Akhirnya Malaysia Menang Juga dengan S`pore

Dari  zaman  kanak-kanak  lagi   saya  mendengar  cerita  tentang  kehebatan  Singapore.   Negerinya  kecil   tetapi   segala  kemudahan  yang  hanya  boleh  terdapat   diEngland  ada  di Singapore.  Saya  tidak  berpeluang  pergi  tetapi  sentiasa  mendapat  maklumat  dari  bapa  saudara  yang  berkhidmat  dengan  tentera  diSingapore.

Apabila  Singapura  mendapat  kemerdekaan  melalui  penubuhan  Malaysia   jelas  sekali  penduduk  diSemenanjung Tanah Melayu  sangat  bergembira  kerana  dapat  berkongsi  glamour.  Dizaman  itu  jika  kita  hendak  promosikan  KL   kenegara-negara  luar  kita  kena  sebut  dekat  dengan Singapura.  Keghairahan  itu  tidak  kekal  lama  kerana  Singapura  mengambil  keputusan  untuk  menjadi   Republic.

Mulai  dari  tarikh  perpisahan  itu  hubungan  diantara  kedua-dua   negara  berjiran  masih  seperti  biasa  terutamanya  didalam  bidang  sukan.  Aktiviti  dalam  pertandingan-pertandingan  sukan  terus  rancak.  Hanya   pasukan  Malaysia  tidak  pernah   dapat  menewaskan  Singapura.  Ibarat  kata   jika  kita  hantar  national  team  untuk  berdepan  dengan   pasukan  kelab  diGelang  Serai  pun  kita  ta`  boleh  menang.

Sudah  puas  pakar-pakar  mengkaji  mengapa   pasukan  kita  tidak  boleh  mengalahkan  Singapura.  Berbagai  transformasi  dilakukan  terutama  dalam  bidang  latihan  dan  pemakanan  namun   apabila  dibandingkan  dengan  Singapura  kita  tetap  jauh  kebelakang.

Sekarang  zaman  sudah  berubah  Singapura  tidak  ada  pilihan  dari  mengaku  yang  tahap  ekonominya  amat  meruncing.  Banyak  kilang  telah  memberhentikan  operasi  dan  beribu-ribu   orang  hilang  pekerjaan.  Para  pemimpin  sedang  berhempas  pulas   memikir  apakah  pelan-pelan  kontigensi  yang  patut  dilaksanakan    sekiranya  kelembapan  ini  berterusan.

Dalam  suasana  sekarang  inilah  baru  mereka  kalah  dengan  Malaysia.   Orang-orang  diMalaysia   mempunyai  begitu  banyak  masa  yang  terluang.   Negara  ini  kaya  jadi  mereka  tidak  perlu  memikirkan  tentang  retrenchment  atau  pengangguran.   Apabila  diajukan  satu-satu  tugasan  yang  boleh  menguntungkan  sesuatu  pihak  mereka  ikut  saja.   Maka  berlaraklah  mereka  kerumah Karpal  Singh  membantah  cadangannya  nak  dakwa  sultan  dan  beberapa  perarakan  kebalai-balai  polis  diseluruh  negara  membantah  perkara  yang  sama.  Besok-besok  bila  benar-benar  perkara  itu  berlaku  maka  belaraklah  lagi.

Dan  hari  ini  pula   pemuda  disana  sini  berlarak  kebalai-balai  polis  membuat  lapuran  polis  terhadap  Speaker DUN  Perak.  Dan  besok  dan  hari-hari  seterusnya  aktiviti  sebegini  pasti  terus  berlaku.

Inilah  bendanya  yang  Singapura  kalah  teruk  dengan  Malaysia.  Kepada   para  pelarak  sekelian  apa  akan  jadi  kepada  anda  dan  tanggungan  anda  apabila  khidmat-khidmat  perarakan ini   diberhentikan.  Jika  saya  ditanya  satu  soalan  saya  akan  menjawab  biarlah  kita  kalah  pada  setiap  perlawanan   sukan  dengan  Singapura  daripada   menang  satu  acara  dimana  seluruh  dunia  ketawakan  kita.

2 Responses to Akhirnya Malaysia Menang Juga dengan S`pore

  1. ANJA says:

    Entah le pakcik …tapi Anja betul betul respect orang yang kuat berpolitik ini , (tak kira mana mana parti) , snggup buat blog , sanggup usahakan mesyuarat , sanggup usahakan perhimpunan, ceramah dan demostrasi..banyak masa mereka ya.

    Pendirian Anja pula , ..’lantak kome le..maleh teman nak campurtangan ,lebih baik pikir macamana nak tambah perdpatan ..nak nak pulak dekat pilihanraya dekat tempat teman ni , baik pikir macamana nak tarik pelanggan , nak tambah menu kat warong kopi teman’ , orang kata bila dekat pilihanraya nanti , bisnes makanan akan berkali kali ganda sales nya.

  2. hamid teluk intan says:

    saya pernah tinggal disingapore selama 4 tahun pada awal 80han.walaupun maju dan canggih namun kehidupan seharian disana tidaklah semeriah atau seindah dinegara kita.sebab utama saya rasa tak seronok tinggal disana ialah kerana disana tidak ada PAS,DAP atau PKR yang sentiasa menghangatkan suasana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: