Pagi ini saya ingin bermula dengan mengulangi kembali dailog-dailog terpilih dalam filem arahan Tan Sri P. Ramlee bertajuk “Madu Tiga”. Dailog yang dimaksudkan ialah diantara Ahmad Nesfu (bapa) dengan Zaharah Agus (Tipah):
Bapak : Kau nak kemana Tipah?
Tipah : Tipah nak pergi mengadu pada Persatuan Wanita
Bapak : Kau nak mengadu apa?
Tipah: Tipah nak persatuan wanita menentang lelaki kahwin lebih dari satu
Bapak : Kalau dulu baik…..sekarang dah terlambat
Tipah: Tipah ta` peduli. Tipah nak buat sampai mereka bercerai
Bapa : Ta` baik…..meruntuhkan mesjid
Dailog ini dengan jelas menerangkan bahawa sesuatu itu jikalau hendak dicegah kenalah bermula dari awal, sebelum sesuatu yang tidak diingini terjadi.
Didalam Utusan keluaran hari ini ada memuatkan berita yang memetik Menteri Pelajaran mahu pelajar-pelajar dididik sebetulnya supaya peristiwa sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar lain sehingga koma dan akhirnya pergi menemui tuhan tidak berulang. Tidakkah peringatan serta mengatur beberapa langkah pencegahan yang disarankan ini sudah TERLAMBAT. Sejak “Pembuli” lagi pihak berwajib tidak mengambil pusing sekarang mereka dah graduate sebagai samseng baru hendak diadakan langkah-langkah pencegahan. Sedangkan saban hari pelajar-pelajar kita menonton cara-cara baru untuk bertindak sebagai samseng.
Lihat saja “live” diParlimen semalam. Sudah tentu insiden tersebut menjadi kebanggaan samseng-samseng (umno). Bagaimana samseng-samseng tersebut boleh berada ditempat yang mulia ini?. Setahu saya bukan semua orang boleh hadir menyaksikan persidangan parlimen. Orang-orang yang menjadi tetamu Ahli Parlimen sahaja boleh berada disitu (ini yang saya tahu).
Kata sesetengah pihak Pemuda UMNO adalah harapan bangsa dan pelindung maruah orang melayu. Ceritakanlah kepada kami rakyat jelata ini maruah apa yang saudara telah selamatkan? Dengan melakukan serangan tersebut apakah saudara-saudara betul-betul yakin tidak akan ada sebarang penghinaan lagi? Kepada saudara-saudara kah negara ini hendak diwariskan?