Hari ini 14.02.2009 adalah hari memuja kekasih. Satu amalan biasa bagi orang-orang kristian. Akan bergemelapanlah ruang-ruang santai dihotel-hotel 4 hingga 6 bintang. Bagi kita yang berugama Islam upacara tersebut adalah bertentangan dengan akidah. Tetapi malangnya hanya beberapa kerat saja yang tahu larangan ugama ini.
Maka, yang turut berperanan memenuhkan dewan-dewan “Table for Two Candlelight Dinner” adalah remaja-remaja melayu islam kita berpasang-pasangan. Mengapa gejala ini terus berlaku dan saban tahun jumlah penganut bertambah berkaliganda?
Bagi para ibubapa mahupun penjaga ini adalah perkara kecil dan ta` perlu kecoh-kecoh. Lagipun belum pernah terdengar sebarang pencegahan yang dibuat oleh pihak berwajib. Biarlah budak-budak tu nak berseronok setahun sekali.
Jika ada yang tidak setuju dengan apa yang saya luahkan ini. Saya ta` kisah – “no hal”. Tapi janganlah apabila gejala tersebut sudah tidak dapat dibendung lagi kita mula salah menyalah. Selepas ini kita tidak ingin lagi dengar yang pihak berwajib menyalahkan ibubapa kerana gagal memberikan pendidikan ugama dan moral yang betul dan disebelah pihak ibubapa pula janganlah ada yang menyalahkan pihak berwajib kerana memberikan lebih tumpuan kepada usaha-usaha mengimbangi suasana politik dari matlamat asal tumpuan tugas.
Saya ada satu proposal untuk para remaja (dan yang awal tua juga) iaitu pada bila-bila masa saja kita teringatkan kekasih, kita bawa menyanyi. Lagu yang paling sesuai dinyanyikan ialah lagu dendangan Jamal Abdillah “Kepadamu Kekasih”. Untuk membantu menghafal liriknya saya salinkan seperti dibawah. Dan akhirnya saya ucapkan selamat berjaya.
KEPADAMU KEKASIH ……AKU BERSERAH
KERNA KU TAHU KAU LEBIH MENGERTI
APA YANG TERLUKIS DICERMIN WAJAHKU INI
APA YANG TERSIRAT DIHATI…….BERSAMA AMALI
KEPADAMU KEKASIH…..AKU BERTANYA
APAKAH KAU AKAN MENERIMAKU KEMBALI
ATAU HARUS MENGHITUNG LAGI…SEGALA JASA DAN BAKTI
ATAU HARUS MENCAMPAKKAN DISISI
TANPA HARGA DIRI
HANYA PADAMU KEKASIH, AKU TINGGALKAN
JAWAPAN YANG BELUM KU TEMUKAN,
YANG BAKAL AKU NANTIKAN BILA MALAM MENJEMPUTKU
LENA BERADU
KEPADAMU KEKASIH, AKU SERAHKAN JIWA DAN RAGA,
JUA SEGALANYA
APAKAH KAU AKAN MENERIMA PENYERAHAN INI
APAKAH KAU AKAN MENERIMAKU
DALAM KEADAAN BEGINI ****