Saya berasa amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa ahli-ahli BloggersNetwork@Perak ditahan polis kerana mengedar risalah diKuala Kangsar. Parti pemerintah perlu belajar untuk hidup bertamadun. Rakyat berhak mengetahui perkara sebenar yang melibatkan diri mereka. Jika bahan-bahan seperti maklumat tepat tidak diberi access lebih baik tamatkan saja demokrasi. Tidak perlu lagi hipokrit kepada rakyat. Hentikan lakunan mengguling-guling diatas tanah minta rakyat sambung kuasa apabila tempoh 5 tahun hampir tamat. Perintahlah negeri ni selama mana nafsu arahkan. Segala hasil yang diperolehi dari bumi bertuah ini agih-agihkan saja kepada mereka yang dikeliling pinggang saja. Sebenarnya rakyat terbanyak bukan tidak tahu apa yang pak-pak lahab buat. Mereka buat-buat ta` nampak saja. Mereka juga tahu bahawa hasil yang puaktu perolehi itu tidak boleh nak digunakan untuk jalan kebaikan. Semua perolehan itu telah dimeterai MOU dengan syaitan melalui usahasama berpoya-poya dan membeli katak-katak antik untuk dijadikan hiasan dan sentimental value .
Apakah salahnya rakyat dapat membaca maklumat-maklumat yang sahih yang diusahakan oleh pihak-pihak yang teraniaya. Jika benar bertanggungjawab mengapa maklumat seperti Imuniti Raja-Raja Melayu telah dimansuhkan sekitar tahun 1993 tidak disampaikan kepada rakyat melalui saluran media yang resmi.
Kepada kerabat kami Nor Bariah Mohd Ali, Rosmina Hamdan, Meor Johari dan Abdul Hadi saya ucap syabas. Kepada ahli-ahli keluarga mereka ini saya lafaskan simpati yang amat sangat. Harap bersabar menghadapi ujian Allah ini.
Setiap kita sepatutnya mahukan kuasa untuk mengmakmurkan rakyat bukannya dijadikan sebagai hak milik.