Persepsi dalam bahasa Inggeris disebut perception adalah berasal dari perkataan Latin “percepcio antara lain maksudnya ialah cara seseorang memahami satu-satu berita yang dikutip kemudian menterjemahkan kepada umum.
Tidak menjadi sebarang masaalah sekiranya topik yang diperdebatkan tidak melibatkan point-point yang bersangkut Undang-Undang mithalannya seperti kita mempertikai keputusan pengadil bola memberi sepakan penalti sedangkan penjaga gol sendiri yang pergi terkam kaki penyerang.
Didalam perkara Speaker DUN Perak biarlah proses Undang-Undang yang memutuskan tentang legalitinya. Mengapa ada suara-suara yang mengatakan Speaker berjenaka, speaker membuat keputusan diluar bidang kuasa dan sebagainya. Jika benar Speaker tiada berkuasa terhadap DUN mengapa pihak-pihak yang dipanggil oleh speaker tidak mengabaikan saja. Pendapat saya YB Zambry ikut nasihat PM kita. Buat lapuran polis dan menuntut keadilan dimahkamah. Tidak perlu nak menakut-nakutkan orang kerana membelakangkan istana. Lagipun YB dapat jadi MB pun atas ikhsan parti bebas.
Sebenarnya rakyat negara ini sudah cukup faham tentang melayu-melayu dalam amnu. Selama lebih 50 tahun berbagai tipuhelah telah mereka jalankan.
Kembali kepada tajuk persepsi ada dua golongan dalam negara ini yang kerap meluahkan persepsi. Satu dipihak yang rakyat sedang pinjamkan kuasa. Mereka mahu persepsi mereka mirip kepada undang-undang. Apa yang mereka kata mesti diambil sebagai betul. Jika pihak yang satu lagi bersuara mereka akan menekankan terdapat unsur-unsur fitnah, subjudice, prejudice dan sebagainya. Bagi mereka. mereka masih belum melakukan sebarang kesalahan atau penghinaan walaupun ada diantaranya pernah pergi kenegara jiran ( bermain kompang atas sampan) untuk menjalani satu upacara. Yang bestnya apa saja yang puak tu buat semuanya cantheeek
Akhir sekali saya memohon kepada sesiapa yang Allah izinkan memerintah negara selepas ini jangan ditiru sedikitpun “style” mereka demi masa depan cucu cicit.