POLEMIK PILIHANRAYA KERAJAAN TEMPATAN

December 20, 2023

Terlalu banyak diperkatakan tentang pro dan kon perihal pentadbiran Majlis-Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Majlis-Majlis Daerah dalam negara Malaysia ini. Ada pihak yang merasakan sudah sampai masanya Pilihanraya bagi memileh Wakil-Wakil dalam satu-satu kawasan Pihak Berkuasa Tempatan ini diadakan semula. Ada juga suara-suara yang bimbang ianya nanti akan dikuasai oleh satu kaum sahaja diBandar-Bandar besar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.

Malaysia sudah ujud lebih 60 tahun. Jika cara yang diamalkan sekarang dengan membenarkan parti politik tertentu menentukan sendiri dikalangan mereka sahaja menjadi Wakil dalam Kerajaan Tempatan sampai bilapun tidak akan ada sebarang perubahan kearah mempertingkat kualiti pimpinan dalam menentukan kawasan-kawasan Bandar kita bergerak seiringi dengan Bandar-Bandar moden didunia. Pemilihan perwakilan dari kalangan ahli-ahli politik pada kebiasaannya tidak mengira latarbelakang kelayakan akademik. Yang dipentingkan orang itu adalah penyokong kuat dan bersedia berkhidmt mengikut kehendak Partinya.

Bandar-Bandar besar dalam negara ini perlu maju seiring Bandar-Bandar lain dalam negara-negra jiran dan negara-negara lain yang terbukti boleh maju dan berjaya jika ditadbir oleh orang-orang yang mempunyai kelayakan tertentu bagi memajukan Majlis-Majlis yang mereka wakili. Sampai bila amalan “spoon feeding” hendak diwarisi. Fikir-fikirkan lah.

Jika pemilihan Wakil dalam Kerajaan Tempatan ini dapat dilakukan seberapa segera yang mungkin, besar kemungkinan negara Malaysia akan dapat bersaing dengan negara-negara lain dalam membangunkan infrastruktur dan menyediakan kemudahan-kemudahan kepada rakyat atau lebih tepat pembayar cukai. Percayalah tidak akan ada lagi sisih-menyisih dikalangan “stake holder” jika amalan demokrasi sebenar yang kita amalkan.Sekian.


ORANG ASLI AKAN CIPTA SEJARAH

January 21, 2019

Sebentar tadi tulisan bertajuk “Masyarakat Orang Asli Sudah Tidak Menoleh Kebelakang” saya ulang siar. Tujuannya adalah untuk memperkuatkan hujah dimana Orang Asli mahu mencipta sejarah mereka sendiri di Cameron Highlands pada 26 Januari 2019.

Malaysia sudah Merdeka, Malaysia sudah Maju dan Malaysia sudah moden. Namun masaalah yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli masih berterusan. Setiap satu kejayaan perlu kepada suatu permulaan. Inilah masanya iaitu di Pilihanraya Kecil Cameron Highlands episod-episod sedih Masyarakat Orang Asli dapat dipulihkan. Sebuah Parti yang bertanding dalam PRK tersebut telah mencalunkan anak tempatan dari kalangan Orang Asli sendiri untuk dipilih sebagai Ahli Parlimen baru Cameron Highlands. Masyarakat Orang Asli tidak sepatutnya melepaskan peluang keemasan ini demi masa depan mereka. Ramli Mohd Nor Calun Barisan Nasional bukan semata-mata kerana beliau Orang Asli. Beliau berpelajaran tinggi dan pernah menjadi Pegawai Kanan PDRM. Beliau pasti mampu merealisasikan segala impian masyarakat Orang Asli dalam negara ini. Disamping itu beliau boleh mencipta sejarah bagi pihak Orang Asli di Dewan Rakyat melalui pilihan rakyat sendiri.


INDAH KHABAR DARI RUPA

October 16, 2017

Tanya siapapun jawapannya tetap sama – pilihanraya umum ke 14 sudah teramat hampir. Akan tetapi bila bercakap tentang persediaan menghadapinya tidaklah semudah itu untuk mendapat jawapan. Meninjau dari satu kem ke suatu kem yang bercita-cita mahu memerintah negara sangat jelas dipihak yang mahu memberikan harapan tidak serius mahu mengetahui apa yang dikehendaki oleh para pengundi.

Ditinjau kepada apa yang dilakukan oleh PKR khususnya di Negeri Perak. Disaat-saat semua kepala sudah tertumpu ke Peti Undi ada pihak yang baru diperingkat mahu memperkenalkan diri. Disetiap kawasan yang mereka akan meletakan calun tertegaklah khemah-khemah bertujuan mengumpul orangramai untuk mendengar celoteh mereka. Malangnya setelah dilihat dalam gambar-gambar yang mereka postkan dalam FB ternyata pemimpin mereka sendiri yang memenuhkan sebahagian besar khemah tersebut.

Pemimpin-pemimpin tersebut hanya mahu memalukan ahli parti mereka sahaja. Itupun jika masih ramai yang mengaku ahli. Difahamkan dalam majlis tersebut penduduk kampong akan diberikan oleh-oleh. Bagus sebenarnya perbuatan ini. Ketiadaannya mungkin sukar mendapat sambutan.

Sedikit pandangan kepada puak ini. Keperluan hidup di kampong jauh lebih penting daripada sekampit beras yang dihulurkan. Patutkah diberikan sokongan kepada puak ini dan menolak pihak yang sudah begitu lama berbakti dengan kita. Jangan kecewakan generasi masa depan kita dibumi yang indah ini. Kalau dulu mereka bersama rakyat memperjuangkan nasib anak bangsa dalam Pakatan Rakyat. Kini mereka membentuk pakatan sendiri yang kononnya mereka itu boleh diharapkan. Sekian secebis pandangan penulis, selebihnya tepuklah dada.


KUASA : DIMANA ANDA SEKARANG?

May 1, 2013

Ramai  yang bertanya  dimanakah duduknya “Kuasa”   itu sekarang.  Akan  tetapi  tiada siapa yang mampu menjawabnya.   Yang pasti   Lima  Mei (05.05.2013)  baru  anda  akan  muncul.  Setelah mengikuti beberapa pilihanraya sebelum ini  saya dapati tidaklah susah sangat meramalkan siapa yang  bakal  memperoleh  Kuasa  pada  pilihanraya-pilihanraya  tersebut. PRU ke 13 ini  benar-benar meruncing  sampaikan  ada yang menyebutnya sebagai Ibu kepada segala Pilihanraya.  Hari  ini  cuti  umum  (sempena  hari  pekerja)  dan  tempoh  berkempen  hanya  ada  tiga  (  3  )  hari  saja  lagi. 

Sebagai  seorang  penganalis bebas  saya  cuba  memberikan  clue   diselekoh  mana  Kuasa  itu  sedang  berada.  Jumlah  pengundi berdaftar  ialah  13,268,002.  Daripada  jumlah tersebut lebih  1/2 Juta  merupakan  pengundi-pengundi  khas  iaitu 272,387 Pengundi Awal,  234,905 Petugas SPR  dan 2,954 Pengundi Pos.  Lazimnya  pengundi khas  ini  akan  mengikut arus. Kurang  lebih  setakat  ini  8%  adalah  pro-establishment. Sumber Angka: Berita Harian 21/04/2013.

Banyak diperkatakan yang pengundi  kaum Cina sudah   total  dibelakang Pakatan Rakyat.  Berdasarkan andaian ini Pakatan Rakyat akan dapat Alor Star dan Sungai Petani di Negeri Kedah.  Bagan,  Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong ,  Jelutong,  Bukit Glugor, Bayan Baru  di Pulau Pinang.  Di Negeri Perak  pula  ialah  Taiping,  Sungai Siput, Ipoh Timur, Ipoh Barat,  Batu Gajah,  Gopeng  dan Teluk Intan. Di Negeri Selangor kerusinya  ialah  Pandan, Serdang,  Puchong,  Kelana Jaya,  PJ Selaretan,  PJ Utara  dan   Klang.  Manakala  di  Negeri  Sembilan  Pakatan Rakyat akan memperolehi  Seremban,  Rasah  dan  Port   Dickson. Di Negeri Melaka  hanya  Kota Melaka.  Negeri  Johor pula terdiridaripada  Segamat,  Labis, Bakri,  Kluang,  Gelang Patah  dan   Kulai.

Di Wilayah Persekutuan, Kepong,  Segambut,  Bukit Bintang,  Seputeh dan  Cheras  memihak  PR.   Dari  Perlis  hingga ke Johor(130 Kerusi)  39 Kerusi  dikawasan majoriti pengundi Cina  ini dijangka pergi kepada Pakatan Rakyat.  Bagi  Negeri-Negeri  Pantai  Timur (Pahang, Terengganu  dan  Kelantan)  saya  menjangkakan  50-50.  Secara  kasar  18  Kerusi akan pergi kepada Pakatan Rakyat.  Dengan  yang  demikian  di Semenanjung  Pakatan Rakyat besar kemungkinan mendapat  57 Kerusi.  Jika  diandaikan  di Sabah dan Sarawak  PR  mendapat separuh  (daripada 56 Kerusi)   ini bererti  mereka kekurangan 27 Kerusi untuk membentuk Kerajaan secara simple majority. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk  diperolehi. Keinginan rakyat mahu melihat Negara ditadbir dengan lebih berkesan amatlah  ketara.

Didalam  sentiment  yang  mahukan  perubahan  setelah  lebih 55 tahun  Negara  kita  Merdeka,  tarikh  Lima Haribulan Lima (05.05) bakal mencatit sejarah.  Untuk  menjawab  dimanakah  Kuasa itu sedang  berada  saya hanya mampu melaungkan   “On you mark…….Get set………Go “


NAK GLAMOUR BOLEH SAJA … TAPI JANGAN SALAH TEMPAT

August 2, 2012

Saya  sedang  mengikuti  polimik  tentang  sambutan  memperingati  tarikh  Kemerdekaan  negara  kita  bagi  kali  yang  ke 55.  Dipihak  Pemerintah  mereka  merasakan  menamakan  apa  sahaja  tema  setiap  tahun  perayaan  hari  keramat  itu   adalah  hak  mutlak  mereka.    Saya  juga  tidak  membantah  mengenai   prerogative   yang  dimiliki  BN,  Parti   yang  sedang  memerintah.  Akan  tetapi  apapun  alasannya   memberikan   tema  ” Janji Ditepati ”   kepada  hari  kebesaran  negara itu   telah  terlalu  jauh  menyimpang  daripada  maksud  menghayati  erti  kemerdekaan  yang  sebenar.

Adapun  perkataan  yang  bersangkut  dengan  Janji   adalah  merupakan  satu  hutang.  Sebagai  contoh  semasa  mula  memasuki  gerbang   perkahwinan  sepasang  kekasih  itu  akan  bertukar-tukar  janji  untuk  memberikan  keyakinan  yang  setiap  mereka  akan  melakukan  yang  terbaik  terhadap  pasangan.  Begitu  juga  halnya  dengan  urusan  pinjam  meminjam.   Si Peminjam  berjanji  memulangkan  barang  yang  dipinjam  tepat  pada  masanya  dan  berbagai janji-janji  lain  yang  ditabur.

Dalam  hal  tema  hebat  BN  ini  saya  tetap  mengatakan  ia  tidak  kena  pada  tempatnya.  Jika  hendak  dihayati erti  Janji  Ditepati  itu  kita (rakyat)  kena  tahu  apa  yang  dijanji  dan  setakat  mana  janji  tersebut  telah  ditepati. Jadi  bukankah  pihak  (rakyat)  yang  menagih  janji  yang  berhak  mengatakan  Janji  Telah  Ditepati  sekiranya  benar  janji-janji  tersebut  telah ditepati.

Apa  yang  sedang  berlaku  ini  nampaknya sama  seperti  kata kiasan  “Masuk  Bakul  Angkat  Sendiri”.  Kemudian  ambil  kesempatan  disaat  negara  mahu  merayakan/memperingati  detik-detik  Kemerdekaan.    Bagi  saya  jika  temanya  ” 55 Tahun  Bukan  Sekadar  Angka ” pun  ia  sudah  cukup  canteeek.

Jika  saya  ditanya  apa  akan  saya  lakukan  setelah  saya berjaya  melunaskan  sesuatu  janji,  saya  lebih  suka  tidak  diketahui  umum  atau  dalam  bahasa  berseninya  “tangan  kiri  tak  nampakpun  apa  yang  tangan kanan bagi”.

Sekian,  selamat  berpuasa,  selamat  berbuka  dan  kurang  lebih  2  minggu  lagi  selamat  berraya.


RAMAI CEMBURU KERANA KEHEBATAN AMBIGA

May 15, 2012

Dizaman  persekolahan  dulu  saya  pernah  berpeluang  mendengar  hujah-hujah  dari  Lawyer  David  Marshall  pada  suatu  perbicaraan  diKuala  Kangsar.  Saya  sangat  kagum  dengan  cara  David  Marshall  melawan  kes  yang  beliau  bela  sehinggakan  saya  menanam  cita-cita  untuk  menjadi  seorang  Peguam  suatu  hari  nanti.  Cita-cita  itu  masih  subur  dalam  jiwa  saya  dan   tidak  mustahil  suatu  hari  nanti  saya  merupakan  seorang  yang  paling  tua                             “called  to  the   Bar”  kerana  sekarangpun  saya  sudah  65.

Zaman  sudah  berubah  dan  saya  lihat  sudah  ada  Peguam  lain   yang  lebih   hebat.   Beliau        yang    saya  maksudkan  ialah  Dato`  Ambiga  Sreenevasan.   Beliau  pernah  mengetuai     Majlis  Peguam  dan  yang  terakhir  beliau  begitu  sinonim  dengan  perkataan  Bersih.  Tidak     kira   Bersih  2.0   atau   Bersih  3.0   bila  disebut   saja   siapapun    akan       terbayangkan  Ambiga.

Beliau  kini  sudah  lebih  popular  daripada  Artis.  Dengan  yang  demikian  ramailah  yang       hendak  tumpang  popularity  dan  mencari  keuntungan  daripadanya.   Ada  yang  percaya              berniaga  Burger    dihadapan  rumah  Ambiga  akan  dapat  untong  besar.   Begitu  juga              jika  ponggong  kita  mahu  ditonton  oleh  ramai  orang,  pergilah  pamerkan  dihadapan            rumah  Ambiga.

Saya  berharap  Dato`  Ambiga  dapat     terima   semua  itu   sebagai   satu  compliment         terhadap  kehebatannya.   Seperkara  lagi,  saya  ni  tidaklah  sebijak  Merdeka  Centre                   atau  lain-lain  Penganalisa  Politik  tetapi  saya  yakin  dan  percaya   didalam  PRU  ke  13  nanti      Dato`  Ambiga  akan  menang  Kerusi  Parlimen  tidak  kira  dimana  beliau  bertanding.

Akhir  kata,  saya  mahu  melihat  Dato`  Ambiga  terus  dengan  Agenda  Bersih     selagi    perjalanan  Pilihanraya  masih  belum  telus  dan  adil.   Perasaan  cemburu  terhadap  kehebatan     seseorang  itu  bermaksud     Kagum   dan  Bangga.


TARIKH PILIHANRAYA UMUM BUKAN LAGI RAHSIA

February 15, 2012

Penggal  Parlimen  ke Dua  Belas  akan  tamat  pada  April 2013.   Pilihanraya Umum  berikutnya  boleh  diadakan  selepas  ia  berusia  tiga  tahun  ataupun  sampai  cukup  tempoh  lima  tahun untuk   bubar  Parlimen.  Dalam  perkiraan  politik  jika  Parti  yang  memerintah  menunggu  sehingga  cukup  tempoh  baru  hendak  dibubar  Parlimen  itu  bermakna  ia   didalam  keadaan  cukup  lemah  untuk  berdepan  semula  dengan  rakyat.

Walau  bagaimanapun  suasana  semasa  belum  memberi  izin  untuk  diadakan  pada  waktu  terdekat.   Bantuan  RM500  kepada  rakyat  yang  layak  yang  sepatutnya  telah  selesai  pada  pertengahan  Februari,  2012   masih  belum  beres  dan  ini  tidak  termasuk  Rayuan  dari  pihak-pihak  yang  permohonan  ditolak.

Petunjuk  yang  jelas  juga  perlu  dinilai  daripada  Debat   antara  Setia Usaha  Agong (DAP)  dengan  Presiden (MCA)  yang  bakal  dizahirkan  oleh  pihak mereka  pada  hujung  bulan  ini.  Jika  reaksi  daripada  rakyat  menyatakan  bersetuju  kepada  sistem   ” Dua- Parti ”  diujudkan  diMalaysia,  persediaan  menghadapi  PRU  ke  13   tentunya  lebih  sophisticated.  Setidak-tidaknya  janji-janji  nak  bagi  bulan  dan  nak  bagi  bintang  perlu  dikeluarkan  daripada  Agenda  Kempen nanti.   Masa untuk  melakukan  persediaan  kepada  trend  baru  ini  sekurang-kurangnya  tiga  bulan.  Ini  bererti    ia  akan  dapat  dibereskan pada  pertengahan  Mei.

Bagaimana  pula  dengan  demand    Bersih 2.0  tentang  penambahbaikan  sistem  mengundi.  Apakah  Jawatankuasa  yang  dibentuk  berjaya  dalam  misinya  pada  pertengahan  Mei  juga?  Jika  pun  benar  begitu  keputusan  untuk  menerima  cadangan-cadangan  Jawatankuasa  tersebut  perlu  juga  diperhalusi  dahulu  sebelum  boleh  dijadikan  peraturan.  Proses  tersebut  pula  perlu  tempoh  tiga  bulan  lagi.

Bagaimana  pula  dengan  Isu  besar  NFC  RM250 Juta?  Jika  benarlah  cara  memulangkan  balik  wang  Peruntukan  tersebut  tidak  menjadi  satu   kesalahan,   sudah  tentu  pihak  yang  berkenaan  memerlukan  satu  tempoh  yang  bersesuaian  untuk  melangsaikannya.  Dan  proses  ini mungkin  boleh  selesai  sebelum  akhir  tahun.  Tambahan  lagi  jika  ada   ramalan  banjir  pada  Nobember  dan  Disember  nampaknya  PRU  ke  13  akan  hanya  diadakan  setelah  Penggalnya  betul-betul  matang.  Dengan  yang  demikian  tarikh  Pilihanraya  Umum  ke  13  bukan  rahsia  lagi. Nampak  gayanya  Siti  Nurhaliza  sahajalah  yang  boleh  berkata Biarlah Rahsia”.


INI RUPANYA TRANSFORMASI

July 20, 2011

Dewasa  ini  Parti   (BN)  yang  memerintah  bersungguh-sungguh  benar  mahu  melakukan  Transformasi  didalam  pentadbirannya.   Orang  biasa  macam  saya   merasa  kecut  perut  setiap  kali   perkataan   itu  disebut  pimpinan  negara.

Saya  percaya  ini  merupakan  satu  perkara  besar  jika  tidak  masakan  ianya  disebut  oleh   orang-orang  besar.  Tanpa  berlengah  saya  mencapai  Kamus Dwibahasa  lalu  terjumpalah  perkataan  keramat    ” Transformation ”  sebelum  ia  dialih  bahasa   sebagai  transformasi.    Maklumat  mengenainya  didalam  Internet  adalah  seperti  berikut:

“Defination  of  transformation:   a.  The  act  or  instance  of  transforming

    b.  The  state  of  being  transformed

Agak  lama  juga  saya  berfikir  apakah  dia   sebenarnya  transformasi  ini.    Didalam   Rancangan-rancangan  bualbicara  diAstro  AWANI  seperti   Sudut   Pandang,    Agenda     Awani,   Meja  Bulat   dan  sebagainya  kerap  juga  perkataan  Transformasi  terpacul  daripada   mulut   ahli-ahli  panel  yang  menjadi  tetamu  rancangan  tersebut.    Ahli-ahli  panel   terdiri  daripada  orang-orang  hebat   dan  termasuk   para  cendekiawan  yang  terkenal.    Malang  sekali  makin   banyak   saya  menonton   rancangan-rancangan  tersebut   makin  susah  saya  hendak  faham  apakah  bendanya  transformasi  itu.

Semalam  (19.07.2011)  saya  berubah  angin  lalu  meninjau   ke   TV1   dan   tv 2.    Kedua-dua  channel  tersebut  menyiarkan  rancangan  secara  “live” .   TV1  disiar  secara  langsung  musabakah  (penghayatan  surah-surah  al-Qur`an)  peringkat  Antarabangsa  iaitu  acara  tahunan  yang  telah  ujud  sejak  zaman  Tunku  Abdul  Rahman  Perdana  Menteri  Pertama  lagi  manakala  di  TV2  disiar  secara  langsung  juga  satu  Rancangan   Hiburan  Bakat  TV  berkonsep  transformasi.

Saya  tidak  mempertikai  hak  pihak  berkuasa  diRTM  dalam  menerbitkan  rancangan  hiburan  seperti  itu.  Yang  saya  kesalkan  mengapa  ianya  dibuat  serentak  dengan  masa  para  qari  dan  qariah  mengalunkan  ayat-ayat  suci  dari  al-Quran.  Apakah  yang  membuatkan  mereka  begitu  terdesak  sehingga  rancangan  hiburan  sebegini  tidak  boleh  ditangguhkan.  Apa  salahnya  Malam  Kemuncak  Bakat  TV  itu  diadakan  setelah  kita  selesai  mengerjakan  Ibadat  Puasa  dibulan  Ramadan?

Kita  semua  maklum  orang-orang  kita  terlalu  dahagakan  hiburan,  maka  berduyun-duyunlah  mereka  berubah  keTV2.  DiTV1  jika  ianya  disiarkan  juga  “live”  kenegara-negara  peserta  antarabangsa  saya  pasti  ramai  jugalah  orang-orang  Islam  menontonnya.    Para  peminat  hiburan  juga  teruja  untuk  menonton  Bakat  TV  itu  kerana  Pak  Menteri  ada  hadir  sebagai  tetamu  kehurmat.

Pak  Menteri  ataupun  pegawai-pegawainya  diRTM  tidak  perlu  menjawab  teguran  ini.  Saya  percaya  rakyat  gelata  yang   sudah  semakin  cerdik   akan lebih  berminat  untuk  menukar   pemerintah  (Reformasi)   daripada  dikecewakan  oleh  usaha-usaha  seperti  yang  disebut  diatas.


DARI PIRAMID UNTUK Ops MERLIMAU

February 9, 2011

Utusan  Malaysia hari  ini  menyiarkan  berita  dari  JEDDAH  ( 8  Feb )  tentang  ucapan  penghargaan  kepada  Kerajaan  Arab  Saudi  oleh  Pengarah  Majlis  Keselamatan  Negara       Datuk  Mohamed  Tajudeen  Abdul  Wahab   seperti  berikut:    Bagi  menghargai  jasa  baik    Kerajaan  Arab  Saudi  (kali  pertama  mengeluarkan Visa pada hari ketibaan) pihak        Sekretariat  yang  bertanggungjawab  membawa  keluar  para  Pelajar  Malaysia  dari       Mesir  cuba  menamatkan  misi  ini  lebih  awal. Kenyataan  ini  merupakan  satu  ucapan  terima  kasih  yang  priceless dan  cukup  simbolik.

Akan   tetapi  dinegara  ini   semata-mata   terima  kasih   adalah  tidak  mencukupi.      Ada  saja   suara sumbang   yang  mahukan   pihak-pihak   tertentu   seperti   berikrar  menzahirkan   setinggi  penghargaan  kepada  kerajaan.   Obvious lah   suara-suara  itu   adalah dari   orang-orang  yang  kemaruk  kerusi  dan  mereka-mereka  yang    dah  melekat  pada  kerusi.

Bagi  saya  walaupun  tidak  ada   ahli  keluarga   untuk  dihantar   pulang,  saya   tetap  juga   berterima  kasih   kepada     Kerajaan (  of  the  day ) diatas   kecekapan,  kesungguhan  dan  rasa  tanggungjawab   dalam   menyelesaikan   masaalah   keselamatan  dan  kesejahteraan  rakyat  negara  kita.      Tidak     perlulah    dihebahkan    tentang  RM  30 juta   yang   kerajaan  keluarkan   sebagai  perbelanjaan  membereskan   misi  tersebut.   Jika  wang  tersebut  bukannya  dari  kantong  rakyat   kita  tak   kisah   malah  boleh    terus  menerus   diumumkan  pada  setiap  setengah  jam  didalam  Berita  Awani 501.   Secara  peribadi   saya  akan salute penyumbang  30  juta  tersebut.

Kita  dengar  juga  yang  mengatakan  tidak  ada  unsur-unsur  mencari  publisiti  murah  atau  meraih  sokongan.  Yang  nyata  setiap  perjalanan  mesti   ada  mileage.   Pilihanraya  Umum    ke  12   menunjukkan   majoriti  rakyat  mahukan   perubahan   tetapi  ketika   itu   pihak    yang  sepatutnya  menjadi Alternatif  belum  betul-betul   bersedia.   Apakah   mereka  akan  berpatah  balik?   Dengan  kehadiran  third  Force   didalam   PRU  ke  13  nanti,  Pilihanraya   Umum diMalaysia  sudah  pasti  membuka  lambaran  baru.

Memandangkan  rating  BN  kini  pada  tahap  record  high,  pihak  Pakatan  Rakyat  cukuplah   sekadar  memenuhi  kehendak  demokrasi  sahaja.   Tidak  perlu  menghabiskan  peluru  dimedan  sekecil  Merlimau.


MEMANG ADA CILI YANG TIDAK PEDAS

October 30, 2009

DiNegeri  Sembilan  masakan  yang  paling  popular  ialah  Masak  Lemak   Pedas   menggunakan  Cili  Api.   Bagi  membuktikan   kebenaran  perkara  ini  sehingga  ada   satu  tempat  dinamakan  Pedas.  Saya  juga   pernah   berkursus  diSekolah  Latihan  Kesihatan  Rembau  disekitar  awal  1969  dan    saya   memperakukan   yang  masakan  Gulai  Lemak  Cili  Api  ini  memang    “Best”   walaupun  kegemaran  saya  tetap    Gulai Tempoyak.

Bercakap  mengenai  jenis-jenis  Cili  (cabai)   memang  ada  cili   yang   pedas,  kurang  pedas  dan  merah  menyala  tetapi  langsung  ta`  pedas.    Walau  macam  manapun  sekiranya  kita  hendak  mengesahkan  sesuatu   kesalahan  kita  akan  berkata  “Siapa  Makan  Cili  Dialah  Yang  Merasa  Pedasnya”

Saya  hendak  kaitkan  kisah  ini  dengan   apa  yang  diluahkan  oleh  Datuk   Mohamad Aziz  Sri  Gading  diParlimen  semalam.    Melalui  laporan  diAkhbar  dan  juga  ulasan  didalam   Blog Detikdaily dua  Menteri  Kabinet  dimintanya   meletak  jawatan.    Saya  tidak  nampak  cacat  celanya   kedua-dua  watak  tersebut.    Sebagai  Ahli  Jemaah  (Kabinet)   mereka  melakukan  kerja-kerja  yang  dipertanggungjawabkan.   Sebagai  contoh  jika  Ong Tee Keat  tidak  membuat  kerjanya  ta`  mungkin  skandal  PKFZ  kini   “box  office”.   Bagi  Presiden  GERAKAN  pula  beliau  baru  saja  berada  disitu.  Jika  tugasan  yang  perlu  beliau  pikul   sesuatu  yang  mudah  tidak  perlulah  Perdana  Menteri  melantik  seorang  lagi  Menteri  bertanggungjawab  kepada  KPI.

Sebagai  rakan  dalam  BN  pula   Sri  Gading   sepatutnya  mengambil  tahu  akan  kandungan     Perlembagaan  MCA.    Oleh  kerana  keputusan  Undian  hanya  “simple  majority”   maka  jawatan  Presiden  tersebut  tidak  terbatal  secara  otomatis.    Berpandukan  kepada  perkembangan  terkini   usaha-usaha  “berkompromi”  yang  telah  dibuat  antara  Ong  dan  Chua  ini  dilihat  boleh  menjernihkan  kembali  perpaduan  ahli.    Sebagai  Wakil  Rakyat,    Sri  Gading  sepatutnya  menggunakan  masa  yang  diberi  untuk  meluahkan   masaalah  rakyat.   Sebagai  contoh   Peraturan  yang  mewajibkan  kenderaan  berumur  lebih  15  tahun  dibawa  kePuspakom  sebelum  boleh  diperbaharui  Cukai  Jalan  mulai  tahun  depan   patut  ditentang  oleh  wakil-wakil  rakyat  kerana  ia  boleh  menyulitkan  keadaan.    Bukan  semua  kenderaan  lama  tidak   “road worthy”  dan  bukan  semua  yang  baru  itu  tiada  cacat  cela.  Tengok  saja  Jambatan  Gantung Kuala  Dipang  yang  runtoh  sedangkan  baru   dua  minggu  dibina.

Saya  bersetuju  benar  publisiti  yang  meluas  ini  diberi  kepada  Sri  Gading.   Oleh  kerana  terlalu  kurang  mendapat  liputan  media  saya  pun  terkejut  bila  mendapat    tahu  yang  beliau  telah  tiga  ( 3 )  Penggal   menjadi   Wakil  Rakyat  dan  sebelum  ini   juga  beliau   pernah  menjadi  EXCO   Kerajaan  Negeri.    Hanya  jawatan  Menteri  Kabinet  sahaja  yang  belum.  Bagi  menutup  cerita  ini  biarlah  cili  memainkan  peranan  yang  sepatut  baginya.  Jangan  terikut-ikut  orang  dulu-dulu,   menghukum  anakpun  guna  cili.