Masaalah dianggap selesai setelah Replika dibakar

December 21, 2008

Baru-baru ini terpampang didada akhbar berita tentang penemuan bangkai kepala babi satu dihadapan rumah sorang pesara  dan  satu  lagi tergantung diatas pagar sekolah.

Saya  difahamkan  kejadian tersebut telahpun dilaporkan kepada pihak polis.  Saya yakin dan percaya pihak berkuasa dapat selesaikan kes itu.

Pagi ini sambil minum pagi   terbaca saya  dalam akhbar Berita Minggu  yang melapurkan upacara membakar  replika babi.  Dari gambar yang disiarkan saya lihat  replika-replika babi tunduk saja dan saya rasa itulah sebabnya mereka tidak perasan yang  gelagat mereka sedang dirakam.  Jika sekiranya mereka sedar  saya percaya babi-babi tu dah berasap tinggalkan tempat itu.

Orang yang membakar replika itupun saya kenal betul.   Maksud saya, selalu benar  muncul dikaca TV, sebagai penceramah, panel forum dan sebagainya.

Hairan betul saya  orang-orang sekarang ni.  Walaupun nampak bijak kerja-kerja bodoh seperti itu sajalah yang mereka suka buat.   Sebagai contoh tidak beberapa lama dulu, itupun jika kita masih belum lupa.  Kisahnya ialah  seorang bapak pemerintah menghadiahkan “Penyapu” sebagai “token” menilai perkhidmatan pegawai kerajaan.  Hatinya cukup puas  tetapi pegawai tersebut jelas tidak sanggup menanggung malu lantas memohon bersara pilihan.  Akibat dari keangkuhannya itu suku sakatnya hilang negeri dan beliau hilang jawatan.

Saya menulis ini semua bukan hendak discredit sesiapa  hanya  sekadar peringatan agar perkara mengReplikakan sesuatu tidak menjadi ikutan masyarakat kita.   Nantinya banyak pula bisnes Replika yang muncul.  Panduan kepada pembeli mudah saja “Beli dan adakan upacara membakar”.

Bercakap dari aspek keselamatan   “Pembakaran terbuka boleh mendatangkan bahaya”.

Advertisements

BUKAN SEMUA SOALAN ADA JAWAPAN

December 13, 2008

CEREKA KELUARAN KHAS

Hari:   Sabtu

Majlis:  Penamaan Calun

Jam SEIKO ditangan menunjukan tepat 12 Tengahari.  Semua yang hadir  sedang menunggu peristiharan oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya.     Tepat  sekali sangkaan ramai yang  dua (2) parti besar dalam negara disahkan bertanding bagi merebut kerusi yang ta` semena-mena jadi kosong.   Dengan ini kempen telah bermula secara resminya. Tempoh berkempen sehingga 12 Tengah Malam sebelum hari mengundi yang bermula pukul 8 pagi esoknya.

Ada seorang orang besar yang tadinya sama-sama berarak mengiringi calunnya  megemukakan kertas pencalunan berhasrat memulakan kempen sebelum kembali keIbu Negara.   Dia  dilihat berbisik sesuatu dengan Pengarah Pilihanraya sambil nampaknya mereka  mengangguk kepala tanda setuju.

Selesai saja solat magrib, orang besar ini dibawa  beredar menuju kesatu tempat ceramah.   Faham sajalah orang politik bila diberi peluang berucap.  Selama 1 jam Setengah dia berceramah mengenai berbagai isu yang berlaku disebabkan betapa silapnya memberikan parti lawan memerintah 5 Negeri.   Para hadirin yang hadir didalam dewan bersorak riuh tanda setuju.

Sebaik saja orang besar tadi habis berceramah, pihak pengerusi majlis  memberi peluang  kepada hadirin  mengemukakan beberapa soalan.  Maka bangunlah mereka-mereka berikut mengemukakan soalan:

Peserta  1 :  Soalan:   Saya akan hadir sebagai Perwakilan pada Perhimpunan Mac nanti. Soalan saya macamana saya hendak keluar dari PWTC untuk pergi keKampong Pandan (melihat cucu)  pada masa yang terluang semasa persidangan itu nanti?

Jawapan orang besar:   Saya ditegah menjawab soalan tersebut kerana ada unsur-unsur mempopularkan diri.

Peserta 2 : Soalan:  Mengapa setelah dikeluarkan peruntukan berjuta-juta untuk membaiki MRR2 setelah pembaikan disahkan ianya runtuh balik?

Jawapan orang besar:   Soalan ini juga tidak dapat saya menjawabnya kerana orang yang menjaga hal-hal tersebut juga sama-sama bertanding.

Peserta 3: Soalan:  Mengapa didalam akhbar (A) diceritakan yang Anwar tidak sehaluan dengan Mustafa Ali  sedangkan didalam Suara Keadilan terpampang gambar mereka sedang beramah mesra?

Jawapan orang besar:   Jawapannya mudah saja, surat khabar itu kita punya, ikut suka kitalah apa kita nak tulis.

Akhir cerita terbayanglah wajah bangga orang besar tersebut. Didalam hatinya  “sekurang-kurangnya dapat juga dia menjawab  1  soalan.

CEREKA TAMAT


BERPESTA LAGI…Satu Kemungkinan Besar

December 9, 2008

Didalam tahun-tahun enam pulohan dimana waktu itu saya masih bersekolah  saya dan rakan-rakan sebaya merasa amat teruja apabila sampai hari Pesta Air yang diadakan sehari dari pagi hingga petang  bertujuan merayakan dan meraikan Hari Ulangtahun Keputeraan Sultan Perak.

Berbagai upacara sukan air diadakan seperti meniti batang pinang licin, pukul bantal diatas batang licin, berenang dari tebing pekan Kuala ke tebing  Sayong dan balik dan sebagainya. Kemuncak acara ialah menangkap itek yang dilepaskan ditengah-tengah sungai.

Upacara kemuncak  ini disertai oleh begitu ramai orang (semuanya teror berenang) sedangkan itek-itek yang dilepaskan tidaklah seberapa.  Setiap mereka yang berjaya membawa balik itek ketebing akan mendapat tepukan bergemuruh daripada ribuan penonton yang terpacak penuh minat ditebing.

Moral of the story ialah walaupun  orang yang berjaya mendapatkan itek terlalu sedikit bilangannya tetapi yang berjaya ialah PESTA itu sendiri   Kepuasan yang diperolehi daripada peristiwa-peristiwa rakyat ini datang dengan sendiri dan spontan.  Tidak ada unsur-unsur lakonan langsung.

Begitulah juga halnya yang terjadi dalam politik.  Pakatan  sudahpun berpesta di Permatang Pauh dan  saya tidak nampak ada sebarang  halangan yang boleh  menyekat pesta terus bergema.

Bercakap mengenai KT ni ,  saya sebenarnya awal-awal   lagi  sudah mahu menulis dan saya ber cadang nak tulis apabila pilihanraya kecil hendak diadakan janganlah terkejut yang pihak disana akan menyediakan geraf aliran ahli-ahli Pakatan Rakyat kelusr parti dan disertai upacara ikrar.    Sebab kesuntukan masa jadi  saya tangguhkan kehari ini tetapi tajuk tu dah ta`  relevant kerana semalam BN telahpun mula mengumumkan ahli-ahli Pakatan Rakyat  di Bukit Katil telah keluar parti.  Dalam hal ni saya tidak tahu samada saya terlambat ataupun mereka yang  takut tertinggal.

Saya penuh yakin sekiranya PR meletakan Tuan Haji Mohamad Sabu bertanding semula disitu  kemenangan tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Menganalisa kepada kata-kata Timbalan Pengerusi BN diPekan semasa menyempurnakan penyerahan  haiwan korban kelmarin  bahawa walaupun dicanang oleh PR yang BN berdepan dengan perbezaan yang serious tetapi  BN tetap yakin dapat kekalkan kerusi KT. Menurut beliau lagi Pakatan Rakyatlah yang mempunyai banyak masaalah dalaman. Apa yang difaham dari kenyataan tersebut UMNO yang akan meletakan calun disitu  tiada sebarang masaalah dalaman yang perlu diurus.

Berdasar kepada maklumat diatas  saya percaya peluang berpesta amatlah cerah.


Fahamilah Tanggungjawab Seorang Perwakilan

December 2, 2008

Kongres Nasional Parti KeADILan Rakyat yang berlangsung diShah Alam sudahpun berakhir.  Usul-Usul Ucapan Presiden, Ekonomi dan Pendidikan telah    dibahaskan oleh pembahas-pembahas yang berkualiti.  Tahniah kepada mereka khasnya dan kepada parti amnya.

Yang menjadi tanda tanya mengapa terlalu banyak kerusi perwakilan kosong sewaktu kita membentangkan Usul Pendidikan?    Saya difahamkan  ada yang telah pulang kerana datang dari jauh, ada yang ambil kesempatan melawat tempat-tempat  indah sekitar Kuala Lumpur/Putrajaya dan ada yang  anggap ini bukan tahun pemilihan.

Pada hari pertama ramai sekali yang saya lihat memakai Coat hitam. Jelaslah mereka-mereka ini Ahli-Ahli Majlis .  Mungkinlah alasan mereka tidak dapat tunggu sampai hari berikutnya kerana ta` bawa Coat tambahan.  Masaalah ini SUA kita telah kenalpasti dari awal-awal lagi.  Itu sebabnya  beliau  tegaskan didalam Surat Siarannya pakaian yang dibenarkan dipakai semasa berkongres ini ialah samada Coat Penuh berserta talileher, Baju Melayu Penuh Bersampin atau Baju Batik.  Alasan tiada pakaian sesuai untuk dipakai pada hari berikutnya adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

Yang sebenarnya mereka memiliki mentality  Kelas yang paling rendah.  Setelah  diamanahkan oleh ahli untuk menyelesaikan tanggungjawab bagi pihak mereka tetapi orang-orang ini langsung  tidak menghargainya.

Yang paling saya kecewa seseorang itu datangnya dari Bahagian saya.  Dia ni saya pun ta` tahu daripada mana asalnya.  Kerana sebelum ini sekurang-kurangnya sebelum PRU12  saya tidak pernah nampak muka dia.   Rupa-rupanya Ketua Bahagian lantik dia sebagai Naib Ketua  Bahagian  dan lanjutan daripada itu beliau dilantik Ahli Majlis.  Bertuah betul orang ini. Ta` tahu dia dilahirkan hari apa.  Saya bukan hendak membantah apa yang dia dapat.  Persoalannya apabila beliau telah diberikan begitu banyak keistimewaan mengapa hanya hadir Kongres pada hari pertama saja?

Sesuaikah kita bermati-mati mengutarakan Usul Pendidikan untuk dilaksanakan oleh pemerintah sedangkan ada para perwakilan kita sendiri tidak dapat memandang serious perkara tersebut ataupun seperti tiada berpendidikan.

Kepada pimpinan tertinggi tinjau-tinjaulah kebawah.  Janganlah memberi terlalu besar LESEN kepada Ketua-Ketua Bahagian.   Dalam banyak perkara saya lihat apa yang berlaku diBahagian-Bahagian  tidak lebih daripada aspek-aspek membalas budi.   Kita bercita-cita kePutrajaya….Sedangkan terlalu ramai hanya mahu menunggu kita disana.  Disana nanti merekalah hero.

Sorry Bro,  I terpijak kaki you.


TANGGAL 22/11 PENUH BERMAKNA

November 25, 2008
Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak

Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Perak

Tahniah, Syabas, Bravo   kepada   Matsamankati  kerana  usaha  murninya  yang  tidak  mengira  penat,  wang ringgit,  pengorbanan  masa  berharga  semata-mata  untuk  menghambakan  diri kepada  tuntutan kemanusiaan.

Kepada bloggers  yang telah  bersatu dibawah   BloggersNetwork@Perak   sudah  sampai  masanya   kita  compliment  watak-watak  besar  yang  menjayakan  Agenda ini seperti  Mohd  Afandi Ahmad,  Dr. Abdul Wahab  Arbain,  Ahmad Sharifuddin  bin  Abdul  Ghani  dan  ramai lagi  kerana  kejayaan yang diluar dugaan.

Seperkara  saya  memohon  kepada  rakan-rakan :   janganlah  kita  membenarkan  mereka-mereka ini  dijadikan  lilin  oleh  pihak-pihak  tertentu.   Saya  lebih  rela  mereka menjadi  kayu-arang.

Perkara  seterusnya  ingin  saya  relate  beberapa  senario  pada  Majlis Penerangan/Forum/Dailog  diSUK  tu:

Senario 1:     Para bloggers nampaknya begitu updated.  Dikalangan  beberapa  orang  akan   ada  sekurang-kurangnya  seorang blogger  disitu.  Tidak  seperti  beberapa  pemimpin  PKR  yang berkumpul  dikalangan  circle  mereka saja.  Saya  kenal benarlah  mereka ini,  bekas-bekas pemimpin  utama bahagian diLumut dan Gopeng .  Mungkin  mereka  sekarang memegang  jawatan penting dalam Kerajaan Negeri seperti  Ahli  Lembaga  Pengarah atau Pengerusi badan-badan  tertentu  sebagai  membalas  jasa-jasa besar mereka   dalam  parti  pada  masa  lampau.   Jika bercampur gaul  dengan  orang-orang  yang  ta`  sepatutnya   takut-takut  ada  yang  minta  favour.

Senario  2  :   Semasa  majlis  berehat  untuk  jamuan  ringan  selepas  perasmian  oleh YAB  Menteri Besar   saya didatangi  oleh  seorang  peserta  dari  PKR  Bahagian  Lenggong  (Penerangan)   yang menyatakan  dia  ta`  sangka   yang  saya  akan hadir  kerana   maklumat  yang  dia  tahu diBahagian   ta`  dengarpun  nama  saya  naik  untuk  hadir  dalam  majlis hebat   ini.   Saya  tegaskan  kepada  beliau  bahawa  saya  mendapat  jemputan  khas  dari  Urusetia Penerangan  Kerajaan  Negeri Perak  dan  sama  sekali  tidak  tersalah ambil  hak  orang  lain.

Persoalannya  orang-orang sebegini kah  yang hendak kita  pertanggung-jawabkan bagi  menentukan   Pakatan Rakyat  boleh  terus  memerintah  pada PRU 13 dan  seterusnya?

Untuk  makluman  Pengarah  Urus Setia  Penerangan  Kerajaan Negeri,  kami  para  bloggers  amat  komited  dan  sudah  senantiasa  bersedia  bertempur  dengan  Media   pihak  lawan.

Sekian  dan  jumpa  lagi.


BERITA PANAS: Penyokong BN Boikot Persidangan DR

October 14, 2008

Sebelum ada sesiapa yang hendak KECAM  Wakil-Wakil Rakyat BN kerana keluar masuk dewan dan mundar mandir dilobi dan releks dicafe berfikirlah sejenak dulu.

Saya lihat mereka nampaknya mempunyai banyak sebab dan alasan untuk berbuat begitu.    Betul,  ada dikalangan kita merasa sangat kecewa tentang sikap  yang tidak profesional yang mereka pertontonkan.  Mana tidaknya, mereka telah ketepikan aspirasi rakyat yang mereka wakili serta mensia-siakan resources  yang diperuntukan kepada mereka.

Diantara sebab-sebab disebalik tindakan mereka  ialah seperti berikut:

1,  Mereka nak hantar message kepada PM  yang cakap-cakap mengenai “crossover” adalah tidak benar.

2.  Sewaktu para pengundi memilih mereka tempoh hari tidak pula diletakkan syarat supaya jangan berganjak dari tempat duduk semasa Ketua Pembangkang  berucap.

3. Dimusim pemilihan parti ini faham-faham sajalah.  Lebih priority bincang dicafe tentang siapa patut turun  dan siapa nak dinaikkan.

4.  Out-going PM akan hanya ada sampai Mac 2009.  Kan lebih baik sama-sama duduk dicafe fikir apa yang  PM baru suka.

5. Akhir sekali MOOD hariraya masih segar.  Seperti dalam lirik lagu “Kita beraya selama sebulan”.

Menyedari pentingnya urusan-urusan yang melibatkan  kesejahteraan rakyat saya sangat-sangat berharap  agar  tidak ada yang   hanya mahu jadi Day-Member  seperti yang berlaku dikelab-kelab lumba kuda dimana kita boleh membeli tiket untuk hadir pada satu-satu hari Racing  yang kita suka saja.

Adakalanya baik juga dicontohi para pembangkang, semasa Pembentangan Bajet tempoh hari mereka benar-benar memberikan perhatian. Kalau nak diikutkan yang berucap tu bukan BOSS mereka.


Angkat TOPI kepada Datuk Shahrir Abd. Samad

October 11, 2008

Kepada Datuk Shahrir saya benar-benar angkat Topi.  Sebagai pengikut setia sejak Datuk menang atas tiket Bebas  dan dicelah-celah itu sebagai Tukang Dobi tidak keterlaluan dinyatakan disini bahawa Datuk adalah Idola saya.

Kepada orang-orang UMNO saya berharap tulisan saya ini tidak dianggap sebagai “tidak diundang”.  Saya anak watan negara ini,  apa yang Parti Pemerintah buat tidak dapat tidak saya kena terima seadanya.

Saranan Datu Shahrir (NST 10 Okt) supaya mereka-mereka yang berumur 55 kebawah sahaja yang patut menawar diri untuk mengisi jawatan-jawatan Prinsipal parti semasa pemilihan nanti adalah satu cetusan idea yang benar-benar bernas.  Apabila usia telah meningkat >55 iaitu umur mandatori bersara bolehkah  lagi mengendali projek-projek  berbagai koridor yang telah diluluskan itu?  Atau kuatkah lagi “will power” untuk terus bertungkus lumus menjayakan Negara Maju 2020?

Jawapannya sudah tentulah negara memerlukan generasi baru yang berjiwa besar dan berhati waja untuk kita mencapai segala impian.  Jadi saranan Datuk kita ni mesti diberi pertimbangan para perwakilan nanti.  Saya juga yakin dan percaya dizaman IT dan dunia tanpa sempadan ini orang-orang “45 something”  adalah orang-orang yang paling layak memacu kemajuan disamping semangat yang tinggi membina perpaduan.

Dengan melakukan “rebranding” sebegini barulah  layak bermotokan “Dulu, kini dan selamanya”.  Jika tidak lihat sajalah apa jadi kepada  cogankata:  Melayu Glokal yang dilaung-laungkan tidak beberapa lama dulu.  Sekiranyalah  ia diibaratkan sebagai sebuah kenderaan; Enjinnya pun tidak dihidupkan,  belum lagi kisah nak bertolak dan memulakan perjalanan. Yang ini bolehlah diklasifikasikan sebagai retorik.

Seperkara lagi tidak perlulah terikut-ikut dengan cara PKR.   Mereka meletakkan segala-gala diatas bahu Dato Seri Anwar Ibrahim sedangkan pemimpin-pemimpin bahagian  hanya mahu “enjoy the stay”.  Kebanyakan mereka ini adalah dulunya orang-orang UMNO dan telahpun beberapa kali pencen tetapi tidak bersedia membimbing ahli-ahli lain supaya suatu hari nanti telah cukup tersedia golongan pelapis yang berilmu dan berintegriti. Nampaknya mereka sajalah yang berhak dan layak.   Dan ini semua Dato Seri Anwar mana nampak.  Apabila melawat Negeri atau Bahagian maklumat dari Ketua-Ketua Bahagian sajalah yang legitimate.

Dalam apa keadaanpun dimasa-masa kehadapan ini saya tidak nampak PKR dapat menyaingi PAS dan DAP.  Selagi  set kepimpinan dibanyak Bahagian tidak berubah PKR hanya boleh berbangga sebagai  “Penumpang Terhurmat” saja.