Cerita gambar-gambar sulit seorang ADUN belum lagi disahkan. Setakat semalam (16/02) pihak polis baru menerima report yang dibuat Elizabeth Wong sendiri dan memaklumkan akan memulakan siasatan.
Ada seorang ADUN lain pula mendesak supaya YB Elizabeth meletak jawatan EXCO dan kosongkan kerusi kerana terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Nampaknya ADUN yang seorang ini sangat terkedepan . Semenjak menjadi pembangkang beliau dilihat cerdiklah sikit. Saya berpendapat Negeri Selangor sangat-sangat menghargai homework beliau ini.
Sebelum ini beliau tidak dilihat hebat walaupun memegang watak CEO. Dengan memberi “Penyapu” kepada Pegawai Awam bagi beliau itu adalah hadiah yang tepat. Beliau tetap mengatakan beliau memiliki tahap moral yang tinggi dengan berbuat demikian. Beliau tidak peduli kepada perasaan orang lain.
Seperkara lagi yang nampak sangat beliau dah cukup cerdik ialah jika ada benda-benda pelik yang puak-puak beliau yang buat mulutnya macam kena jahit pula.
Sidia ni sekarang sedang pasang angan-angan nak jadi naib presiden (otomatis). Siapapun mesti glamour dapat jadi orang nombor 6 atau 7 dalam parti. Ta` tahulah orang lain, saya nampak peluang beliau “uphill battle” kerana memiliki moral yang klasik. Begitu juga seorang lagi calun kerana terlalu “outspoken” . Orang lain yang hendak mempertahan hak dia kata Anwar suruh. Saya predict KJ akan menang “hands down” kerana beliau tidak pernah attack peribadi. Kutuk-kutuk dalam politik tu biasalah, sayapun ada tegur dia.
Tapi walau bagaimanapun masih ada masa untuk memperbaiki kedudukan. Asal jangan cari mileage kelas “D”.
Assalamualaikum PAkcik,
Sedih saya tengok reaksi orang yang terlebih pandai di TV semalam..Nak aje saya cakap padanya ,
Cara ‘memikat’ begitu (Suruh orang letak jawatan) dah ketinggalan zaman.
Pada saya , saya takkan hormat orang yg sedemikian , meluat lagi adalah.
Saya rasa orang akan memandang tinggi padanya jika lahirkan rasa simpati kepada mangsa dan serahkan hal ini pada PKR.
Agak agak Pakcik , cara saya ini boleh digunapakai tak dlm politik?