Kabinet Pertikai Keputusan Sendiri

February 28, 2009

Menteri  Kerja  Raya Malaysia  membuat  pengumuman  keputusan  Kabinet  tentang  kenaikan   kadar  tol  berkuatkuasa  01.03.09  ini.  Sebaik  sahaja  ianya  terbit  dimedia eletronik  maka   rakyat   secara  umumnya   memberikan    berbagai  reaksi. Masyarakat  Pengguna  sama  sekali  tidak  dapat  menerimanya.  Kecualilah   kaki-kaki  pengampu   yang  menyatakan  sangat  wajar  kadar  tol   itu   dinaikkan    agar  ianya   dapat  meringankan   beban   pihak  pemegang  Konsesi.

Sehari  selepas  pengumuman  tersebut dibuat   Ketua Kabinet    mengarahkan  Kabinet  mengkaji  semula  keputusan  Kabinet  itu.  Maka  Kabinetpun  bermesyuarat  lain   lantas  membuat  keputusan  baru  bahawa  kenaikan  kadar  tol   yang  sepatutnya  dinaikan  kini  ditangguh  sehingga  kesatu  tarikh  yang  belum  ditetapkan.  Respons  rakyat  selepas  pemgumuman  baru  ini   sangat  positif.  Bagi  saya  ianya  tidak  lebih  daripada  menonton  sebuah  filem   terbaik (tempatan)   dan  pada  bila-bila  masa  saja  akan  dianugerahkan  Oscar.

Respons  P.M.  pula  keputusan  ini  tiada  kena  mengena  dengan  pilihanraya kecil (Bkt. Gantang & Bkt. Selambau).   Yang  ini  saya  setuju   100%  kerana  menurut  menteri kewangan  oleh  sebab  kadar  tol tidak  dapat  hendak  dinaikkan  maka  terpaksalah  kerajaan  sendiri  membayar   kepada pihak   Pemegang  Konsesi.   Secara  sinis  menteri  kewangan  berkata… duit  rakyat  juga  tu.

Saya  percaya   peristiwa  ini  sangat-sangat  memalukan Kabinet.  Selepas  daripada  teguran  saya  ini  saya  juga  percaya  Kabinet  ini  akan  dibubarkan  selambat-lambatnya   selepas  perhimpunan umno  akhir  bulan Mac ini.

Bagi   pendokong  dan  penyokong   BN   perkara  sebegini  mereka  nampak  remeh  saja.  Mereka   tentu  cukup  pelik  jika  membaca  tulisan  saya  ini.   Mereka   adalah  orang-orang  yang  up-to-date  dan  hanya  mahu  bincang  perkara-perkara  current  sahaja.

Sebagai  contoh   perihal  Speaker  DUN  Perak  memanggil  sidang  tergempar  pada  3hb.  ni.   Berbagailah  kata-kata  kesat  yang  mereka  lemparkan  kepada  Speaker  kita  tu.   Mengapa  kita   suka  menghalang  kerja-kerja  orang lain.     Kalau  yang  kita  suka  tu   ta`  betul  macam  manapun   kita  tidak  ambil  kesah.

Inilah  istimewanya  Malaysia….kepimpinan  melalui tauladan….bersih,  cekap  dan  amanah (lama  sungguh  ta`  dengar  ungkapan  ini).