Benar-benar Merdeka kah kita?

Saya  berasa  amat  terkejut  apabila  dimaklumkan  bahawa ahli-ahli  BloggersNetwork@Perak  ditahan  polis  kerana  mengedar  risalah diKuala  Kangsar.    Parti pemerintah  perlu  belajar  untuk  hidup  bertamadun.  Rakyat   berhak  mengetahui  perkara  sebenar  yang  melibatkan   diri  mereka.     Jika  bahan-bahan  seperti  maklumat  tepat  tidak   diberi  access  lebih  baik  tamatkan  saja  demokrasi.  Tidak  perlu  lagi  hipokrit  kepada  rakyat.   Hentikan   lakunan  mengguling-guling  diatas  tanah   minta  rakyat   sambung  kuasa  apabila  tempoh  5  tahun  hampir  tamat.    Perintahlah  negeri  ni   selama  mana  nafsu  arahkan.    Segala  hasil  yang  diperolehi  dari  bumi  bertuah  ini  agih-agihkan  saja   kepada   mereka  yang  dikeliling  pinggang  saja.  Sebenarnya  rakyat  terbanyak  bukan  tidak  tahu   apa  yang  pak-pak  lahab   buat.  Mereka  buat-buat  ta`  nampak  saja.    Mereka  juga  tahu  bahawa   hasil  yang   puaktu  perolehi  itu   tidak   boleh  nak  digunakan  untuk  jalan  kebaikan.    Semua  perolehan  itu  telah  dimeterai  MOU  dengan  syaitan  melalui  usahasama  berpoya-poya  dan  membeli  katak-katak  antik  untuk  dijadikan  hiasan  dan  sentimental  value .

Apakah  salahnya  rakyat   dapat  membaca  maklumat-maklumat  yang  sahih  yang  diusahakan  oleh  pihak-pihak  yang  teraniaya.  Jika  benar  bertanggungjawab  mengapa  maklumat  seperti  Imuniti  Raja-Raja  Melayu   telah  dimansuhkan   sekitar  tahun  1993  tidak  disampaikan  kepada  rakyat   melalui  saluran  media  yang  resmi.

Kepada   kerabat  kami  Nor Bariah Mohd Ali,  Rosmina Hamdan, Meor Johari  dan  Abdul  Hadi  saya  ucap   syabas.  Kepada   ahli-ahli  keluarga  mereka  ini  saya  lafaskan  simpati  yang  amat  sangat.  Harap  bersabar  menghadapi  ujian  Allah  ini.

Setiap  kita  sepatutnya  mahukan  kuasa   untuk  mengmakmurkan  rakyat  bukannya  dijadikan  sebagai  hak  milik.

2 Responses to Benar-benar Merdeka kah kita?

  1. ANJA says:

    Assalamualaikum Pakcik , saya suka kata kata ini :-

    Setiap kita sepatutnya mahukan kuasa untuk mengmakmurkan rakyat bukannya sebagai hak milik.

    Memang itu sepatutnya , tapi masih relevan kah perkara itu..

    Pada pandangan saya yang rabun ini…

    Saya belum yakin masakini wujud satu parti sedemikian , baik BN mahupun PKR.

  2. ANJA says:

    Oh , ya tentang isu penangkapan tu , pada saya itu prosedur biasa dalam polis ,

    PAda keadaan yang tak menentu skrang ini , road blok sana sini , saya rasa memang wajar polis mengambil langkah berjaga jaga sedemikian bagi menjamin keselamatan orang ramai .

    Apa yang saya tahu mereka ditahan untuk siasatan lebih lanjut , dah dibebaskan pun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: