KEPUTUSAN BERTANDING DI PENGKALAN KUBOR ADALAH TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS

September 18, 2014

Parti PAS adalah sama dengan Parti UMNO. Sudah terlalu tua dan beransur hilang upaya. Itu adalah satu kenyataan. Walau bagaimanpun pada PRK Pengkalan Kubor 25hb Sept. nanti Parti UMNO dilihat begitu cerah dapat mempertahankan kerusi tersebut menurut suatu analisis mudah. Pengkalan Kubor adalah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Tumpat. Tiga lagi DUN iaitu Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu dimenangi oleh PAS pada PRU 13 yang baru berlalu. Disamping itu Parlimen Tumpat (P19) juga dimenangi oleh PAS.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor pada PRU 13 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat tetapi tewas kepada BN. Persoalannya dimana letaknya PAKATAN apabila PAS tidak percaya kepada rakannya PKR bertanding disitu? PAS boleh membantu PKR lebih berkesan untuk memenangi kerusi P. Kubor dalam PRK ini. Malangnya PAS mengambil pendekatan yang hanya Partinya sahaja yang boleh merampas kerusi tersebut daripada UMNO. Jawapan yang tepat kepada tindakan PAS tersebut tidak lain daripada perasaan tamak yang begitu memuncak.

Jika benar prinsipnya PAS membuat keputusan bertanding disitu atas sebab Partinya lebih dipercayai rakyat, mengapa kerusi-kerusi diNegeri lain yang PAS tidak berjaya menang pada PRU 12 masih lagi bertanding pada PRU 13? Mengapa lain pula formulanya ditempat-tempat lain.

Kini rakyat sudah dapat mengenali ” the true colour of PAS ” dan pada PRU 14 nanti jangan ada yang terkejut apabila rakyat meminggirkan PAS.


Parti PAS Konsisten Disetiap Masa

April 1, 2009

PILIHANRAYA   KECIL  P.059  BUKIT  GANTANG

Penduduk  kawasan Parlimen  Bukit  Gantang   sekali  lagi  diuji    Allah  yang  Maha  Berkuasa.     Memang  benar  Allah  telahpun   menerima   Doa  dan  Permohonan    kita  dengan   memberikan   kemenangan  pada   Pilahanraya Umum ke 12   dan   sekaligus   merestukan   Parti-Parti  yang  bersepakat  (PAS,DAP & PKR)  menubuhkan   sebuah  kerajaan    yang  menjanjikan   kesejahteraan  dan   kemakmuran  diNegeri  Perak.

Kerajaan  Pakatan  Rakyat   tidak  menunggu  lama   mengubah   lanskap   politik  dari   kerajaan  yang  setiap  urusannya   bertemakan  “UMNO First”  kepada   memberikan  tumpuan  kepada   golongan   masyarakat  yang  sekian  lama  tertindas.   Siapa  saja  rakyat  Negeri  Perak   boleh  datang  kepejabat  Menteri  Besar  mengemukakan   sebarang   permohonan  tanpa   bertanya   orang  itu   dari  Parti  mana.   Memang  terbayang  keceriaan  rakyat  yang  datang  berurusan  dengan  pemimpin  Pakatan  Rakyat.  Mereka  tidak  perlu  lagi  terlebih  dahulu  pergi  melalaui  Ketua  Cawangan, Ketua  Bahagian  atau   melalui  orang-orang  Wakil  Rakyat.

Hasrat  Kerajaan  Pakatan  Rakyat   terus  mencurah  bakti  kepada  kesejahteraan  rakyat  dan  memakmurkan  negeri  disekat  melalui  satu  rampasan  yang  cukup  licik.  Perkara  tersebut  boleh  berlaku   kerana   ada  manusia  tamak  dikalangan  kita  yang  sanggup  korbankan  kepentingan  rakyat  demi   mengejar  kemewahan  diri.

Bagi  saya  kekosongan  kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang   disebabkan  kembalinya  Ustaz  Roslan Shahrom  kerahmatullah  adalah   sesuatu  yang  Allah   rancangkan

Kita  tidak  perlu  berpatah  balik  kezaman  yang  menjanjikan  kegelapan.    Kawasan  Bukit  Gantang  perlu  dikekal  oleh  Parti  PAS,  tambahan  kali  ini   PAS  telah   menawarkan  seorang   Tokoh   yang    Berhemah  dan  terbukti   bersedia  mengharungi   perit  getir  bersama-sama  dengan  rakyat.

Apabila  kita   memilih  untuk  terus  kekal   dengan  perubahan  yang  telah  Allah  kurniakan  bermulanya  PRU  12  tempoh  hari  maka  percayalah   Allah  akan  permudahkan  kerja-kerja  kita  yang  lain.  Ini  bererti   tidak  ada  susah   atau  halangan  bagi  Allah   untuk  mengembalikan   kuasa  memerintah  Negeri  Perak  kepada  Pakatan  Rakyat.

Pandangan  ini  saya  tujukan  kepada   para  pengundi  muda.  Sebagai   orang Islam,  kita   bersaudara  dan  telah  menjadi   tanggungjawab  saya  membimbing  generasi   yang  akan  menjadi  pewaris.   Kepada  yang  berada  diperantauan,   peluang  keemasan  ini  hanya  datang  sekali.


PILIHLAH AKU

March 7, 2009

PILIHLAH   AKU   adalah  tajuk   lagu   yang     dirakam    Lartiff  Ibrahim   disekitar    tahun-tahun   lapan pulohan ( 1980s).    Lirik  lagu  ini  sarat  dengan  janji.     Antara  lirik  yang  menyentuh   hati  ialah  seperti  berikut :

…” Andainya  aku jadi  temanmu…akan ku hibur hidupmu”

… “Andainya  aku   jadi  kasihmu…akan   ku   setia   selalu”

Apabila  kita  terjemahkan    untuk  bersesuaian  dengan  pelaku-pelaku  politik  lihat  saja  semasa  kempen-kempen  pilihanraya.   Bagi   sebuah  parti  yang   berhasrat     merampas    kekuasaan   disatu-satu  kawasan  mereka  sanggup  berjanji  apa  saja.      Bagi  orang-orang  yang  tidak  pandai  membaca  “body  language”  mereka  pasti  percaya  bulat-bulat  apa  yang  dijanjikan.

Masa  sudah  berlalu.    Para  pak  turut  sudah  kian  pupus.  Peti-peti  undi  kini  dikuasai  oleh  Saluran  Tiga  kebawah.  Kamu  janjilah   hendak  bawa   bulan  turun  keriba  –  mereka  (pengundi)  tidak  akan  percaya.  Mereka  sudah  cukup  kenal  pemimpin  “panas  tahi  ayam”.  Mereka  tidak   akan  tertipu  lagi   jika  pemimpin  seperti  Osman, Jamal,  Nasa  dan  Hee  ditonjolkan  jadi  calun.  Dalam  hati  kecil  mereka  Osman,Jamal,Nasa,Hee  masih  berhutang.  Tinggalkan  kerusi-kerusi  itu  dan  anggaplah  hutang  sudah  selesai.

Mereka    sudah   zahirkan   semasa  PRU  12  tempoh  hari.  Dan  pada  Pilihanraya  Kecil  Bukit  Gantang/Bukit  Selambau  nanti    mereka  sudah  bulat  hati  dan    akan  tunjukkan  dengan  lebih  jelas  bagaimana  mereka  menolak  calun-calun  dari  parti  yang  rakus    dan korup.  Beratus-ratus  aduan  rasuah  politik  yang  ahli  kemukakan  hanya  dikumpul   untuk    dijadikan   bantal  peluk  saja.

Pesanan  khas  kepada  parti  yang  mahu  mempertahan  kerusi-kerusi  yang  telah  kosong  ini  ialah  satu  saja.  Letakkan  calun   yang  moderate,  terbukti    mudah  didekati  dan  berjanji   dilingkungan  yang  berupaya  sahaja.  InsyaAllah  kita  akan  berjaya.


Apakah Aku Puncanya

February 6, 2009

Apakah  aku,  setelah  diamanahkan  hanya mahu  melayan  puak-puakku saja.

Apakah  aku,  setelah  ditunjuk  sebagai  pemudahcara  bagi  pemerintah hanya  membenarkan  orang-orang   yang  aku  suka  saja  boleh  bertemu  pemerintah.

Apakah  aku,  setelah  dilantik  mentadbir  Kawasan  hanya  memileh  koncu-koncuku  sebagai  jemaah  pentadbiran.

Apakah  aku,   demi  menjaga  kepentingan  masa  depanku  akan  hanya  membuat  agihan  dikalangan  orang-orang  yang  mahu  menyokong  muslihatku.

Saudaraku,    Jawablah  soalan-soalan  diatas  dengan  penuh  keikhlasan.  Insaf  dan  kembalikan  hak-hak    orang-orang  yang  berhak  yang  saudara  telah  terambil.

Ingatlah  perjuangan  ini  akan  kita  wariskan  kepada  anak  cucu  kita.  Untuk  diri  kita  apa  yang  masih  kita  terkilan.

Kemana  hendak  dipandu  selepas  ini  –  kuncinya  ditangan  saudara.