Politik Perak minta diselamatkan (SOS)

February 11, 2009

Kita  sudah  MERDEKA  lebih  50  tahun… Betul.

Ramai rakyat  Perak  yang  berpendidikan  tinggi…. Betul.

Ramai  yang  petah  berpidato,  ramai  yang  menjelma  sebagai pakar  strategi,  ramai  yang  bijak  mengatur  gerakerja  dan  ramai  juga  yang  menjadi  Tukang  Ramal yang  disegani…….Semuanya  Betul.

Yang  tidak  ada  pada  pengamal  politik  diPerak  ialah  kesungguhan  dan   ketahanan    dalaman.    Lihat  saja  cara  UMNO  merampas  pentadbiran  negeri.   Kerana  tidak  adanya   kesungguhan   mereka  gagal   mempertahankan  kuasa  pada  PRU 12.   Mereka  tidak  mengaku  yang  kekalahan  mereka  adalah  dari  akibat  mereka  yang  tidak  bersungguh-sungguh   membela  rakyat   dan   kerana  tidak  ada  ketahanan  dalaman   mereka   sanggup   memijak  kepala-kepala  rakyat   untuk   berkuasa.    Apakah  mereka  percaya  yang   ALLAH  YANG  MAHA  BERKUASA    memperkenankan    cara  mereka  merampas  hak  rakyat  dengan  cara  yang  jijik  itu.

Saya  minta  disimpangkan  daripada  bergaul  dengan  orang-orang  yang  jijik  ini.    Sampai  kehari  ini   saya  masih  berpegang  kepada  pesanan    ibubapa  yang  diturun  dari   datuk  nenek  saya   bahawa  dalam  hidup  ini  jangan  sekali-kali  merampas  hak  orang  lain. Kerana  akibat  buruknya  nanti  bukan  setakat  kita  sendiri  saja  ianya  melarat  keanak  cucu  kita.    Apakah  kita  mahu  cucu-cicit  kita   yang  menanggung  dosa  yang  kita  lakukan  hari  ini.  Jika    salah  apa  yang  saya  katakan  ini   bolehlah   kemukakan  soalan  kepada   orang-orang  yang  arif  tentang  ugama Islam.

Para  pemimpin  Pakatan  juga  perlu    sedar  dari  tidur.   Bila  diuji  oleh  Allah  sekali  lagi   dengan  diberiNya  sedikit  kuasa  jangan  lupa  diri.  Jangan  jadi  kuda  yang  “dipasang  blinkers”  iaitu  nampak  orang-orang  yang  rapat  saja.    Jika  semua  sikap  negatif  dapat  dihindarkan  maka   tidak  mustahil   Allah  akan  terus  memberikan  ujian.


Anwar diperdaya

February 8, 2009

Anwar  dipilih  secara  demokratik  oleh  ahli  parlimen  pembangkang   menggantikan Wan Azizah  yang  mengosongkan  kerusi.  Sewaktu  namanya  dicadangkan  ta`  ada  siapapun  membantah.   Hari  ini   hanya  SATU  suara  meminta  beliau  meletak  jawatan.  Jadi  abaikan  saja  rintihan  itu.     Cerita-cerita  wakil  rakyat  BN  yang  hendak  melompat   supaya  Pakatan  boleh  memerintah  saya  percaya  bukan  retorik.

Dalam  dunia  realiti    apabila   seseorang  itu    dilanda  masaalah  dia  akan  sanggup  buat  apa  saja  untuk  menghindarnya.  Sekecil-kecil  masaalah  umpamanya     tidak  dipilih   menyertai  kabinet  ataupun  telah   3  penggal  berada  diParlimen  ta`  juga  naik-naik  pangkat  seseorang  itu  boleh  beralih  arah.   Walau  bagaimanapun    hasrat  orang-orang  yang  hendak  menyeberang   itu  di sedari  pimpinan  mereka  maka  sudah  tentulah  ada  kompromi  supaya  tidak  berubah  selera.

Seperti  yang  kita  semua  sedar  selepas  saja  tarikh  yang  dijanjikan  itu  berlalu  kita  tidak  lagi  dengar  tarikh-tarikh  baru.   Kesimpulannya  tidak  ada  seorangpun   ahli  parlimen  melompat dan  tidak  adil  jika  kita  mengatakan  Anwar  menganjur lompat melompat.

Dalam  kes  ADUN   Bota,  perancangannya  sungguh  licik.   Dia  telah  memperdaya  dengan  memburuk-burukkan  pimpanan BN.   Jadi  ramailah  yang  tertipu   termasuk  Anwar.

Satu  perkara  yang   saya  tidak  setuju  dengan  Anwar  dan  seringkali  saya   sebutkan  ialah  beliau   memberikan  100%  kepercayaan  kepada  orang-orang  yang  beliau  percaya.    Sebarang  masaalah  di Bahagian  sebagai  contoh  beliau  akan  mendengar  bulat-bulat  dari  kata-kata  Ketua-Ketua  Bahagian.  Kena  pulak  Ketua-Ketua  Bahagian  itu  yang  terdiri  dari  rakan-rakan  semasa    bersekolah  atau  rakan-rakan  sama-sama  dalam  UMNO  dulu  dan  orang-orang  ini  terus  menerus  mengambil  kesempatan.

Dalam  kes  Jamaluddin  ta`  kan  seorangpun  pimpinan  di Perak  ta`  nampak  riaknya.   Tiba-tiba  saja  beliau  tidak  mempercayai   beberapa  pemimpin  negeri.   Apabila  Haji  Osman   dihantar   mengetuai  Perak,  itulah  saat-saat  yang  beliau  tunggu.   Tidak  dinafikan  Jamal  dan  Haji  Osmanlah  yang  menghidupkan  parti  diPerak  sejak  ianya  ditubuhkan.  Terlalu  banyak  wang  ringgit  mereka  terkorban  untuk  menyelenggara  pejabat  dan  perbelanjaan-perbelanjaan  pada  setiap  majlis   yang  diadakan. Dengan  perbuatan  beliau  meninggalkan   dengan  cara  tragedi  yang  beliau  rancang,  telah  berbayarkah  hutang-hutang  kita  kepadanya?

Penyakit  cabar  mencabar  dikalangan   pimpinan  Pakatan  Rakyat  boleh  merebak  jika  tidak  dibendung.    Saya  syorkan  PKR  sudah  cukup  dewasa  dan  mampu  berdiri  sendiri.       Apabila   berlaku  Pilihanraya  Umum  persafahaman   mengenai  kerusi-kerusi  yang  hendak  ditandingi    boleh  diadakan  berdasarkan  kekuatan  masing-masing.

Saya  memohon  maaf  sekiranya  kata-kata  saya  ini  menyinggung  mana-mana  pemimpin.   Saya  hanya  ada  satu  kelebihan  walaupun  disepak  terajang  saya  masih  disini  kerana  saya  mahu  kekalkan  rekod  sebagai  orang  yang  menjadi  ahli  semenjak  parti  ditubuhkan.


Bilangan Penyamun Jauh Melebihi Pengamal Politik

February 7, 2009

Kelmarin (06.02.09)  sedang  saya  melayari  daerah para  sahabat  Handset  berdering…..  meminta  saya  datang  kekediaman  MB   untuk  mendengar  taklimat  yang  diadakan  khas  kepada  Bloggers pendokong  Pakatan  Rakyat.

Berbagai  cerita  mengenai  kelakuan  ketua  SUK   dengan  tidak  umpamakan    orang,  menceroboh   pejabat MB ,  megeledah  laci-laci  dan  sebagainya.  Saya  berbisik  kepada  rakan  disebelah,  saya  kata  saya  ta`  hairan  langsung tentang  perangai  buruk orang -orang  seperti  itu (barua UMNO)  .  Saya  akan  terkejut  beruk  jika sekiranya  ada  pegawai  tinggi  kerajaan   yang  bersopan, hurmat  kepada Taukey (rakyat)   dan  bertimbangrasa  walaupun  mereka  diambang   dapat  kuasa ,    ta`  tentu  saya  boleh  pensan  sebab  punya  ta`  percaya.

Saya  tidak  ada  apa-apa  kepentingan  dalam  Pakatan  Rakyat  tetapi   jelas  hak  mereka  berpolitik  telah  dirampas.  Mereka  (rakyat yang ditindas) yang  membayar  cukai;     setiap  yang  memegang  jawatan  KERAJAan   disemua  peringkat  mendapat  gaji  setiap  bulan  melalui   wang  cukai  daripada  rakyat  yang  membanting tulang dan  memecah  keringat .  Rakyat  yang  tertindas ini  tidak  ambil  pusing  jika   wang  mereka (cukai koperat, cukai pendapatan, lesen  sembelih  kinzir,  lesen  anjing)  puak-puak  Perampas   mencuri,  mengsonglap  dan  mencilok  kerana  kita  semua   dah  faham  itulah  professionnya.  Dan  motto  penyamun Elite  ini  ialah   “harta orang mereka  punya  dan  harta  mereka  dah  tentulah  mereka  punya”.

Dengan  cara  yang  beruk-beruk UMNO/BN  lakukan  ini  seperti  memperdaya  dan  menikam  dari  belakang  amatlah  tidak  dapat  diterima.

Saya  bersama  rakyat  kita  yang  datang  dari   segenap  penjuru  berpeluang  mengerjakan  solat  magrib  dan  ishak  berjemaah  disamping  bersolat  hajat.    Perkara  ini  akan  kami  teruskan  sehingga  mencapai  matlamat  iaitu  menerima  kembali  KERAJAan  kami  yang  dirampas.

Percayalah,  kami  tidak  akan  jemu-jemu  memohon  kepada ALLAH YANG  MAHA  BERKUASA   walaunpun  sehingga  ketarikh  apabila   PRU 13  diistiharkan.

Kamu  penyamun-penyamun  dan  perompak-perompak  mungkin  ada   harta  dunia  beerkoyan-koyan   TETAPI  yang  nyata   kamu-kamu  semua    TIDAK  ADA   apa  yang  sedang  kami  miliki.


Democracy is Dead

February 7, 2009

We  don`t  need  another  May 13  to  shut  down  democracy.  It is  just  like  normal  road  accidents,  poor  cyclist   trying  to  beat  traffic  jams  is  knocked down  by  luxury  cars.  On  the  spot  he  lost  his  life.    What  would  happen  to  his  family  then.   Who  cares?

The  name  of  the  game  is  power.    To survive  in  life  every  normal  rakyat  must  earn  a  living.  If  they  have  a  big  family  to  support  than  they  must  do  extra  work.   You   must  not  waste  your  time  talking  about  politics.  Don`t  get  near  its  too  risiky.   Those  are  meant  for  the  elite  group  only.  Your    vote  is  not  that  valueable   anymore   and  has  become useless because  you  have  given  it  to  someone  who    took  it  as  his  own property  and     trade it  off .


Apakah Aku Puncanya

February 6, 2009

Apakah  aku,  setelah  diamanahkan  hanya mahu  melayan  puak-puakku saja.

Apakah  aku,  setelah  ditunjuk  sebagai  pemudahcara  bagi  pemerintah hanya  membenarkan  orang-orang   yang  aku  suka  saja  boleh  bertemu  pemerintah.

Apakah  aku,  setelah  dilantik  mentadbir  Kawasan  hanya  memileh  koncu-koncuku  sebagai  jemaah  pentadbiran.

Apakah  aku,   demi  menjaga  kepentingan  masa  depanku  akan  hanya  membuat  agihan  dikalangan  orang-orang  yang  mahu  menyokong  muslihatku.

Saudaraku,    Jawablah  soalan-soalan  diatas  dengan  penuh  keikhlasan.  Insaf  dan  kembalikan  hak-hak    orang-orang  yang  berhak  yang  saudara  telah  terambil.

Ingatlah  perjuangan  ini  akan  kita  wariskan  kepada  anak  cucu  kita.  Untuk  diri  kita  apa  yang  masih  kita  terkilan.

Kemana  hendak  dipandu  selepas  ini  –  kuncinya  ditangan  saudara.


Bloggers Juga Boleh Tubuh Kerajaan

February 5, 2009

Melihat  kepada  situasi semasa  dimana  orang-orang   Bebas  boleh  menjadi  power broker kepada  sesuatu kerajaan,  para   Bloggers bolehlah  mengambil  iktibar  darinya.

Saya  percaya  PRU 13  nanti  calun-calun  Bebas  sudah  tidak  ada  peluang  untuk  menang  sebab  pengundi  sudah  bijak.  Para  pengundi  akan  memileh   orang-orang  bijak  seperti  para  Bloggers  mewakili  mereka  sama ada  diParlimen  atau  di DUN.

Umum  tahu  yang  Bloggers  adalah  terdiri  daripada  orang-orang  yang  berpendidikan, memiliki  beberapa Ijazah  dan  mempunyai  visi  yang  jelas.  Saya  berharap  benar  para  Bloggers  memikirkan  cadangan  saya  ini  secara  serious.    Sekurang-kurangnya  kita  dapat  memberikan  harapan  kepada  masa  depan  yang  gemilang  kepada  rakyat daripada  mereka   memberikan  kuasa  kepada  orang-orang  yang  pada  mulanya  tunjuk  diri  macam  gentleman  tapi  ta`  lama  kemudian  istihar  sebagai  Bebas  sebebas-bebasnya.  Kemudian  Teropong  tengok  “Kalau-kalau  ada  lobang-lobang  kerja” ….  (dipetik dari  Laksamana Do Re Me)

Kita  mensasar  2020  untuk  Bebas   dari  kemunduran  dan  ingin  setanding  dengan  negara-negara  maju  bukan  memileh  menggalas  orang-orang  yang  BEBAS.


Lompatan Klasik

February 5, 2009

Saya  memang  tahu  yang  kawan saya ni  mengidap  sakit  pinggang.  Itulah  sebabnya  semasa  Kongres    baru-baru  ini  beliau  tidak  hadir.   Apabila  sakit  pinggangnya  menyerang  lagi  beliau  telah  mendapat  M.C.  beberapa  hari  disamping  mendapatkan  rawatan  secara  tradisional  diPahang.    Kesakitan  yang  beliau  tanggung  hingga  tidak  dapat  hendak  berkomunikasi  dengan  sesiapapun.    Sebagai  kawan  lama  saya    sangat  simpati  dan  turut  berdoa  agar  segera  sembuh  dan  dapat  meneruskan  kerja-kerja   bersangkut  dengan  kesejahteraan  rakyat.

Apa  yang  mengejutkan  saya  duduk  ta`  duduk  dan  ditengah-tengah kesakitan itu boleh pula  menyertai acara  Lompat  Kijang  (triple jump)   dan  lompatannya  boleh  dicatit dalam World Book of Records.    Sungguh  menakjubkan.  Daripada  gerak-perlahan  rakaman  lompatan  itu  dengan  jelas  dapat  dilihat  beliau  bermula dari papan P   berlari  lalu  mencecah  papan B  dan  seterusnya  menghumbankan  seluruh  badannya kepapan B+    Satu rekod  yang  mungkin  dpat dipecahkan.


Adakah manusia lain semulia Jamal & Capt. Os

February 4, 2009

Saya  lontarkan  ungkapan  diatas  kerana  sebelum  ini  saya  belum   pernah  lagi  ketemu  orang-orang  yang   berwatak  sehebat  mereka.  Mereka  korbankan  kedudukan  sebagai  EXCO Kerajaan  demi  masa  depan   rakan  taulan  dalam  UMNO  iaitu  parti  yang  mereka  berkerat-rotan  sebelum  ini.

Mereka  ada  kes  mahkamah  yang  perlu  dijawab  pada  10  Februari.  Saya  ucap  syabas  kepada  mereka  ini  kerana  terlebih  yakin  yang  mereka  dapat  lalui  kemelut tersebut  seperti  tidak  ada  apa  yang  berlaku.

Pengorbanan  yang  mereka  lakukan  seterusnya  oleh  sebab  mereka  sedang  menghadapi  tuduhan  jenayah   sudah  tentu  mereka  tidak  akan dipilih  menjawat  sebarang  jawatan dalam  kerajaan  baru  sekiranya  BN  ada  peluang  kembali  berkuasa  dengan  cara  luarbiasa  yang  sedang  mereka  rencanakan.

Sekian  buat  masa  ini  –  kita  jumpa  besok  Insyaallah.


J/Kuasa Perhubungan Negeri Perlu Rombakan

February 4, 2009

Parti Keadilan Rakyat  hilang  dua ( 2 )  permata  gara-gara  tindakan  tidak  beretika  pimpanan Negeri Perak.    Bagi  menyelamatkan  Parti  dari  terus  dilanda  masaalah  kesemua  Ketua-Ketua Bahagian  yang  secara  otomatisnya  adalah  ahli-ahli Jawatankuasa Perhubungan Negeri hendaklah  bertanggungjawab   terhadap  keputusan  menghantar  surat-surat  “pre-signed”  mengosong  kerusi  oleh YB Jamal  dan  YB Capt. Osman.   Mengapa  tidak  ada  seorangpun  dikalangan  mereka   yang  sedar  yang  dokumen  tersebut  tidak  valid  selagi  mereka  masih  menjadi  ahli.

Bercakap  berkaitan  dengan  ketua-ketua  bahagian  saya  ada   menulis  sebelum  ini  setelah  PR  dapat  memerintah Perak  mereka  hanya  berusaha  mengukuhkan  kedudukan  mereka  supaya di PRU 13  nanti mereka  berjaya  mencapai  cita-cita  politik  mereka.  Dalam  hal  ini  saya  yang  berjawatan Naib Ketua Bahagian (dipilih dalam  Mesyuarat Agung Bahagian)  dipinggirkan.    Keputusan-keputusan  diperingkat  bahagian  hanya  dibuat  oleh  beberapa  orang   “pengampu”  sahaja.

Soalan  kepada  Pimpinan  Tertinggi  setelah   ditimpa  bala  ini  apakah  masih  tetap  percaya  kepada  pemimpin-pemimpin  yang  dinyatakan  diatas  daripada   bersedia  mendengar  rintihan  ahli-ahli  yang  benar-benar  sayangkan PERJUANGAN.


Bersedia Berdepan Rakyat

February 2, 2009
Suruhanjaya  Pelihanraya  (SPR)    Malaysia  telah  mengesahkan  menerima  surat  peristiharan    kekosongan    dua  ( 2 )  kerusi  Dewan Undangan   Negeri  Perak  dari  Speaker Dewan.     Keputusan    samaada  Pilihanraya-Pilihanraya Kecil  akan  diadakan  atau  sebaliknya  akan  hanya  dapat  diputuskan  didalam  Mesyuarat  SPR  yang  akan  diadakan  besok.
Sebelum  mengistiharkan  kekosongan   kerusi-kerusi  tersebut  Speaker  Dewan  terlebih  dahulu  telah  menerima  surat  perletakan  jawatan  dari ADUN-ADUN  yang  terbabit.
Mengikut  tradisi  dalam  PR  kerusi-kerusi  tersebut  akan   tetap  diwakili  oleh   calun-calun  dari  PKR.      Kepimpinan  PKR  jangan  membuang  masa  lagi.    Lakukan  saringan-saringan   terperinci  supaya  calun-calun  yang  bakal  ditonjolkan  nanti  adalah  dikalangan   orang-orang  yang  benar-benar  sayangkan  Parti.  Ahli-ahli  yang  senantiasa  mengutamakan  Parti,  tidak  putus-putus menyumbang  bakti ,  berjiwa  rakyat  dan  tidak merasa kecewa  walaupun  tidak  diberi  kepercayaan  memegang  sebarang  jawatan  dalam  Kerajaan  atau  GLC  perlu  diberi  KEUTAMAAN   sebagai  calun.     Elakan  dari  meletakan  semula  calun-calun   yang  kalah  dalam  PRU 12  (calun-calun Parlimen & DUN).
Saya  nyatakan   semua  ini   sebagai  satu  pendapat  ikhlas dari  seorang  ahli  yang  telah  menyertai  Parti  PKR  semenjak ianya  ditubuhkan  dan  yang  pernah  menjadi  Setiausaha  Bahagian, Timbalan Ketua  Bahagian dan  sekarang  masih  aktif  menyumbang  kepada  Parti  samaada  secara  langsung   atau  tidak  langsung.