LOCENG KECEMASAN : Guru Kumpulan ” A ” Kembalilah Berpolitik

Sewaktu  UMNO  mula-mula   ditubuhkan,  para  gurulah   yang  menjadi  tulang  belakang  parti.  Sehingga  menjadikannya  sangat  sinonim.  Diketika  itu  para  gurulah  menjadi  pengerak  dikampong-kampong.  Dikawasan-kawasan  pendalaman   para  gurulah   bertanggungjawab  menyedarkan   rakyat  setempat  betapa  pentingnya  dipelihara  kuasa  politik  dinegara  ini.  Berkat  usaha  berterusan  para  pendidik   masyarakat  umumnya  telah  berjaya  disedarkan  betapa  hak-hak  mereka  boleh  tergugat  sekiranya   orang-orang  melayu  hilang  kuasa  politik.

Apabila  parti  UMNO  telah  berkembang  maju  dan   jumlah  keahliannya  mencecah  beberapa  juta  sedikit  demi  sedikit  peranan  guru   mula  dipinggirkan  sehingga   satu  surat  pekeliling  dikeluarkan    bagi  menghalang  Guru-Guru  Dalam  Kumpulan  “A”  bergerak  cergas  dalam  parti  politik.  Dengan  lain-lain  perkataan  tidak  dibenar  memegang  jawatan  dalam  parti   samada  diPeringkat  Nasional,  Bahagian   mahupun  diperingkat  Cawangan.

Apa  yang  mengejutkan,  diakhir  persidangan  UMNO  kelmarin,  salah  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  telah   mensarankan  supaya   para  guru  dalam  Kumpulan “A”  ini  dibenarkan    semula  memegang  jawatan  dalam  parti.

Kepada  para   pendidik   semua   saya  percaya  tuan-tuan  dan  puan-puan  cukup  faham   kepada  saranan  tersebut.  Itu  maknanya  UMNO   sudah  ketandusan  orang-orang   yang  jujur  dan  ikhlas  seperti  cikgu-cikgu.   Saya  tidak  akan  melarang  para  pendidik   kita   mahu    kembali   menyertai  mereka    tetapi   bersedialah  dengan  kekuatan  mental  apabila  khidmat  kita  itu  diluputkan   seperti   apa  yang  pernah  berlaku (Pegawai Kumpulan  A  dilarang  memegang  jawatan  politik)  dulu.

Akhir  sekali   tidak  semua  bunyi  loceng  itu   bermaksud  kecemasan.  Adakalanya   ia  digunakan  oleh  para  penjual  ubat  kuat  yang  mahu  memperdaya  para  pengguna.

4 Responses to LOCENG KECEMASAN : Guru Kumpulan ” A ” Kembalilah Berpolitik

  1. Saudara Anwar yang sekat penglibatan aktif kumpulan A. Check balik.

    • ahmadzawawi says:

      Tuan Syeikh,
      Saya rasa tidak perlu check siapa yang keluarkan arahan. Pokoknya banyak yang ta` dapat naik sebab tidak dapat mengatasi popularity para guru-guru kita. Jika Tuan kata Anwar yang sekat mengapa pula dia yang ditendang keluar?

  2. paloi says:

    woww kuatnya nuar sampai mahathir dgn mt pun kena ikut cakap nuar hehehehe. patut le nuar terpaksa dilewatkan hehehehehe

  3. Tajuk ini menarik minat cikgu hendak berkongsi.Almaklum dahlama jadi cikgu,26 tahun.Anak cikgu dulu hendak menduduki peperiksaan PMR.Cikgu sejarah dia orang kuat UMNO daerah saja.Selalu tinggal kelas.Sibuk dengan urusan politik.Kelas terabai.Bila dekat peperiksaan,cikgu geografi kasihan,tolong ajar.Mana nak score,belajar last minute.Dapat B saja le ,walaupun subjek lain dapat A.
    Bila nak bagi cikgu aktif politik,walaupun guru jujur,terlibat dengan nakcari pengaruh,pasti tumpuan berubah.Baik jangan terima cadangan ini.
    Cerita-cerita lain tentang cikgusibuk berpolitik nii banyak sangat…rosak sekolah dan pelajar belum tentu terjaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: