KUASA : DIMANA ANDA SEKARANG?

May 1, 2013

Ramai  yang bertanya  dimanakah duduknya “Kuasa”   itu sekarang.  Akan  tetapi  tiada siapa yang mampu menjawabnya.   Yang pasti   Lima  Mei (05.05.2013)  baru  anda  akan  muncul.  Setelah mengikuti beberapa pilihanraya sebelum ini  saya dapati tidaklah susah sangat meramalkan siapa yang  bakal  memperoleh  Kuasa  pada  pilihanraya-pilihanraya  tersebut. PRU ke 13 ini  benar-benar meruncing  sampaikan  ada yang menyebutnya sebagai Ibu kepada segala Pilihanraya.  Hari  ini  cuti  umum  (sempena  hari  pekerja)  dan  tempoh  berkempen  hanya  ada  tiga  (  3  )  hari  saja  lagi. 

Sebagai  seorang  penganalis bebas  saya  cuba  memberikan  clue   diselekoh  mana  Kuasa  itu  sedang  berada.  Jumlah  pengundi berdaftar  ialah  13,268,002.  Daripada  jumlah tersebut lebih  1/2 Juta  merupakan  pengundi-pengundi  khas  iaitu 272,387 Pengundi Awal,  234,905 Petugas SPR  dan 2,954 Pengundi Pos.  Lazimnya  pengundi khas  ini  akan  mengikut arus. Kurang  lebih  setakat  ini  8%  adalah  pro-establishment. Sumber Angka: Berita Harian 21/04/2013.

Banyak diperkatakan yang pengundi  kaum Cina sudah   total  dibelakang Pakatan Rakyat.  Berdasarkan andaian ini Pakatan Rakyat akan dapat Alor Star dan Sungai Petani di Negeri Kedah.  Bagan,  Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong ,  Jelutong,  Bukit Glugor, Bayan Baru  di Pulau Pinang.  Di Negeri Perak  pula  ialah  Taiping,  Sungai Siput, Ipoh Timur, Ipoh Barat,  Batu Gajah,  Gopeng  dan Teluk Intan. Di Negeri Selangor kerusinya  ialah  Pandan, Serdang,  Puchong,  Kelana Jaya,  PJ Selaretan,  PJ Utara  dan   Klang.  Manakala  di  Negeri  Sembilan  Pakatan Rakyat akan memperolehi  Seremban,  Rasah  dan  Port   Dickson. Di Negeri Melaka  hanya  Kota Melaka.  Negeri  Johor pula terdiridaripada  Segamat,  Labis, Bakri,  Kluang,  Gelang Patah  dan   Kulai.

Di Wilayah Persekutuan, Kepong,  Segambut,  Bukit Bintang,  Seputeh dan  Cheras  memihak  PR.   Dari  Perlis  hingga ke Johor(130 Kerusi)  39 Kerusi  dikawasan majoriti pengundi Cina  ini dijangka pergi kepada Pakatan Rakyat.  Bagi  Negeri-Negeri  Pantai  Timur (Pahang, Terengganu  dan  Kelantan)  saya  menjangkakan  50-50.  Secara  kasar  18  Kerusi akan pergi kepada Pakatan Rakyat.  Dengan  yang  demikian  di Semenanjung  Pakatan Rakyat besar kemungkinan mendapat  57 Kerusi.  Jika  diandaikan  di Sabah dan Sarawak  PR  mendapat separuh  (daripada 56 Kerusi)   ini bererti  mereka kekurangan 27 Kerusi untuk membentuk Kerajaan secara simple majority. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk  diperolehi. Keinginan rakyat mahu melihat Negara ditadbir dengan lebih berkesan amatlah  ketara.

Didalam  sentiment  yang  mahukan  perubahan  setelah  lebih 55 tahun  Negara  kita  Merdeka,  tarikh  Lima Haribulan Lima (05.05) bakal mencatit sejarah.  Untuk  menjawab  dimanakah  Kuasa itu sedang  berada  saya hanya mampu melaungkan   “On you mark…….Get set………Go “

Advertisements

MENJADI ORANG UMNO! BOLEH KE?

December 2, 2011

Didalam  keghairahan  menghayati  ucapan dasar  Presiden  tidak    adakah   dikalangan  perwakilan  yang  terfikir  tentang  persoalan   yang  saya  lontarkan  ini.     Saya   merasakan   saranan   sebegitu   sudah  agak  terlambat.    Untuk   melakukan  satu   perubahan besar   tidaklah   semudah    a…b…c..    Jika  disediakan  satu  tempoh  yang  panjang  sedikit  mungkin  ianya  boleh  berjaya.    Sedangkan dipihak  Presiden    gendang  pilihanraya  umum  sudah  dipalu.  Ini  bermakna  kita  sedang  Menghitung  Hari.

Saya  melihat  peluang  ahli-ahli  UMNO  menjadi  Orang  UMNO  sudah  terbuka  luas  pada  tahun  1988  apabila  Parti  tersebut  telah  didaftarkan  semula  sebagai  UMNO  Baru.

Diketika  itu  orang-orang  Team  “B”  telah  mengasingkan  diri  mereka   kedestinasi  asal  perjuangan  UMNO  iaitu  Semangat  46.  Malangnya  hanya    namanya  saja  Baru   akan   tetapi   pengisiannya   sedikitpun   tidak   berubah.    Apabila   sampai  saja  musim  Pemilehan ,   ahli  UMNO   mula berpecah  menjadi   Orang-Orang  Datuk  Sri,  Orang-Orang  Y.B. dan  orang-orang  kepada  tokoh  koperat.   UMNO  Baru   ini  “graduate”   pada  tahun  2008  dengan  kehilangan  majoriti  2/3  diParlimen.

Seperkara  lagi  apakah  orang-orang  UMNO  diakar  umbi  tidak  tersentuh  langsung  apabila  Projek  sebesar  NFC   yang  bernilai   Beratus Juta  hanya  dinikmati    orang  yang  rapat  dengan  kepimpinan.

Semasa   berlansungnya  PRU ke  12     orang-orang  UMNO lah  yang  menyumbang   undi  untuk   kemenangan    Pakatan Rakyat   akibat  daripada    sindrom   yang  sama.    Kini   Pilihanraya  Umum  datang  lagi  dan  ramai   yang  rasa  demam-demam.    Apa  jaminan  pimpinan tertinggi UMNO    pada  PRU  13 nanti  yang  tragedi   sedemikian    tidak   mungkin  berulang  sekali  lagi?

Para  perwakilan  tentu  sekali  sangat  lega  mendengar  penjelasan  Presiden  yang  Parti-Parti  dalam  Pakatan  Rakyat  sebenarnya  tidak  sepakat.  Bagi  saya  itu  hanya  satu  persepsi.  Yang  jelas  dalam  rumah  PR    sudah  tidak  ada  “bad  apples”  yang  boleh  membantutkan   perjuangan.   Mereka-mereka  itu   kini  menjadi  friendly  kepada  BN   dan  sekaligus  ia  menjadi  “plus  factor”    kepada  Pakatan  Rakyat  dalam  menghadapi  Pilihanraya  Umum  Ketiga  Belas  nanti.

Saya  bersetuju  dengan  pihak  seramai  yang  Pilihanraya  Umum  Ketiga  Belas  ini  merupakan  sesuatu  yang  luarbiasa.  Mengenai  keahlian  dalam  Parti   tidak  perlulah    luarbiasa.  Walaupun  seseorang  itu  baru  berpindah  dari   sebuah Parti ( yang  tidak  memberi  keuntungan  kepadanya)   jika  kena   pada    “bargain”  nya  orang  baru  itupun    lebih  pantas    menjadi  orang  UMNO.