Kampong Akan Dimajukan: Janji Paling Selamat

Calun  BN  diBukit  Gantang  telah  memulakan  ikrar  membawa   perubahan   dikampong-kampong  dalam  kawasan  Parlimen  ini.   Beliau  menyatakannya  melalui   perhubungan  telefon  didalam   rancangan    AGENDA  AWANI    sebentar  tadi.       Sebagai   anak          tempatan   beliau  cukup   sedar  yang    kawasan    Parlimen     ini         jauh   ketinggalan   berbanding   dengan   kawasan   disempadan      seperti  Parlimen  Taiping.

Kita  tidak  faham   mengapa  perkara  pembangunan   ini    boleh   terlepas   pandang.    Pada  PRU  Ke 11  Calun  Gerakan  diletak  bertanding  dikawasan  Parlimen  Bukit  Gantang  walaupun   banyak  pihak   tidak   bersetuju  dengan  keputusan  tersebut.   Ramai  ahli-ahli  UMNO  memprotes  dan  tidak  berpuashati. Tetapi  setelah diadakan  beberapa   perbincangan,  keputusan  Bukit  Gantang  diwakili  Gerakan   diteruskan  juga.   Janji   pihak   atasan  ketika  itu  walaupun   calunnya  dari  parti  Gerakan   kawasan  ini  akan  tetap  dibangunkan.  Berbalik  kepada  ikrar  calun  BN  sebentar  tadi,  apa  lagi  yang  hendak  dibangunkan?

Jadi,   sekiranya   hendak  disalahkan  AP  Gerakan  itupun  ta`  boleh  juga  sebab  dia   tidak  sempat   hendak   berbuat   apa-apa    kerana   baru  saja  hendak  berjinak-jinak  disini  beliau  telah     dipindahkan  ke Gerik  pula.

Kesimpulannya   rakyat  dikawasan Parlimen  Bukit  Gantang   hendaklah  bersabar  sedikit.  Esok-esok   datanglah  janji-janji tu.   Melihat  kepada  senario  ini  teringat  saya  kepada  satu  Scene  dalam   filem  Seniman  Bujang  Lapok   sewaktu    penduduk  beratur   hendak  menggunakan  tandas.  Ada  seorang   tu   cukup  lama  duduk  dalam  tandas.   Apabila  dijerit  supaya  dia  cepat  keluar   sebab   ramai  lagi  orang  hendak  menggunakannya.  Lantas  dia  menjawab    “Dia  semalam  makan  julap”  ta`  mampu   nak  cepat.   Dia  seterusnya    dengan  tegas  berkata   “Besokpun Boleh Berak”    kepada  orang-orang  yang  menunggu.

2 Responses to Kampong Akan Dimajukan: Janji Paling Selamat

  1. Baginda says:

    salam semua…
    terdapat pilihan raya Umum MALAYSIA dan bijaknya YAB Nizar, antara rahmat dan hikmah penduduk bukit gantang
    link nye:

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

  2. ANJA says:

    Begitulah setiap kali pilihanraya berjanji dan terus berjanji.

    Jika tak dapat dikotakan akan di reka 1001 alasan.

    (TAk Kira Mana Mana Parti)

    Itu yang saya tak faham ttg politik. Itu yang saya malas nak hadiri majlis ceramah politik.

    Tak boleh ke mereka tunjukkan kebijaksanaan mereka dlam mengenangi isu semasa , spt macamana kita boleh majukan diri kita dari segi ekonomi,sosial ,pndidikan dan kerohanian. Macamana kerajaan boleh bantu dari segi itu.

    Masyarakat nak tahu sejauh mana ketokohan kita dalam memimpin dan sejauh mana pengetahuan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: