Saya sangat-sangat berharap pembaca posting ini tidak berasa takut untuk terus membaca. Walaupun saya memberikan tajuk berkaitan dengan Angka 13 ianya bukanlah mengenai peristiwa 13 Mei.
Banyak orang percaya Nombor 13 adalah “bad omen”. Saya maksudkan Istimewa disini ialah mengenai dua ( 2 ) peristiwa yang berkenaan dengan perkataan BEBAS.
Peristiwa Pertama: 13 orang calun BEBAS bertanding diDewan Undangan Negeri Bukit Selambau.
Peristiwa Kedua: Perdana Menteri umum 13 orang tahanan ISA diKamunting BEBAS sertamerta.
Jadi, apa yang dapat saya lihat disini angka 13 ini tidak akan lagi menghantui kita. Ia telah kembali kepada kegunaan asalnya iaitu diguna untuk mengira, menambah dan menjumlah. Calun-calun Bebas diBukit Selambau boleh teruskan Visi mereka. Dan lagi sekiranya hendak menarik diripun bukan boleh dapat “refund” wang deposit.
Bercakap tentang perkara bebas ini juga, terkenang saya kepada Calun BEBAS diBukit Gantang. Tidak ada sebarang liputan yang saya dengar untuk calun ini. Melihat kepada gambarnya dihari penamaan calun itu orangnya tidak kurang juga “handsome” nya. Saya percaya ramai puteri-puteri kita boleh tertawan dan kalau kena gayanya undipun boleh dapat. Saya ucap Good Luck kepada Sdra Kamarul Ramizu Idris.