JANGAN HANYA “WINDOW SHOPPING”

August 28, 2009

Terdapat  dua  cerita  yang  berbeza   didalam  sejarah   yang  berulang  dalam  MCA  ini.    Pertama  sekiranya   Dr.  Chua   menubuhkan   sebuah  Parti   baru   mirip   Parti  Gerakan   sudah  pasti   separuh   dari  MCA   akan   keluar   Parti  dan   jika   kehadirannya   dilihat   lebih   Cemerlang    maka    tidak   mustahil  baginya   diterima   menyertai   Barisan  Nasional.      Sekiranya   andaian  ini  benar-benar   boleh   terjadi    kedudukan   Barisan  Nasional    sudah   pasti lebih  terserlah  dan   kuat.    Setidak-tidaknya  dalam   tempoh    yang   sukar   ini   ia   masih    mampu   menambah  ahli  keluarga.

Opsyen  lain,  pengikut  Dr.  Chua  mungkin  berminat  menyertai   Parti   Lim   Guan  Eng  yang  memerintah  Pulau  Pinang  sekarang   atau   bersama-sama   berjuang   dengan     Dr.  Lee  Boon  Chye    (Ahli  Parlimen  Gopeng)     dalam  Parti  Keadilan  Rakyat.   Untuk  menentukan  hasrat  ini  menjadi  kenyataan  Pimpinan    DAP   dan   PKR    perlu     bertindak  pantas  dan  intensif    dalam    menganjurkan   “membership drive”   diseluruh  negara.     Jika   kita   hanya  mengharapkan    “yang  bulat  datang  menggolek”   dan   “yang pipis  datang    melayang”      besar  kemungkinan   produk   kita   hanya     gah    diperingkat  “dikenali”  tetapi  tidak  ada  yang  “membeli”.     Disinilah   lahirnya   Istilah   “Window Shopping”.


SiBengkok Yang Mana Satu Hendak Ditegakkan?

April 18, 2009

Kita  semua  maklum   Kerajaan  Malaysia   sekarang   ialah  Kerajaan  Barisan  Nasional  yang  telah   memenangi  Pilihanraya  Umum  Ke 12.   Walaupun  baru-baru  ini  ada  perubahan  pucuk  pimpinan,  ia  dilakukan  melalui  persefahaman  diantara   orang  nombor  satu  dengan  orang   nombor  dua  bukan  melalui  endorsement  rakyat.

Tujuan    perkara  ini  dibangkitkan   bukan  bermaksud  memperkecil-kecilkan   kedudukan  Perdana  Menteri  yang  baru  beserta  dengan     Anggota   Kabinetnya  tidak  sama  sekali.  Perdana  Menteri  baru  adalah  Presiden  UMNO  Parti  Induk  Barisan  Nasional.

Teguran  yang  dimaksudkan  disini  hanya  tertumpu  kepada   Projek  Jambatan  Benkok  diSelat  Johor  dimana  kos   pembinaannya  mencecah  RM600 Juta.  Projek  ini  pada  asalnya   dirancang  dalam  Era   Perdana  Menteri  Keempat.   Perdana  Menteri  Kelima  setelah   mengkaji  secara  mendalam   mengambil   keputusan  untuk  membatalkannya.

Persoalannya   kini  ia  seolah-olah  mahu  diteruskan.  Baru-baru  ini   beberapa  pihak  termasuk  ahli  perniagaan  dan  ahli  politik  Johor  meminta  pihak  Kerajaan   meneruskan  pembinaan  Projek  tersebut.    Alasan  khusus  yang  mereka  beri  ialah  untuk  menyediakan   peluang   ekonomi  penduduk  setempat  dan  juga   memacu  pertumbuhannya.   Perkara  ini  telah  mendapat  respons   segera  dari  Timbalan  Perdana  Menteri  yang   menyatakan  belum   ada  keputusan  untuk  projek  tersebut  diteruskan.

Mengapa  timbul  pula   “belum  ada  keputusan”  sedangkan  sebelum  ini  sudah  ada  keputusan  “dibatalkan”.    Didalam  keadaan    sejumlah   besar  rakyat   kita   yang  diberhentikan  kerja  diRepublik  itu  ekonomi  bentuk  apa  pula  yang  hendak  dipacu?.

Saya  harap   kita  lupakan  saja   Projek  ini.   Dalam  pada    terlalu  banyak  pihak   yang   merasa  cemas   terhadap   perbelanjaan  yang   begitu  besar  setiap  kali  Pilihanraya  Kecil  diadakan  mengapa  pula  tidak   ada  yang    merasa  gusar   jika  Projek  Jambatan  Bengkok  di-   teruskan?

Satu soalan  untuk  dijawab  oleh  semua  rakyat Malaysia.  Terima  Kasih.


HISHAMMUDDIN: TPM II Untuk MCA Tiada Dalam Sejarah

April 5, 2009

Terpanggil  saya  untuk  menyatakan  rasa  simpati  yang  amat  sangat   kepada   Parti  M.C.A.     Permohonan  Parti  tersebut  supaya  diberi  Jawatan Timbalan  Perdana  Menteri  kepada  Presiden  M.C.A.  tidak  mendapat  layanan.   Malah   hari  ini   seperti  yang  dilapurkan  dalam  Berita Minggu  Datuk  Seri  Hisammuddin  Tun  Hussein  iaitu  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  yang  baru  dengan  tegas  mengatakan  bahawa   perkara  tersebut  tidak  pernah  ujud  dalam  sejarah.  Dan  lagi  katanya  ianya  tidak  pernah  di-  bangkitkan  oleh  pemimpin  tertinggi  mereka  sama  ada   dalam Kabinet,  mesyuarat  pengurusan  BN  ataupun  didalam  mesyuarat  dewan  tertinggi  BN.

Kenyataan  beliau  ini  turut  mendapat  respond  dari   seorang    lagi  pemimpin  UMNO  dengan  menambah  tuntutan   tersebut  tidak  kena  pada  masa  dan  ketikanya, tambahan pula  keadaan  MCA  yang  lemah.

Adalah  dipercayai   bahawa  kenyataan  pemimpin-pemimpin   UMNO  ini  adalah   semata-mata  mahu  mendapatkan   sokongan   pengundi   melayu  dalam  Pilihanraya  Kecil  ini  saja  dan  sekiranya  pihak  MCA  pun  akur  dengan  kenyataan  tersebut  maka   UMNO  telah  berjaya  mencederakan  dua  ekor  burung  dengan  seketul  batu  sahaja.

Dalam  apa-apa    keadaanpun  tepat  sekali   yang  melayu  memang   mudah  lupa.   Sepanjang   yang   saya   ingat   pihak   MCA    ada   mengemukakan  tuntutan  jawatan  TPM II  dan  Timbalan  Pengerusi  BN    beserta  dengan  lain-lain  tuntutan   pada   setiap  kali  menjelang  pilihanraya  umum.   Bagi   yang  menuduh   MCA  sahaja  yang  lemah  amatlah  tidak  patut.  Kalau  menangpun  kita  boleh  istihar   sebagai    kemenangan   bersama   mengapa  bila  tidak  berjaya  mengekalkan    2/3   komponen-komponen  lain   saja  yang  disalahkan.

Bagi  mereka-mereka  yang  masih  tercari-cari  apa  itu  politik.  ”  This is  politics “