Kerajaan Campuran: Mungkin Satu Option

Ketegangan  politik  diPerak  tiada  tanda-tanda  yang  jelas  akan  reda.  Bagi  pihak-pihak  yang  merasakan  mereka  teraniaya   sudah pasti  tidak  berputus  asa.   Satu-satu  remedy  sedang  diharapkan   akan  menjelma .  Mereka  juga  penuh  yakin  tiap-tiap  orang  yang  dianaiya  akan  mendapat  perlindungan  Allah s.w.t.      Jelas  sekali  apa  yang  mereka  inginkan  hanyalah  peluang  untuk  kembali  kepada  rakyat.  Ini  semua  ada  kaitan  dengan  demokrasi,  accountability  dan  hak  mutlak  rakyat.

Disebelah  pihak  lagi  satu  kedudukan  mereka  seperti  “solid rock”.  Mereka  tetap  menyatakan  pendirian  tidak  akan  berganjak  kerana  mereka  memperolehi  kuasa  tersebut  melalui  perkenan  istana.  Mereka  peduli  apa  dengan  rintihan  rakyat.  Bagi  mereka  jika  nak  didengar atau  dilayan   bantahan  rakyat  ini   satu  kerja  apapun  ta`  jadi.

Sememangnyalah  mereka  merasa  sangat  pelik  dan  lucu  terhadap  tindakan Speaker DUN  kerana  pejabat-pejabat  mereka  hanya  bersebelahan  saja  dengan Dewan Undangan Negeri.  Mereka  berkemampuan  menukar  speaker  didalam  persidangan  yang  diadakan  nanti.   UMNO/BN   nampaknya sangat  yakin   kemelut  ini  akan  segera  selesai.

Sebagai  rakyat  biasa  saya  juga  percaya   lambat  laun  semuanya  akan  tenang  kembali.   Tetapi  yang  peliknya  pula  mengapa   terlalu  ramai  yang  berlumba-lumba  pergi  dalam  kumpulan  kebalai-balai  polis  diseluruh  negara  membuat Laporan Polis  tentang  tidak  puashati  terhadap  speaker DUN Perak.  Disamping  itu  berbagai  golongan  masyarakat  akan  muncul  dikaca TV  menyatakan  kesal  terhadap  tindakan  speaker.   Saya  sampai  dah  jadi  phobia  pula…Bayi  yang  menangis  dalam  buaianpun  saya  dengar  nada   bunyinya “buang  speakeeeer”.  Bercakap  tentang  Laporan-Laporan  Polis  yang  dibuat  berkaitan  kemelut  diPerak  dengarnya  ada  cadangan  hendak  dimuatkan  dalam  World  Book  of  Records  kerana  jumlahnya  sangat  fantastik.

Umum  tahu  mana  mungkin  penyelesaian  boleh  dibuat  melalui  pilihanraya  semula.  Belanjanya  sangat  besar.  Lihat  saja  diKuala  Trengganu  dalam  aspek  menjamin  keselamatan  sahaja  sejumlah  RM15 J  diperuntukan.

Jika  dapat  dihindarkan  sifat-sifat  tamak,  ego  dan  kepentingan  partisan  apakata  semua  pihak  duduk  semeja  “pecah  kepala”  fikir  sesuatu  yang  terbaik  untuk  rakyat.  Untuk  melengkapkan  Penggal   PRU 12  ini  bermuapakat  tubuh  kerajaan  campuran.  Memang  betul  saranan  ini  merugikan  satu-satu  pihak  tetapi  yang  akan  mendapat  untung  besar  adalah  rakyat.

One Response to Kerajaan Campuran: Mungkin Satu Option

  1. ANJA says:

    Assalamualaikum Pakcik,

    Kadang kadang terasa lucu juga dengan apa yang terjadi di negeri saya yang tercinta ini , memang boleh masuk World Book of Record , setidak tidaknya akan masuk dalam buku Sejarah Malaysia, sebagaimana semasa sekolah dulu , pertelingkahan antara dua kongsi gelap di Taiping , masuk dalam sukatan pelajaran sejarah.

    Yang menyedihkan , mungkin saya silap , media banyak sangat tonjolkan tentang kemelut ini ( maklumlah ..BN kena kempen) naik jelak tengok. Sehingga saya merasa (saya pasti bukan saya sorang aje) mereka ni tak de kerja lain ke ..asyik bertelingkah , orang ini tak patut buat begitu , patut begini..and so on..
    Apa salahnya hal yang berkaitan undang undang serahkan pada pihak yang sepatutnya .. Orang lain tu marilah sama sama pikrkan macamana nak bangunkan negeri Perak ini, bukan ke lebih berfaedah.

    Pada saya lagi pemimpin bertelingkah , lagi rakyat tidak menghormat pemimpin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: