Mesin Pengimbas Berehat

Saya  berasa  amat  terkejut  bila  membaca  kenyataan  Senator T. Murugiah  tentang  kerosakan   peralatan   serta  mesin  pengimbas  dipintu  masuk  sempadan  negara  diBukit  Kayu  Hitam.  Menurut  beliau  lagi   sudah  empat  tahun  ianya  tidak  berfungsi.  Yang   bertambah  pelik  perkara  tersebut  berlaku  dikedua-dua  jabatan  yang  cukup  penting  dalam  hal  keselamatan  negara  iaitu Polis  dan  Kastam.

Sampai  kesaat  ini  kita  belum  mendengar  sebarang  penjelasan  dari  kedua-dua  jabatan  berkenaan.   Saya  tidak  mahu  membuat  sebarang  spekulasi  dari  aspek  keselamatan.  Saya   hendak  tanya  pegawai-pegawai   kita  dijabatan-jabatan  berkenaan.  Apakah  jenis  pekerjaan  yang  sangat  mengasyikkan  mereka   sampai  tidak  perasan  yang  mesin  pengimbas  itu  sudah  empat  tahun  lebih  tidak  berfungsi.

Saya  berterima  kasih  kepada  Y.B. Pemimpin PPP  ini  kerana  prihatin  beliau  terhadap  keselamatan  negara  tambah-tambah  pula  disempadan dengan Thailand.  Hanya  saya  rasa  “timing”  nya  tidak  kena.  Jika  perkara  ini  berlaku  diBukit  Selambau  atau  Bukit  Gantang  saya  percaya  sebelum  subuh  lagi  dah  beres.   Yang  jelas  tidak    ada  “urgency” .  Masakan  boleh  bertahan  selama  empat  tahun  jika  terdapat  sebarang  insiden  yang  tidak  diingini.  Sebelum  ada  sesiapapun  yang  terhantuk  janganlah  pula  ada  yang   hendak ternadah.

Perkara-perkara  seperti  ini  kita  percaya  hanya   berlaku  didalam  jabatan-jabatan  kerajaan  sahaja.   Jika   mesin  dikilang  yang  rosak  dan  tidak  ada  sesiapapun  yang  mahu  ambil  tindakan  sudah  pasti  kesemua  pekerja  akan  diberhentikan.  Nak  buat  apa  bayar  gaji  sedangkan  tidak  ada  langsung  pengeluaran.  Akai  ada ka…

One Response to Mesin Pengimbas Berehat

  1. ANJA says:

    Assalaumalaikum,

    Setuju sesangaat..saya seorang pekerja swasta , memang kat sini kalau perkara begini berlaku, memang dah kena buang kerja.

    Baru baru ini saya dan suami ke sekolah anak , minta kerani sekolah sediakan sijil berhenti sekolah , sebab anak dah tukar ke sekolah asrama penuh…U know what boleh kerani tu kata sekarang sijil berhenti sekolah tak perlu…lagi sorang akai tak da..

    Mentang mentang di butir peribadi anak , pekerjaan bapa ialah peniaga di warong , dan ibu seorang kerani..dia buat leceh lah kot….

    Memang hari tu kerani tu kena sound dengan suami saya..nasib baik kebetulan masa tu ada cikgu masuk ..cikgu tu backing suami saya…terkena lah kerani sekolah tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: