DARI PIRAMID UNTUK Ops MERLIMAU

Utusan  Malaysia hari  ini  menyiarkan  berita  dari  JEDDAH  ( 8  Feb )  tentang  ucapan  penghargaan  kepada  Kerajaan  Arab  Saudi  oleh  Pengarah  Majlis  Keselamatan  Negara       Datuk  Mohamed  Tajudeen  Abdul  Wahab   seperti  berikut:    Bagi  menghargai  jasa  baik    Kerajaan  Arab  Saudi  (kali  pertama  mengeluarkan Visa pada hari ketibaan) pihak        Sekretariat  yang  bertanggungjawab  membawa  keluar  para  Pelajar  Malaysia  dari       Mesir  cuba  menamatkan  misi  ini  lebih  awal. Kenyataan  ini  merupakan  satu  ucapan  terima  kasih  yang  priceless dan  cukup  simbolik.

Akan   tetapi  dinegara  ini   semata-mata   terima  kasih   adalah  tidak  mencukupi.      Ada  saja   suara sumbang   yang  mahukan   pihak-pihak   tertentu   seperti   berikrar  menzahirkan   setinggi  penghargaan  kepada  kerajaan.   Obvious lah   suara-suara  itu   adalah dari   orang-orang  yang  kemaruk  kerusi  dan  mereka-mereka  yang    dah  melekat  pada  kerusi.

Bagi  saya  walaupun  tidak  ada   ahli  keluarga   untuk  dihantar   pulang,  saya   tetap  juga   berterima  kasih   kepada     Kerajaan (  of  the  day ) diatas   kecekapan,  kesungguhan  dan  rasa  tanggungjawab   dalam   menyelesaikan   masaalah   keselamatan  dan  kesejahteraan  rakyat  negara  kita.      Tidak     perlulah    dihebahkan    tentang  RM  30 juta   yang   kerajaan  keluarkan   sebagai  perbelanjaan  membereskan   misi  tersebut.   Jika  wang  tersebut  bukannya  dari  kantong  rakyat   kita  tak   kisah   malah  boleh    terus  menerus   diumumkan  pada  setiap  setengah  jam  didalam  Berita  Awani 501.   Secara  peribadi   saya  akan salute penyumbang  30  juta  tersebut.

Kita  dengar  juga  yang  mengatakan  tidak  ada  unsur-unsur  mencari  publisiti  murah  atau  meraih  sokongan.  Yang  nyata  setiap  perjalanan  mesti   ada  mileage.   Pilihanraya  Umum    ke  12   menunjukkan   majoriti  rakyat  mahukan   perubahan   tetapi  ketika   itu   pihak    yang  sepatutnya  menjadi Alternatif  belum  betul-betul   bersedia.   Apakah   mereka  akan  berpatah  balik?   Dengan  kehadiran  third  Force   didalam   PRU  ke  13  nanti,  Pilihanraya   Umum diMalaysia  sudah  pasti  membuka  lambaran  baru.

Memandangkan  rating  BN  kini  pada  tahap  record  high,  pihak  Pakatan  Rakyat  cukuplah   sekadar  memenuhi  kehendak  demokrasi  sahaja.   Tidak  perlu  menghabiskan  peluru  dimedan  sekecil  Merlimau.

One Response to DARI PIRAMID UNTUK Ops MERLIMAU

  1. ANJA says:

    RM30 juta dibelanja ….kena darab 2 , sbb rasanya amaun yg sama akan dibelanja bila nak hantar semula.

    Bukan kerajaan nak publisiti , tapi naik meluat lah pula bila scroller di Tv asyik ulang ayat yg sama …perbelnjaaan di tanggung kerajaan ,,,tiada unsur politik. Tak silap saya dlam dua tiga hari , ayat yg sma.

    Walau macamana pun memang salute kepada mereka yg bertugas..bersekang mata utk mengurus kepulangan seramai 11,000 , bukan satu kerja yg mudah. SYabas dan Terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: