Apa Itu Politik

Sepanjang    bergiat  dalam  parti  politik  saya   masih  belum  boleh  menjawab  jika  ada  yang  bertanya  Apa  Itu  Politik.

Apakah  dengan  mengangkut  orang-orang  dari  segenap  pelusuk  berpuloh-puloh  Bas  diperguna  untuk  upacara “tunjuk baik” dibandaraya  Itu Politik?

Apakah  dengan  memberi   kedudukan  istimewa  kepada  individu-individu  tertentu  yang  kononnya  untuk  menjaga  kepentingan  bangsa-bangsa  Itu  Politik?

Apakah  dengan  mencanang  keseluruh  dunia  setiap  kali  sesuatu  bantuan  disampaikan  Itu  Politik?

Banyak  lagi  benda-benda  yang  orang-orang  parti  politik  buat  sama  sekali  bukan  kegiatan  politik.  Apa  yang  berlaku  sebenarnya  adalah  AGENDA.     Dalam  agenda  untuk  mendapat  pencalunan  yang  mencukupi  dalam  usaha  merebut  jawatan  satu  bentuk  pengorbanan  awal  perlu  ditunjuk.  Dan  banyak  lagi  amalan-amalan yang  tidak  berkait  langsung  dengan  politik  dipraktikkan.

Sudah  sampai  masanya  masyarakat  ramai  yang  sudah  terlalu  jijik  melihat  telatah  seperti  yang  disebutkan  mencari  jalan  keluar. Satu  cara  berpolitik  yang  sebenar-benar  politik  perlu  diterokai. Golongan  muda  sudah  pasti  tidak   bersedia  meniru  cara-cara  yang  dipamerkan parti politik  yang  established.

Golongan  muda  perlu  ujudkan  satu  wadah  perjuangan  politik  bentuk  baru.  Dimana  segala  kegiatan  adalah  semata-mata  untuk  menjamin  kestabilan  politik.   Dengan  tertubuhnya  sebuah  parti  yang  mantap sudah  pasti  rakyat  terbanyak  bersedia  mendokong  dan  bersama-sama  menjayakan  agenda negara.  Dipihak  pemgundi sudah  tentu  dengan  senang  hati  memberikan  kuasa.   Mendapatkan   kuasa  memerintah  melalui  cara  Merampas  tidak  akan  ada  ruang  lagi.

Anak-anak  muda  bangsaku  bangunlah  dan  buatlah  sesuatu  untuk negaramu  Malaysia.   Jika   buah  fikiran  Pakcik  diperlukan  anak-anak  boleh  mendapatkan  bila-bila  masa  saja.

2 Responses to Apa Itu Politik

  1. ANJA says:

    Baru aje nak tanya pakcik apa itu politik , rupanya pakcik pun tak tahu.

    Pendapat saya yang rabun politik ini , ilmu poltik dan ilmu pemasaran itu lebih kurang sama .Ilmu bagaimana kita nak memperkenalkan produk kita , memujuk orang supaya membeli produk kita, nampak macam bagus walaupun tak berapa bagus, nampak macam betul walapun tak betul, bagaimana kita nak letak harga yang bersesuaian dengan kehendak masyarakat. terima.

  2. ANJA says:

    Ooops , macam pernah saya baca aje pendapat pakcik ni, pakcik juga pengungjung setia blog ahli parlimen itu ya…,padanlah pendapat lebih kurang tak sama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: