Parti PAS Konsisten Disetiap Masa

April 1, 2009

PILIHANRAYA   KECIL  P.059  BUKIT  GANTANG

Penduduk  kawasan Parlimen  Bukit  Gantang   sekali  lagi  diuji    Allah  yang  Maha  Berkuasa.     Memang  benar  Allah  telahpun   menerima   Doa  dan  Permohonan    kita  dengan   memberikan   kemenangan  pada   Pilahanraya Umum ke 12   dan   sekaligus   merestukan   Parti-Parti  yang  bersepakat  (PAS,DAP & PKR)  menubuhkan   sebuah  kerajaan    yang  menjanjikan   kesejahteraan  dan   kemakmuran  diNegeri  Perak.

Kerajaan  Pakatan  Rakyat   tidak  menunggu  lama   mengubah   lanskap   politik  dari   kerajaan  yang  setiap  urusannya   bertemakan  “UMNO First”  kepada   memberikan  tumpuan  kepada   golongan   masyarakat  yang  sekian  lama  tertindas.   Siapa  saja  rakyat  Negeri  Perak   boleh  datang  kepejabat  Menteri  Besar  mengemukakan   sebarang   permohonan  tanpa   bertanya   orang  itu   dari  Parti  mana.   Memang  terbayang  keceriaan  rakyat  yang  datang  berurusan  dengan  pemimpin  Pakatan  Rakyat.  Mereka  tidak  perlu  lagi  terlebih  dahulu  pergi  melalaui  Ketua  Cawangan, Ketua  Bahagian  atau   melalui  orang-orang  Wakil  Rakyat.

Hasrat  Kerajaan  Pakatan  Rakyat   terus  mencurah  bakti  kepada  kesejahteraan  rakyat  dan  memakmurkan  negeri  disekat  melalui  satu  rampasan  yang  cukup  licik.  Perkara  tersebut  boleh  berlaku   kerana   ada  manusia  tamak  dikalangan  kita  yang  sanggup  korbankan  kepentingan  rakyat  demi   mengejar  kemewahan  diri.

Bagi  saya  kekosongan  kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang   disebabkan  kembalinya  Ustaz  Roslan Shahrom  kerahmatullah  adalah   sesuatu  yang  Allah   rancangkan

Kita  tidak  perlu  berpatah  balik  kezaman  yang  menjanjikan  kegelapan.    Kawasan  Bukit  Gantang  perlu  dikekal  oleh  Parti  PAS,  tambahan  kali  ini   PAS  telah   menawarkan  seorang   Tokoh   yang    Berhemah  dan  terbukti   bersedia  mengharungi   perit  getir  bersama-sama  dengan  rakyat.

Apabila  kita   memilih  untuk  terus  kekal   dengan  perubahan  yang  telah  Allah  kurniakan  bermulanya  PRU  12  tempoh  hari  maka  percayalah   Allah  akan  permudahkan  kerja-kerja  kita  yang  lain.  Ini  bererti   tidak  ada  susah   atau  halangan  bagi  Allah   untuk  mengembalikan   kuasa  memerintah  Negeri  Perak  kepada  Pakatan  Rakyat.

Pandangan  ini  saya  tujukan  kepada   para  pengundi  muda.  Sebagai   orang Islam,  kita   bersaudara  dan  telah  menjadi   tanggungjawab  saya  membimbing  generasi   yang  akan  menjadi  pewaris.   Kepada  yang  berada  diperantauan,   peluang  keemasan  ini  hanya  datang  sekali.

Advertisements

Kampong Akan Dimajukan: Janji Paling Selamat

March 29, 2009

Calun  BN  diBukit  Gantang  telah  memulakan  ikrar  membawa   perubahan   dikampong-kampong  dalam  kawasan  Parlimen  ini.   Beliau  menyatakannya  melalui   perhubungan  telefon  didalam   rancangan    AGENDA  AWANI    sebentar  tadi.       Sebagai   anak          tempatan   beliau  cukup   sedar  yang    kawasan    Parlimen     ini         jauh   ketinggalan   berbanding   dengan   kawasan   disempadan      seperti  Parlimen  Taiping.

Kita  tidak  faham   mengapa  perkara  pembangunan   ini    boleh   terlepas   pandang.    Pada  PRU  Ke 11  Calun  Gerakan  diletak  bertanding  dikawasan  Parlimen  Bukit  Gantang  walaupun   banyak  pihak   tidak   bersetuju  dengan  keputusan  tersebut.   Ramai  ahli-ahli  UMNO  memprotes  dan  tidak  berpuashati. Tetapi  setelah diadakan  beberapa   perbincangan,  keputusan  Bukit  Gantang  diwakili  Gerakan   diteruskan  juga.   Janji   pihak   atasan  ketika  itu  walaupun   calunnya  dari  parti  Gerakan   kawasan  ini  akan  tetap  dibangunkan.  Berbalik  kepada  ikrar  calun  BN  sebentar  tadi,  apa  lagi  yang  hendak  dibangunkan?

Jadi,   sekiranya   hendak  disalahkan  AP  Gerakan  itupun  ta`  boleh  juga  sebab  dia   tidak  sempat   hendak   berbuat   apa-apa    kerana   baru  saja  hendak  berjinak-jinak  disini  beliau  telah     dipindahkan  ke Gerik  pula.

Kesimpulannya   rakyat  dikawasan Parlimen  Bukit  Gantang   hendaklah  bersabar  sedikit.  Esok-esok   datanglah  janji-janji tu.   Melihat  kepada  senario  ini  teringat  saya  kepada  satu  Scene  dalam   filem  Seniman  Bujang  Lapok   sewaktu    penduduk  beratur   hendak  menggunakan  tandas.  Ada  seorang   tu   cukup  lama  duduk  dalam  tandas.   Apabila  dijerit  supaya  dia  cepat  keluar   sebab   ramai  lagi  orang  hendak  menggunakannya.  Lantas  dia  menjawab    “Dia  semalam  makan  julap”  ta`  mampu   nak  cepat.   Dia  seterusnya    dengan  tegas  berkata   “Besokpun Boleh Berak”    kepada  orang-orang  yang  menunggu.


LOCENG KECEMASAN : Guru Kumpulan ” A ” Kembalilah Berpolitik

March 29, 2009

Sewaktu  UMNO  mula-mula   ditubuhkan,  para  gurulah   yang  menjadi  tulang  belakang  parti.  Sehingga  menjadikannya  sangat  sinonim.  Diketika  itu  para  gurulah  menjadi  pengerak  dikampong-kampong.  Dikawasan-kawasan  pendalaman   para  gurulah   bertanggungjawab  menyedarkan   rakyat  setempat  betapa  pentingnya  dipelihara  kuasa  politik  dinegara  ini.  Berkat  usaha  berterusan  para  pendidik   masyarakat  umumnya  telah  berjaya  disedarkan  betapa  hak-hak  mereka  boleh  tergugat  sekiranya   orang-orang  melayu  hilang  kuasa  politik.

Apabila  parti  UMNO  telah  berkembang  maju  dan   jumlah  keahliannya  mencecah  beberapa  juta  sedikit  demi  sedikit  peranan  guru   mula  dipinggirkan  sehingga   satu  surat  pekeliling  dikeluarkan    bagi  menghalang  Guru-Guru  Dalam  Kumpulan  “A”  bergerak  cergas  dalam  parti  politik.  Dengan  lain-lain  perkataan  tidak  dibenar  memegang  jawatan  dalam  parti   samada  diPeringkat  Nasional,  Bahagian   mahupun  diperingkat  Cawangan.

Apa  yang  mengejutkan,  diakhir  persidangan  UMNO  kelmarin,  salah  seorang  dari  Naib  Presiden  UMNO  telah   mensarankan  supaya   para  guru  dalam  Kumpulan “A”  ini  dibenarkan    semula  memegang  jawatan  dalam  parti.

Kepada  para   pendidik   semua   saya  percaya  tuan-tuan  dan  puan-puan  cukup  faham   kepada  saranan  tersebut.  Itu  maknanya  UMNO   sudah  ketandusan  orang-orang   yang  jujur  dan  ikhlas  seperti  cikgu-cikgu.   Saya  tidak  akan  melarang  para  pendidik   kita   mahu    kembali   menyertai  mereka    tetapi   bersedialah  dengan  kekuatan  mental  apabila  khidmat  kita  itu  diluputkan   seperti   apa  yang  pernah  berlaku (Pegawai Kumpulan  A  dilarang  memegang  jawatan  politik)  dulu.

Akhir  sekali   tidak  semua  bunyi  loceng  itu   bermaksud  kecemasan.  Adakalanya   ia  digunakan  oleh  para  penjual  ubat  kuat  yang  mahu  memperdaya  para  pengguna.


TAIPING – Kami Datang Kepadamu

March 28, 2009

Besok  tamatlah   tempoh  menunggu.  Kita   kena  berkorban  harta  dan  keringat   untuk  menentukan   Bandar  Taiping   dapat  kita  tawan.  Bagi  pihak    mereka     kalaupun    jumlah    kehadirannya    besar,   kita   janganlah    hairan   sangat  sebabnya   kehadiran    mereka    adalah   dengan  bas-bas  percuma.

Sebaik  saja  selesai  penamaan  calun  saya   memohon   kepada    saudara/saudari    memberikan  apa-apa   Input  supaya  dapat   saya   panjangkan  kepada  pihak-pihak  yang  patut  mengetahuinya.   E-Mail  saya :   yazahashim@gmail.com  atau   SMS  ke  0135031409

Lagi  ramai   orang-orang  kita  membantu  dalam  kempen-kempen  selama  sembilan ( 9 )  hari  ini,  lagi  tenatlah  mereka.    Disamping  kerja  keras  kita  ini  marilah  sama-sama  berdoa   kehadirat  Illahi    agar  dipermudahkanNya  PAKATAN  RAKYAT  mengekalkan   Kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang  ini.