KEPUTUSAN BERTANDING DI PENGKALAN KUBOR ADALAH TANDA-TANDA KEJATUHAN PAS

September 18, 2014

Parti PAS adalah sama dengan Parti UMNO. Sudah terlalu tua dan beransur hilang upaya. Itu adalah satu kenyataan. Walau bagaimanpun pada PRK Pengkalan Kubor 25hb Sept. nanti Parti UMNO dilihat begitu cerah dapat mempertahankan kerusi tersebut menurut suatu analisis mudah. Pengkalan Kubor adalah satu daripada empat DUN dalam Parlimen Tumpat. Tiga lagi DUN iaitu Kelaboran, Pasir Pekan dan Wakaf Bharu dimenangi oleh PAS pada PRU 13 yang baru berlalu. Disamping itu Parlimen Tumpat (P19) juga dimenangi oleh PAS.

Kawasan DUN Pengkalan Kubor pada PRU 13 ditandingi oleh PKR mewakili Pakatan Rakyat tetapi tewas kepada BN. Persoalannya dimana letaknya PAKATAN apabila PAS tidak percaya kepada rakannya PKR bertanding disitu? PAS boleh membantu PKR lebih berkesan untuk memenangi kerusi P. Kubor dalam PRK ini. Malangnya PAS mengambil pendekatan yang hanya Partinya sahaja yang boleh merampas kerusi tersebut daripada UMNO. Jawapan yang tepat kepada tindakan PAS tersebut tidak lain daripada perasaan tamak yang begitu memuncak.

Jika benar prinsipnya PAS membuat keputusan bertanding disitu atas sebab Partinya lebih dipercayai rakyat, mengapa kerusi-kerusi diNegeri lain yang PAS tidak berjaya menang pada PRU 12 masih lagi bertanding pada PRU 13? Mengapa lain pula formulanya ditempat-tempat lain.

Kini rakyat sudah dapat mengenali ” the true colour of PAS ” dan pada PRU 14 nanti jangan ada yang terkejut apabila rakyat meminggirkan PAS.


BATTLE ROYALE KINI DIMANIK URAI

June 4, 2009

Satu  berita  yang  mengembirakan   para  penyokong    UMNO   ialah  kesediaan   Parti  tersebut   menyertai   pertandingan    diDewan  Undangan   N.41   Manik   Urai  walaupun   kedudukannya   sama  seperti  diPenanti  dimana   pengisian   kerusi  ini  tidak  boleh  mengubah  Kerajaan.      Keputusan   yang   dibuat   oleh    Barisan   sebelum  ini   dengan   tidak   meletakkan  calun  di- Penanti    sedikit  sebanyak    telah   menyebabkan   suasana  resah   dan   gelisah   dikalangan   pendokong   UMNO.    Semangat  berkobar-kobar  sayap-sayap   Wanita,  Pemuda  dan  Puteri  dilihat   terjejas   kerana   dipaksa  bercuti  diPenanti.

Selaku  pembangkang  diDewan  Undangan   Negeri  Kelantan   sudah    tentulah   UMNO   merasakan   tidak  mencukupi   tempoh   yang   ada iaitu  hanya    sebulan  lebih  sahaja.      Sedangkan   terlalu  banyak    agenda  rakyat  (tanggungjawab  Federal)  dikawasan  itu    yang  telah  lama  terbengkalai.    Ini  sajalah    yang  mampu  dilakukan  oleh  SPR.   Adalah  dipercayai  jika    tempoh   untuk  mengadakan  Pilihanraya   Kecil  ini  boleh  dilanjut  hingga  keenam  bulan  dan  sebagainya  sudah  tentulah  SPR  boleh  memberikan  lebih  banyak  masa.

Umum  mengetahui  yang  UMNO  telahpun   mula   mengorak   langkah  diManik  Urai.  Kementerian  Penerangan,  Komunikasi   dan  Kebudayaan  telah  mula  merencanakan  program  mengenalpasti   cara-cara  terbaik   mendekati  rakyat.   Begitu  jugalah    beberapa    rancangan   seperti    mengujudkan  sukarelawan  “anak  angkat”  untuk  tinggal    dirumah   penduduk  diManik  Urai   disamping    membantu  rakyat   setempat   dengan  bekerja  sebagai  Penoreh   Getah  dan  sebagainya.

Pakatan  Rakyat   tidak  perlu    terikut-ikut   dengan   cara    UMNO   ini.    Kita  sudah  arif  benar    akan   keperluan-keperluan   masyarakat   diManik  Urai  ini.    Pada  pendapat   saya    cara   menjadi    “anak  angkat   dan   membantu  menoreh  getah”   sebenarnya    banyak  menyusahkan    daripada   membantu.    Mana     tidaknya    sebaik  sahaja   Pilihanraya  Kecil   ini   selesai  nanti    yang   pasti    kesemua      para   sukarelawan  itu   akan  berangkat  pulang  ketempat   mereka   masing-masing.   Besar  kemungkinan  kerja-kerja  menoreh  getah  selepas  tempoh  pilihanraya  akan  terjejas.   Masyarakat  Penoreh   tentunya   terus  terbawa-bawa  dengan  “mood  bercuti”   yang  diberikan   untuk  musim  Pilihanraya  Kecil  tersebut.  Walaupun   dikampong  mentality  penduduk    perlulah   diubah  supaya   selaras  dengan   masyarakat   bandar.  Cara-cara  memberikan  “joran”  adalah  lebih  tepat  daripada  menghadiahkan  “ikan”   yang  hanya  boleh  mereka   nikmati  untuk  sehari  sahaja.

Kejayaan   cemerlang  Pakatan  Rakyat  diNegeri-Negeri   yang  baru   dimenangi  perlu  di  “highlight”  kan  semaximanya   supaya   rakyat dimana   saja  mereka  berada   berasa  yakin   dengan  kesungguhan    Kerajaan  Pakatan  –   Kerajaan  Rakyat.   Tentang   kerakusan  UMNO/   Barisan  Nasional  diNegeri  Perak  sudah  tidak  perlu    di-   perjelaskan  lagi.    Seluruh  negara   sedang  menangisinya  dan   peristiwa  tersebut  telah  tersebar  luas  dimerata  dunia.   Kita   biarkan  mereka   “buying  time”   sebelum   dihukum  seadil-adilnya   oleh  rakyat  diPRU  13  nanti.


Parti PAS Konsisten Disetiap Masa

April 1, 2009

PILIHANRAYA   KECIL  P.059  BUKIT  GANTANG

Penduduk  kawasan Parlimen  Bukit  Gantang   sekali  lagi  diuji    Allah  yang  Maha  Berkuasa.     Memang  benar  Allah  telahpun   menerima   Doa  dan  Permohonan    kita  dengan   memberikan   kemenangan  pada   Pilahanraya Umum ke 12   dan   sekaligus   merestukan   Parti-Parti  yang  bersepakat  (PAS,DAP & PKR)  menubuhkan   sebuah  kerajaan    yang  menjanjikan   kesejahteraan  dan   kemakmuran  diNegeri  Perak.

Kerajaan  Pakatan  Rakyat   tidak  menunggu  lama   mengubah   lanskap   politik  dari   kerajaan  yang  setiap  urusannya   bertemakan  “UMNO First”  kepada   memberikan  tumpuan  kepada   golongan   masyarakat  yang  sekian  lama  tertindas.   Siapa  saja  rakyat  Negeri  Perak   boleh  datang  kepejabat  Menteri  Besar  mengemukakan   sebarang   permohonan  tanpa   bertanya   orang  itu   dari  Parti  mana.   Memang  terbayang  keceriaan  rakyat  yang  datang  berurusan  dengan  pemimpin  Pakatan  Rakyat.  Mereka  tidak  perlu  lagi  terlebih  dahulu  pergi  melalaui  Ketua  Cawangan, Ketua  Bahagian  atau   melalui  orang-orang  Wakil  Rakyat.

Hasrat  Kerajaan  Pakatan  Rakyat   terus  mencurah  bakti  kepada  kesejahteraan  rakyat  dan  memakmurkan  negeri  disekat  melalui  satu  rampasan  yang  cukup  licik.  Perkara  tersebut  boleh  berlaku   kerana   ada  manusia  tamak  dikalangan  kita  yang  sanggup  korbankan  kepentingan  rakyat  demi   mengejar  kemewahan  diri.

Bagi  saya  kekosongan  kerusi  Parlimen  Bukit  Gantang   disebabkan  kembalinya  Ustaz  Roslan Shahrom  kerahmatullah  adalah   sesuatu  yang  Allah   rancangkan

Kita  tidak  perlu  berpatah  balik  kezaman  yang  menjanjikan  kegelapan.    Kawasan  Bukit  Gantang  perlu  dikekal  oleh  Parti  PAS,  tambahan  kali  ini   PAS  telah   menawarkan  seorang   Tokoh   yang    Berhemah  dan  terbukti   bersedia  mengharungi   perit  getir  bersama-sama  dengan  rakyat.

Apabila  kita   memilih  untuk  terus  kekal   dengan  perubahan  yang  telah  Allah  kurniakan  bermulanya  PRU  12  tempoh  hari  maka  percayalah   Allah  akan  permudahkan  kerja-kerja  kita  yang  lain.  Ini  bererti   tidak  ada  susah   atau  halangan  bagi  Allah   untuk  mengembalikan   kuasa  memerintah  Negeri  Perak  kepada  Pakatan  Rakyat.

Pandangan  ini  saya  tujukan  kepada   para  pengundi  muda.  Sebagai   orang Islam,  kita   bersaudara  dan  telah  menjadi   tanggungjawab  saya  membimbing  generasi   yang  akan  menjadi  pewaris.   Kepada  yang  berada  diperantauan,   peluang  keemasan  ini  hanya  datang  sekali.