RAMAI CEMBURU KERANA KEHEBATAN AMBIGA

Dizaman  persekolahan  dulu  saya  pernah  berpeluang  mendengar  hujah-hujah  dari  Lawyer  David  Marshall  pada  suatu  perbicaraan  diKuala  Kangsar.  Saya  sangat  kagum  dengan  cara  David  Marshall  melawan  kes  yang  beliau  bela  sehinggakan  saya  menanam  cita-cita  untuk  menjadi  seorang  Peguam  suatu  hari  nanti.  Cita-cita  itu  masih  subur  dalam  jiwa  saya  dan   tidak  mustahil  suatu  hari  nanti  saya  merupakan  seorang  yang  paling  tua                             “called  to  the   Bar”  kerana  sekarangpun  saya  sudah  65.

Zaman  sudah  berubah  dan  saya  lihat  sudah  ada  Peguam  lain   yang  lebih   hebat.   Beliau        yang    saya  maksudkan  ialah  Dato`  Ambiga  Sreenevasan.   Beliau  pernah  mengetuai     Majlis  Peguam  dan  yang  terakhir  beliau  begitu  sinonim  dengan  perkataan  Bersih.  Tidak     kira   Bersih  2.0   atau   Bersih  3.0   bila  disebut   saja   siapapun    akan       terbayangkan  Ambiga.

Beliau  kini  sudah  lebih  popular  daripada  Artis.  Dengan  yang  demikian  ramailah  yang       hendak  tumpang  popularity  dan  mencari  keuntungan  daripadanya.   Ada  yang  percaya              berniaga  Burger    dihadapan  rumah  Ambiga  akan  dapat  untong  besar.   Begitu  juga              jika  ponggong  kita  mahu  ditonton  oleh  ramai  orang,  pergilah  pamerkan  dihadapan            rumah  Ambiga.

Saya  berharap  Dato`  Ambiga  dapat     terima   semua  itu   sebagai   satu  compliment         terhadap  kehebatannya.   Seperkara  lagi,  saya  ni  tidaklah  sebijak  Merdeka  Centre                   atau  lain-lain  Penganalisa  Politik  tetapi  saya  yakin  dan  percaya   didalam  PRU  ke  13  nanti      Dato`  Ambiga  akan  menang  Kerusi  Parlimen  tidak  kira  dimana  beliau  bertanding.

Akhir  kata,  saya  mahu  melihat  Dato`  Ambiga  terus  dengan  Agenda  Bersih     selagi    perjalanan  Pilihanraya  masih  belum  telus  dan  adil.   Perasaan  cemburu  terhadap  kehebatan     seseorang  itu  bermaksud     Kagum   dan  Bangga.

2 Responses to RAMAI CEMBURU KERANA KEHEBATAN AMBIGA

  1. ANJA says:

    Saya pula kagum dengan kehebatannya menyeru Melayu membuat demostrasi di Jalan Tuanku Abdul Rahman , Jalan Raja LAut ..tidak seorang pun Melayu yang memberi candangan padanya supaya di buat di Jalan Briekfields , bukan ke elok di buat disana (Briekfields) ..ramai saudara maranya di sana ..ataupun buat aje di Petaling Streets kat situ ramai pelancong…

    • ahmadzawawi says:

      Tidak mungkin begitu ramai (kalaupun bukan ratusan ribu) pergi berarak semata-mata menyahut seruan Ambiga. Kita sedang memperkatakan sikap SPR yang tidak telus, tidak adil kepada rakyat (pengundi) tetapi berlainan pula terhadap yang lain.
      Tidak pelik ke orang yang berumur lebih 100 tahun masih hidup dan mampu pergi mengundi. Tidak pelik ke beratus-ratus orang pengundi didaftarkan pada satu alamat?
      Teguran saya kepada orang-orang yang berlakon dihadapan rumah Ambiga hanya untuk menyedarkan mereka yang perbuatan mereka itu memalukan bangsa sedangkan orang-orang yang menyertai “Bersih” benar-benar mahu SPR berpijak dibumi nyata. Bila menyediakan tempat pertandingan padangnya biar sama rata. Kalau hendak mengampupun tak boleh ke tak libatkan ponggong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: