PILIHANRAYA KECIL P.059 BUKIT GANTANG
Penduduk kawasan Parlimen Bukit Gantang sekali lagi diuji Allah yang Maha Berkuasa. Memang benar Allah telahpun menerima Doa dan Permohonan kita dengan memberikan kemenangan pada Pilahanraya Umum ke 12 dan sekaligus merestukan Parti-Parti yang bersepakat (PAS,DAP & PKR) menubuhkan sebuah kerajaan yang menjanjikan kesejahteraan dan kemakmuran diNegeri Perak.
Kerajaan Pakatan Rakyat tidak menunggu lama mengubah lanskap politik dari kerajaan yang setiap urusannya bertemakan “UMNO First” kepada memberikan tumpuan kepada golongan masyarakat yang sekian lama tertindas. Siapa saja rakyat Negeri Perak boleh datang kepejabat Menteri Besar mengemukakan sebarang permohonan tanpa bertanya orang itu dari Parti mana. Memang terbayang keceriaan rakyat yang datang berurusan dengan pemimpin Pakatan Rakyat. Mereka tidak perlu lagi terlebih dahulu pergi melalaui Ketua Cawangan, Ketua Bahagian atau melalui orang-orang Wakil Rakyat.
Hasrat Kerajaan Pakatan Rakyat terus mencurah bakti kepada kesejahteraan rakyat dan memakmurkan negeri disekat melalui satu rampasan yang cukup licik. Perkara tersebut boleh berlaku kerana ada manusia tamak dikalangan kita yang sanggup korbankan kepentingan rakyat demi mengejar kemewahan diri.
Bagi saya kekosongan kerusi Parlimen Bukit Gantang disebabkan kembalinya Ustaz Roslan Shahrom kerahmatullah adalah sesuatu yang Allah rancangkan
Kita tidak perlu berpatah balik kezaman yang menjanjikan kegelapan. Kawasan Bukit Gantang perlu dikekal oleh Parti PAS, tambahan kali ini PAS telah menawarkan seorang Tokoh yang Berhemah dan terbukti bersedia mengharungi perit getir bersama-sama dengan rakyat.
Apabila kita memilih untuk terus kekal dengan perubahan yang telah Allah kurniakan bermulanya PRU 12 tempoh hari maka percayalah Allah akan permudahkan kerja-kerja kita yang lain. Ini bererti tidak ada susah atau halangan bagi Allah untuk mengembalikan kuasa memerintah Negeri Perak kepada Pakatan Rakyat.
Pandangan ini saya tujukan kepada para pengundi muda. Sebagai orang Islam, kita bersaudara dan telah menjadi tanggungjawab saya membimbing generasi yang akan menjadi pewaris. Kepada yang berada diperantauan, peluang keemasan ini hanya datang sekali.
Memang peluang untuk menag adalah cerah , nasihat saya pada pengunjung blog , kepada bloggers dan juga kepada calon PAS , Dr Nizar (izinkan saya sembah derhaka)
BErlaku ikhlas lah selalu, berjuang kerana Allah , jangan lakukan apa yang Allah tak suka .
Saya berkata begini kerana saya sedih apabila melihat kejadian di masjid Simpang tempohari ,
SAya pasti niat Nizar adalah ikhlas , so tak payahlah kita membangga diri ( Maksud saya memuji muji Nizar) dan merendah rendahkan Zamri . Takut nanti timbul riak , orang akan berkata dia jadi imam sebab poltik bukan kerana Allah.
Apa pun Dato kami penduduk kg Simpang tahu apa yang berlaku pada hari itu. Jadilah ia pengajaran.
Akhir kata tunjukkan keperibadian ISlam dalam berkempen dan memberi komen. Maaf zahir batin.
Ooops keperibadian sya pun tak 100% Islam , tapi apa salah kita SALING MENGINGATI.
MOGA ALLAH MEMBERKATI USAHA KITA.
Saya pasti Sdr Nizar pasti..apa yang dia buat itu adalah kerana beliau yakin tahap ketaqwaannya adalah melebihi dari semuah qariah yg ada disitu dan hadirin yang berada didalam masjid pada ketika itu tidak layak utk menyaigi beliau untuk menjadi Imam..maka dari segi hukum logik harus beliau bertindak sedemikian …malah baliau boleh berbangga sekiranya dapat mengulangi peristiwa yg sama dimana2 masjid yg lain kalau berkesempatan…