Menteri Kerja Raya Malaysia membuat pengumuman keputusan Kabinet tentang kenaikan kadar tol berkuatkuasa 01.03.09 ini. Sebaik sahaja ianya terbit dimedia eletronik maka rakyat secara umumnya memberikan berbagai reaksi. Masyarakat Pengguna sama sekali tidak dapat menerimanya. Kecualilah kaki-kaki pengampu yang menyatakan sangat wajar kadar tol itu dinaikkan agar ianya dapat meringankan beban pihak pemegang Konsesi.
Sehari selepas pengumuman tersebut dibuat Ketua Kabinet mengarahkan Kabinet mengkaji semula keputusan Kabinet itu. Maka Kabinetpun bermesyuarat lain lantas membuat keputusan baru bahawa kenaikan kadar tol yang sepatutnya dinaikan kini ditangguh sehingga kesatu tarikh yang belum ditetapkan. Respons rakyat selepas pemgumuman baru ini sangat positif. Bagi saya ianya tidak lebih daripada menonton sebuah filem terbaik (tempatan) dan pada bila-bila masa saja akan dianugerahkan Oscar.
Respons P.M. pula keputusan ini tiada kena mengena dengan pilihanraya kecil (Bkt. Gantang & Bkt. Selambau). Yang ini saya setuju 100% kerana menurut menteri kewangan oleh sebab kadar tol tidak dapat hendak dinaikkan maka terpaksalah kerajaan sendiri membayar kepada pihak Pemegang Konsesi. Secara sinis menteri kewangan berkata… duit rakyat juga tu.
Saya percaya peristiwa ini sangat-sangat memalukan Kabinet. Selepas daripada teguran saya ini saya juga percaya Kabinet ini akan dibubarkan selambat-lambatnya selepas perhimpunan umno akhir bulan Mac ini.
Bagi pendokong dan penyokong BN perkara sebegini mereka nampak remeh saja. Mereka tentu cukup pelik jika membaca tulisan saya ini. Mereka adalah orang-orang yang up-to-date dan hanya mahu bincang perkara-perkara current sahaja.
Sebagai contoh perihal Speaker DUN Perak memanggil sidang tergempar pada 3hb. ni. Berbagailah kata-kata kesat yang mereka lemparkan kepada Speaker kita tu. Mengapa kita suka menghalang kerja-kerja orang lain. Kalau yang kita suka tu ta` betul macam manapun kita tidak ambil kesah.
Inilah istimewanya Malaysia….kepimpinan melalui tauladan….bersih, cekap dan amanah (lama sungguh ta` dengar ungkapan ini).
Telajak perahu boleh diundur…
Telajak kata binasalah diri….
Siapa yang binasa?????…
Tollllll………
UMNO………
BN……….
atau
Rakyat………
Bang,
Ini sandiwaralah. Serupa macam maunah dulu.
betullar,ini semua sandiwara BN.takkan masa mesyuarat nak naik tol Pak Lah tak tahu? tiba2 jer buat terkejut kabinet setuju naikkan tol.ini semua wayang…konon2 biarlah orang kata BN ni bagus tak jadi naikkan tol.padahal memang tak wujud pun cerita ni…lepas ni ntah apa lagi yang diaorang nak kelentong rakyat…
ha.ha- betul tu, ib-arat menonton drama melayu..tapi ini darama melayu yang tak akan dapat anugerah sebab terlampau..klise (sorry kalau silap istilah) iaitu drama yang ‘biasa’ tak ade kelainan, kita dah boleh agak babak seterusnya.
Mula-mula si Najib nak pekena si Dolah. Dia dan kabinet agree tol naik harga. Sure rakyat mengamuk punya dan get rid si Dolah kaw kaw masa persidangan nanti.. Then si Dolah pon pura-pura tak tau… eh tak patut la kabinet buat macam nie, menyusahkan rakyat waktu ekonomi tak stabil.. tunda la pi ujung tahun nanti… Haha pandai taichi juga si Dolah tu. Ujung tahun nanti mampus si Najib nak declare tol naik harga… wahahahahahaha