Ramai yang bertanya dimanakah duduknya “Kuasa” itu sekarang. Akan tetapi tiada siapa yang mampu menjawabnya. Yang pasti Lima Mei (05.05.2013) baru anda akan muncul. Setelah mengikuti beberapa pilihanraya sebelum ini saya dapati tidaklah susah sangat meramalkan siapa yang bakal memperoleh Kuasa pada pilihanraya-pilihanraya tersebut. PRU ke 13 ini benar-benar meruncing sampaikan ada yang menyebutnya sebagai Ibu kepada segala Pilihanraya. Hari ini cuti umum (sempena hari pekerja) dan tempoh berkempen hanya ada tiga ( 3 ) hari saja lagi.
Sebagai seorang penganalis bebas saya cuba memberikan clue diselekoh mana Kuasa itu sedang berada. Jumlah pengundi berdaftar ialah 13,268,002. Daripada jumlah tersebut lebih 1/2 Juta merupakan pengundi-pengundi khas iaitu 272,387 Pengundi Awal, 234,905 Petugas SPR dan 2,954 Pengundi Pos. Lazimnya pengundi khas ini akan mengikut arus. Kurang lebih setakat ini 8% adalah pro-establishment. Sumber Angka: Berita Harian 21/04/2013.
Banyak diperkatakan yang pengundi kaum Cina sudah total dibelakang Pakatan Rakyat. Berdasarkan andaian ini Pakatan Rakyat akan dapat Alor Star dan Sungai Petani di Negeri Kedah. Bagan, Bukit Mertajam, Batu Kawan, Bukit Bendera, Tanjong , Jelutong, Bukit Glugor, Bayan Baru di Pulau Pinang. Di Negeri Perak pula ialah Taiping, Sungai Siput, Ipoh Timur, Ipoh Barat, Batu Gajah, Gopeng dan Teluk Intan. Di Negeri Selangor kerusinya ialah Pandan, Serdang, Puchong, Kelana Jaya, PJ Selaretan, PJ Utara dan Klang. Manakala di Negeri Sembilan Pakatan Rakyat akan memperolehi Seremban, Rasah dan Port Dickson. Di Negeri Melaka hanya Kota Melaka. Negeri Johor pula terdiridaripada Segamat, Labis, Bakri, Kluang, Gelang Patah dan Kulai.
Di Wilayah Persekutuan, Kepong, Segambut, Bukit Bintang, Seputeh dan Cheras memihak PR. Dari Perlis hingga ke Johor(130 Kerusi) 39 Kerusi dikawasan majoriti pengundi Cina ini dijangka pergi kepada Pakatan Rakyat. Bagi Negeri-Negeri Pantai Timur (Pahang, Terengganu dan Kelantan) saya menjangkakan 50-50. Secara kasar 18 Kerusi akan pergi kepada Pakatan Rakyat. Dengan yang demikian di Semenanjung Pakatan Rakyat besar kemungkinan mendapat 57 Kerusi. Jika diandaikan di Sabah dan Sarawak PR mendapat separuh (daripada 56 Kerusi) ini bererti mereka kekurangan 27 Kerusi untuk membentuk Kerajaan secara simple majority. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk diperolehi. Keinginan rakyat mahu melihat Negara ditadbir dengan lebih berkesan amatlah ketara.
Didalam sentiment yang mahukan perubahan setelah lebih 55 tahun Negara kita Merdeka, tarikh Lima Haribulan Lima (05.05) bakal mencatit sejarah. Untuk menjawab dimanakah Kuasa itu sedang berada saya hanya mampu melaungkan “On you mark…….Get set………Go “