan  mahu  ta`  mahu  kita  akan  dengar  juga   apa  yang  beliau  katakan.    Lagipun  kita  sudah  boleh  agak   apa  yang  dia  nak   kata.   Kemenangan  besar  diBagan  Pinang  tentulah    salah  satunya  yang  membingit  dewan.

Sewaktu  menyusuri  beberapa  Blog  pagi  ini  saya  terlintas  kepada   satu   Artikel  oleh  Harakahdaily  perihal   AMK  Parti  Keadilan  Rakyat  meminta  Kerajaan  menubuhkan  Badan  Penyiasat   supaya   semua  perolehan   yang   dimiliki  oleh  KJ   disiasat.   Sama  ada  beliau  mendapat  habuan  dalam    projek  besar   (skandal)   PKFZ   dan    yang    menyebabkan  kontraktor-kontraktor  lain  tidak   berpeluang,   pengumpulan   harta  diluar  negara  dan  sebagainya.

Saya  percaya   suara  ini  timbul  kerana  baru-baru  ini  KJ  mahukan   tuduhan   pemilikan  RM  3  billion  Anwar  disiasat   kembali.   Dengan  kata  lain  “membuka  failnya  semula”.     Bagi   saya   ini  semua   bersangkut  dengan  “polical  mileage”  orang-orang  tertentu.  Pihak  berkuasa  tidak  mungkin  mahu  memandang  berat  keatas  desakan  AMK  ini.

Daripada  membuang  masa  mendesak  itu  dan  ini  adalah  lebih  baik    Pimpinan  AMK  menumpukan   sepenuh   perhatian  dan  mengembeling  seluruh  tenaga  yang  ada  bagi  menyusun  perancangan  dan  strategi  bagaimana  hendak  menawan  Sarawak  dalam  Pilihanraya  Negeri   yang   boleh  berlaku  pada  bila-bila  masa  sahaja  dari  sekarang.

Kita  sepatutnya  faham  memang  BN  mahukan  kita   melayan  perkara-perkara  tersebut  kerana  apabila  kita  asyik   mendesak    kita   akan    lupa  kepada   perjuangan  sebenar   dan    kehendak    rakyat   yang  menyokong Parti  kita.

Saya  tidak    setuju  tenaga   muda  berdinamik  yang  kita  miliki  tidak   dimanafaat  sepatutnya.   Mendesak  supaya    tindakan   dikenakan   kepada  orang-orang  yang  sedang  berkuasa  tidak  akan  mendatangkan    sebarang  hasil.   Kita  akan  lebih  dilihat  seperti  anjing menyalak bukit saja.

Parti  Keadilan  Rakyat   adalah  sebuah  Parti  Politik   yang  sedang  mendapat  kepercayaan  sebilangan  besar  rakyat  negara  ini.  Kita   perlu  kepada  sokongan  rakyat  yang  berterusan  supaya  cita-cita    untuk  membawa  Perubahan akan  terlaksana.

Jangan  kita  membuang  masa  lagi.   Biarkan  mereka    membina  kekayaan  dan  terlupa  kepada  tanggungan.  Yang  paling  penting  jangan  terikut-ikut  kepada  rentak  tari  mereka.


TEPOK DADA TANYA SELERA

October 2, 2009

Tepok  Dada  Tanya  Selera  adalah  perpatah  lama  yang  memberi  maksud  membuat  sesuatu  pekerjaan  mengikut  kehendak  diri  tanpa  dipengaruhi       oleh  sesiapapun.

UMNO  tidak  boleh  mendabik  dada  mengatakan  yang  Isa  Samad  dicalunkan  atas  kehendak  pengundi  sedangkan  kita  semua  maklum   ianya  dari  awal  lagi  telah  diputuskan  oleh  Jawatankuasa  Bahagian  Telok  Kemang  dimana  Isa  Samad  adalah  ketuanya.    Lanjutan  daripada  itu  hanya    satu  nama  dihantar  kePusat.      Supaya   ianya   tidak    dilihat  sebagai   “rubber  stamp”     maka   pihak  Bahagian  didesak  supaya  mengemukakan  sekurang-kurangnya  tiga    ( 3 )  nama.   Akhirnya  melalui  media  massa  diberitakan  yang  UMNO  Pusat  sudah  menerima  senarai  baru  yang  mengandungi  lebih  dari  satu  nama.  Berdasarkan  kronologi  Bahagian-Perhubungan-Pusat  tersebut  dimanakah    logiknya   pencalunan  Isa  Samad  dikatakan   atas  kehendak  pengundi.

Sememangnya  saya  tidak  bersetuju  dengan  Dr.  M  dalam  banyak  hal  tetapi  pendirian  beliau  dalam  perkara  pemilihan  calun  UMNO  diBagan  Pinang  ini  sangat-sangat  saya  hurmati.     Matlamat  sebenar  adalah  mahu  menjaga  kebajikan  rakyat  semata.    Jika  tugas  sekecil  mengendalikan  DUN  pun  misti  dari  kalangan   pemimpin  yang  memiliki  pengalaman  yang  luas   seperti  pernah  menjadi  Ketua  Kerajaan  selama  22 tahun  maka   bagi   pemimpin  yang   ada   pengalaman  “kerja-kerja   kampong”   sahaja  sampai  bilapun  tidak  akan  layak  dicalunkan.

Mengimbas  kembali  suasana  diPilihanraya  Kecil  Ijok   satu  ketika  dulu  yang  mana  Kerusi  Dewan  Undangan  Negeri  tersebut  dimenangi  oleh  Calun  Barisan  Nasional  dari  Parti  MIC.    Didalam  salah  satu  kempen,  Pemimpin  BN  membayangkan  betapa  susahnya  masyarakat  diIjok  hendak  berurusan  dan  macam mana  nak  “address”  kepada  seseorang  yang  bergelar  Tan  Sri  yang  juga  memiliki  berbagai  Gelaran   lagi.   Para  pengundi  diIjok   pada   Pilihanraya  Kecil  tersebut  terus  bersetuju  dengan  saranan  tersebut  dan  mereka  menolak  Tan  Sri  Khalid  Ibrahim  dari  PKR.

Kini  diBagan  Pinang  seorang  lagi  Tan  Sri  masuk bertanding.   Oleh  sebab  Tan  Sri    ini   datangnya   dari   UMNO    maka  sudah  pasti   tidak    timbul  langsung    masaalah     jurang   berkomunikasi      atau   dalam  bahasa  orang  sekarang    “communication  gap”.

Diberitakan juga  akan  ada  sekurang-kurangnya  seorang  Calun  Bebas  mahu  memeriahkan    “Pesta  Pantai”  kali  ini.   Bagi  Calun  Bebas  ini  jika   beliau   mampu   meraih   1000  undi  dari  Pengundi  Pos   beliau   bolehlah   dianggap    “Sudah  Menang”

Didalam  apapun   keadaannya    hanya    para  pengundi   yang  berdaftar  diBagan  Pinang   sahaja   yang  berhak   menentukan     apa  yang    mereka  kehendaki.     Berapa   banyakpun   hidangan   yang   disediakan   ia    masih   lagi   bergantung   kepada    “Selera”    mereka.       Mereka   juga     mungkin   mahu    menutup  kalendar  2009  ini   dengan  satu  kejutan.  Siapa tahu?


BILA MALAYSIA BOLEH, LEMBU LAGI BOLEH

September 30, 2009

Kebanyakan   muka  hadapan  Akhbar-Akhbar   Harian  pada  29  September  2009   melaporkan   Sekumpulan  ternakan  melakukan    “Lawatan  Muhibbah”  keBangunan  Pejabat  Setiausaha  Kerajaan  Negeri  diShah  Alam.   Lawatan   tersebut  dilihat   begitu  terancang.    Sejumlah  40  ternakan  yang  terdiri   daripada  Lembu,  Susu  Lembu,  Kerbau  dan  Kambing  berarak  sopan  dan     dilihat  menunggu  penuh  sabar  dihalaman.      Dilihat  pada  keadaan  kelamkabut   tersebut  besar  kemungkinan  Rombongan  ini   tidak  membuat  Temujanji   (Appointment)   terlebih  dahulu.     Tetapi   bila  difikirkan  balik   bukankah   setiap  Pejabat   Kerajaan   itu    terbuka   kepada  semua  pada   hari   dan   waktu   bekerja.

Persoalan  yang  timbul  dibenak  saya   bagaimana   Lembu-Kerbau-Kambing  tersebut   mendapat    ilham   yang  begitu    “genius”   ini.   Yang  dapat   saya    fikirkan  mungkinlah   kerana   mereka    kerap   sangat    menonton    “Iklan  Hariraya”   oleh   Petronas  yang  ditayangkan  diTV.

Dalam  hal  ini  saya  hanya  mahu  memikirkan  yang  positif  sahaja.    Terdapat  dua  perkara  penting  yang  hendak   dicapai  oleh  Lembu-Kerbau-Kambing  tersebut.   Yang  pertama,   mereka   sendiri   mahu  menyelesaikan  semua  masaalah  yang   sedang  mereka  hadapi.   Mereka  sudah  cukup  kecewa  berurusan  dengan  orang-orang  tengah.   Mengikut  pengalaman  yang  lepas-lepas  orang-orang  yang  mereka  harapkan  selalunya  tersasar.  Mereka  yang  diharapkan  memohon  “Padang  Ragut”  bagipihak  ternakan  sebaliknya  mengemukakan  permohonan  “Compartment  Balak”.   Haiwan  ternakan  dibiar  menghitung  hari.

Seterusnya   makhluk  haiwan  tadi  mahu  menatap  wajah-wajah  pemimpin  Pakatan  yang  bertugas  diPejabat  Besar  itu.    Selama  ini  suara-suara  pemimpin  tersebut  hanya  dapat  mereka  dengar  dicelah-celah  ribuan  hadirin  yang  mendengar  ceramah  dikawasan-kawasan  lapang  sahaja.  Mereka  sangat   faham   yang   pemimpin-pemimpin  tersebut  masih  baru  dengan  mandat  yang  diberikan.    Jadi   apalah  salahnya  kita  (masyarakat  haiwan)  pergi  melakukan  “lawatan  hurmat”  dulu.    Lagipun  mereka  (lembu-kerbau-kambing)  nak  malu  apa?  bukannya  mereka  ta`  ada  kepala.    Besok-besok   apabila    keadaan  telah  betul-betul  stabil  sudah  tentulah    pemimpin-pemimpin  tersebut   akan   turun  padang   juga   untuk  menyelesaikan  sebarang  masaalah  yang  timbul.

Slogan  “Malaysia  Boleh”  sepatutnya  menjadi  cabaran   supaya  kita menjejaki  pencipta-pencipta  terkemuka  didunia  dalam   aspek   sains  dan  teknologi.   Melakukan  “turn over”    atau  merakyatkan  lembu-kerbau-kambing  adalah  satu   pekerjaan  yang  sia-sia.