Hari mengundi masih jauh iaitu lagi empat ( 4 ) hari sebelum 7 April. Tetapi dari tinjauan beberapa teman saya dilapangan, para petugas nampak kendur (relax) sedikit. Semalam (2hb April) rata-rata dilihat terpegun dengan SMS yang kononnya berita baik untuk Kem Pakatan. Ada beberapa orang bertanya kepada saya tentang berita tersebut. Saya jawab dengan tegas apa yang saya tahu surat-surat jemputan keupacara Angkat Sumpah P.M. Najib telah seminggu diedarkan jadi saya pasti ianya tetap berlaku.
Saya katakan kempen berada diFasa Injury Time kerana kedua-dua pihak sedang melayan benda-benda yang tidak berkaitan. Pihak Barisan seperti yang tersiar dalam BHarian hari ini terpampang gambar Zambry. Muhyiddin dan Zahid menunjukkan Poster memburuk-burukkan Najib yang mereka cukup percaya ianya dilakukan oleh Pakatan Rakyat.
Perkara sebeginilah yang sepatutnya ditangkis oleh petugas-petugas Pakatan daripada melayan SMS yang ta` pasti dari mana puncanya. Apa (poster) yang pemimpin UMNO tunjukkan itu mungkin angkara dari puak-puak mereka sendiri. Jadi pada tempoh yang masih panjang ini marilah kita sama-sama turun padang hingga ke “pocket area” menjelaskan kepada pengundi dan sampaikan kepada mereka “first hand news” bukan berita yang telah diEdit.
Saya terpaksa memberikan sekalung “Bunga” kepada Wanita KeADILan Negeri Perak yang dipimpin Puan Fatmawaty kerana kesungguhan mereka menjejaki pengundi. Kepada Datuk Sri Wan Azizah (Presiden PKR) saya suka syorkan pada PRU 13 nanti sebanyak 30% calun khasnya diNegeri Perak diangkat dari sayap Wanita.
setuju memang sekarang injury time , pengundi akan cepat percaya apa saja malah cara penyampaian bloggers memberi pengaruh yang kuat pada mereka , sdgkan apa yang disampaikan oleh bloggers tidak menggambakan identiti parti tersebut , ia menggambarkan identiti bloggers itu sendiri
Selain memberi fokus kepada apa yang sepatutnya , nasihat saya banyak banyak kan lah berdoa agar dihindari fitnah dan di permudahkan urusan.
Dr Wan Azizah berikanlah comitment pimpinan anda semaksimum mungkin …we r already in the crutial injured zone..!!!!