MEMANG ADA CILI YANG TIDAK PEDAS

DiNegeri  Sembilan  masakan  yang  paling  popular  ialah  Masak  Lemak   Pedas   menggunakan  Cili  Api.   Bagi  membuktikan   kebenaran  perkara  ini  sehingga  ada   satu  tempat  dinamakan  Pedas.  Saya  juga   pernah   berkursus  diSekolah  Latihan  Kesihatan  Rembau  disekitar  awal  1969  dan    saya   memperakukan   yang  masakan  Gulai  Lemak  Cili  Api  ini  memang    “Best”   walaupun  kegemaran  saya  tetap    Gulai Tempoyak.

Bercakap  mengenai  jenis-jenis  Cili  (cabai)   memang  ada  cili   yang   pedas,  kurang  pedas  dan  merah  menyala  tetapi  langsung  ta`  pedas.    Walau  macam  manapun  sekiranya  kita  hendak  mengesahkan  sesuatu   kesalahan  kita  akan  berkata  “Siapa  Makan  Cili  Dialah  Yang  Merasa  Pedasnya”

Saya  hendak  kaitkan  kisah  ini  dengan   apa  yang  diluahkan  oleh  Datuk   Mohamad Aziz  Sri  Gading  diParlimen  semalam.    Melalui  laporan  diAkhbar  dan  juga  ulasan  didalam   Blog Detikdaily dua  Menteri  Kabinet  dimintanya   meletak  jawatan.    Saya  tidak  nampak  cacat  celanya   kedua-dua  watak  tersebut.    Sebagai  Ahli  Jemaah  (Kabinet)   mereka  melakukan  kerja-kerja  yang  dipertanggungjawabkan.   Sebagai  contoh  jika  Ong Tee Keat  tidak  membuat  kerjanya  ta`  mungkin  skandal  PKFZ  kini   “box  office”.   Bagi  Presiden  GERAKAN  pula  beliau  baru  saja  berada  disitu.  Jika  tugasan  yang  perlu  beliau  pikul   sesuatu  yang  mudah  tidak  perlulah  Perdana  Menteri  melantik  seorang  lagi  Menteri  bertanggungjawab  kepada  KPI.

Sebagai  rakan  dalam  BN  pula   Sri  Gading   sepatutnya  mengambil  tahu  akan  kandungan     Perlembagaan  MCA.    Oleh  kerana  keputusan  Undian  hanya  “simple  majority”   maka  jawatan  Presiden  tersebut  tidak  terbatal  secara  otomatis.    Berpandukan  kepada  perkembangan  terkini   usaha-usaha  “berkompromi”  yang  telah  dibuat  antara  Ong  dan  Chua  ini  dilihat  boleh  menjernihkan  kembali  perpaduan  ahli.    Sebagai  Wakil  Rakyat,    Sri  Gading  sepatutnya  menggunakan  masa  yang  diberi  untuk  meluahkan   masaalah  rakyat.   Sebagai  contoh   Peraturan  yang  mewajibkan  kenderaan  berumur  lebih  15  tahun  dibawa  kePuspakom  sebelum  boleh  diperbaharui  Cukai  Jalan  mulai  tahun  depan   patut  ditentang  oleh  wakil-wakil  rakyat  kerana  ia  boleh  menyulitkan  keadaan.    Bukan  semua  kenderaan  lama  tidak   “road worthy”  dan  bukan  semua  yang  baru  itu  tiada  cacat  cela.  Tengok  saja  Jambatan  Gantung Kuala  Dipang  yang  runtoh  sedangkan  baru   dua  minggu  dibina.

Saya  bersetuju  benar  publisiti  yang  meluas  ini  diberi  kepada  Sri  Gading.   Oleh  kerana  terlalu  kurang  mendapat  liputan  media  saya  pun  terkejut  bila  mendapat    tahu  yang  beliau  telah  tiga  ( 3 )  Penggal   menjadi   Wakil  Rakyat  dan  sebelum  ini   juga  beliau   pernah  menjadi  EXCO   Kerajaan  Negeri.    Hanya  jawatan  Menteri  Kabinet  sahaja  yang  belum.  Bagi  menutup  cerita  ini  biarlah  cili  memainkan  peranan  yang  sepatut  baginya.  Jangan  terikut-ikut  orang  dulu-dulu,   menghukum  anakpun  guna  cili.



Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: